Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21
Bakal Terbit : Oktober (psss..sabar ya)
"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
******************************
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

5 comments:
Kak Su...
x sabar nya nk jumpa Dahlia..
: )
Kak Su...
raya ni lagi seronok klu blh jumpa Dahlia dari biskut dahlia...
she's backkkkk!!!...aduh kaksu windunyer sama ahkakku yg shomel ni...lepas jumpa Nuha langsung bawa diri ke Tanah Rata mencari Dahlia ye, nasib baik jumpa kan..
Tahniah Kaksu untuk PAD...tak sabar nak tit tit tit kaksu.
dyea,
terima kasih :) wah, gengkicap mengalahkan Al-Jazeera. semua perkembangan novel dan aktiviti tanah air... cepat sahaja 'updated'
Ju'a,
Saudara dua belah rumah kaksu sedang buat kuih dahlia la tu, tapi kaksu terpenjara di Tanah Rata dengan Dahlia...
kucc,
Kaksu kamu memang sudah malas menulis, kalau tak kerana kena tahanan reman dek Kak Yah... cerita ni sudah tak ke mana...
Tetapi sebaik sahaja menulis semula... kaksu tulis Dahlia dengan penuh kasih, kasihilah Panggil Aku Dahlia... :D
- sekadar tahanan rumah -
Kaksu
Post a Comment