Tuesday, September 9

Bunga Syurga

Tajuk : Bunga Syurga
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM23
Terbitan : KakiNovel
* Telah ada di pasaran*


Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.

Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau. Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila. Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan. Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?


Ni kata2 Anita..

PENGHARGAAN

“Bunga Syurga” saya karang khusus buat keluarga tercinta yang paling memahami minat dan usaha saya. Abah, ma, Aya, Ala, Wawa, Amrul, Ida dan Sarah Adriana. Terima kasih yang abadi.

Buat teman-teman seperjuangan di alam kampus, Lida, Jie, Kak Ma, Ben, Baya, Ayu dan Asy. Kalian takkan ku lupakan.

Teristimewa buat rakan-rakan di alam maya terutama di forum Cari dan pengunjung blog saya. Tak lupa juga buat ‘Geng Kicap’ (April Snow) yang mula-mula me’review’ hasil karya saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semuanya kerana sentiasa sabar menanti kelahiran “Bunga Syurga” yang baharu keluar dari kepompongnya.

p/s: tq nick.. ambik masa hang menaip benda ni hehe.

10 comments:

Dyea said...

Nita..
x sabar tunggu bunga syurga.
Emm buku raya ni.

NickyAzrai said...

Alhamdullillah
yeah yeah kluar gak buku kak anita kita nie yg dah lama ditunggu2 *lompat langit*

Moga lepas ni x de lah lagi yg tanya mana hilangnya penulis nie *wink*

Congrats Anita :D

silencez said...

nick hahaha. nak tergelak bila ingat balik.

anita.. nanti boleh lah join waktu kitaorg lepak2 ek. sambil sign buku utk kitaorg ;)

Ju'A said...

Alhamdulillah tambah lagi koleksi gobok kat umah tu...hehehe

lepas ni tak de lah yg tanya "saper dia ni"

kucc_aprilsnow said...

big BOSS mesti goleng2 gimrama atas katil ni...buku yg dinantikan2 sampai kucing lu sempat beranak 5 kali,kan bos kan...kui kui kui....

congrats nita...

kaknOOr said...

Tahniah Nita.....Akhirnya lahir baby kedua Nita...dan tahniah juga untuk KN kerana menerbitkan novel anita aruzi.....semoga nita dpt menghasilkan setiap 1 tahun 1 novel dgn KN....

Mazni Aznita said...

salam geng kicap, heheheh terkejut gak jenguk sini tgk dah ada cover BS ni. anyway thanks dyea...betul kata cik din...blog ni begitu pantas dan laju dari mamarazzi. thanks geng kicap. Lepas ni nak beli kicap buat buka puasa ngan telur. hehehe

jujun said...

kuc...mentang2 dua ari aku tak check in kat negara kicap ni....siap kata goleng gimrama lagi...bukan takat goleng gimrama dah..terjun tiruk dh ni..best 10x

thnx nita..tunggu sakti cinta ngan hujan rindu eeee tak sabarnya

p/s sil tolon bleh kalo ada kat markas apa lagi suruh la naga kepala 7 anta kan hihihi...

kaypo said...

korang..jgn jeles..aku dah rembat buku ni kat markas tadi. Aku gi ukur jalan kat situ cari kain raya..tapi buku raya yg aku dapat.

Ju'A said...

kay..biasalah "bullet train" kan mmg laju jd tak heranlah kalau kau yg terawal rembat BS tu...