Friday, September 26

SALAM AIDILFITRI WARGA KICAP

Buat warga kicap, pengunjung blog, penulis2, kawan2 dan yang sewaktu dengannya...

Lisan kadangkala tak terjaga,
janji kadangkala terabai,
hati kadangkala berprasangka,
sikap kadangkala menyakitkan,
hidup jadi indah jika penuh kemaafan.
"MAAF ZAHIR & BATIN"

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI"





Pesanan Penaja @ mak jun : Jangan main mercun atau meriam buluh, bahaya karang kudung jari...main je bunga api cap kepala Kucing(mcm lam gbr kat atas tu) heheh......

Happy Belated Birthday , CKY

To Our Dear CKY.

Happy Belated Birthday !
Sorry dear , Sedikit terlewat.




Wednesday, September 24

Panggil aku Dahlia

Judul : Panggil Aku Dahlia
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21
Bakal Terbit : Oktober (psss..sabar ya)


"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

******************************

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Sunday, September 21

Majlis Berbuka Puasa KAKI NOVEL Enterprise

Yum Yumm Yummy
Wabbit, Izzul Izzati & anakandanya
Anita Aruszi & Puan Penasihat Geng Kicap

Sabtu, 20 Ramadhan 1429H – Bonda Qimi dan sidekicknya NickyAzrai berkesempatan memenuhi jemputan berbuka puasa dr En Ryzall, bertempat di pejabat KN di Wangsa Maju.


Antara yg hadir – Kak Wan , Wabbit, Mama Erra dan CarrieKirana. Penulis pula – Izzul Izzati, Rabiatul Adawiyah & Najwa Aiman.


Dalam majlis ini juga, kami berpeluang bertemu dengan ahli keluarga terbaru KN , Anita Aruszi yg baru sahaja muncul dengan novel terbaru beliau, Bunga Syurga.


Terima kasih banyak2 kepada En Ryzall yg sudi menjemput. Kak Wan yg sudi jd penaja pengakutan, Wabbit, Mama Erra & Carrie yg jd kawan sembang. Adeq, Azim & Fit yg bekerja keras memastikan perjalanan majlis. Juga kepada Taha kerana telah mena’pau’kan makanan untuk kami & memperkenal kami kepada www.kakionline.blogspot.com


Saturday, September 13

NB KARA - September 2008

Tajuk : Belahan Jiwa
Harga : RM19.90
Penulis : Zara Aluwi
Terbitan : NB Kara
ISBN : 978 983 434 7390


Sinopsis

Mereka semua dicintai dan disayanginya. namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput Ilahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar… Dugaan ada dimana saja. Dan sekali lagi… dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan seorang lagi belahan jiwanya…



.. Kak Anim terima kasih & Geng Kicap sayang kamu


Wednesday, September 10

Novel Alaf21 September


TIKA RINDU BERLAGU
Harga: RM19.90

Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1


Sinopsis: KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!



CAMAR YANG PERGI
Harga: RM19.90
Penulis: Iris Ixora
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-374-9


Sinopsis: DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara. Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri.
Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati. Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?




SEJUTA NAFAS CINTA
Harga: RM18.00

Penulis: Shanika Latisha
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-366-4


Sinopsis: Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?
SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan hati sepasang wanita melalui segala kemelut... me ngenepikan gelojak perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti. Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala doa telah dititipkan?

Bukan Yang Pertama


Penulis : Salina Ibrahim
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM34/ RM37 (Sabah & Sarawak)
Jumlah muka surat : 800 halaman

* Tarikh terbit : 26 Sept 2008*


Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak




Laskar Pelangi the Movie

berita baik utk peminat2 Andrea Hirata & Laskar Pelangi ..



utk mereka yg tak boleh layari youtube, click sini.

terima kasih byk2, kak su.

Tuesday, September 9

Bunga Syurga

Tajuk : Bunga Syurga
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM23
Terbitan : KakiNovel
* Telah ada di pasaran*


Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.

Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau. Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila. Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan. Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?


Ni kata2 Anita..

PENGHARGAAN

“Bunga Syurga” saya karang khusus buat keluarga tercinta yang paling memahami minat dan usaha saya. Abah, ma, Aya, Ala, Wawa, Amrul, Ida dan Sarah Adriana. Terima kasih yang abadi.

Buat teman-teman seperjuangan di alam kampus, Lida, Jie, Kak Ma, Ben, Baya, Ayu dan Asy. Kalian takkan ku lupakan.

Teristimewa buat rakan-rakan di alam maya terutama di forum Cari dan pengunjung blog saya. Tak lupa juga buat ‘Geng Kicap’ (April Snow) yang mula-mula me’review’ hasil karya saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semuanya kerana sentiasa sabar menanti kelahiran “Bunga Syurga” yang baharu keluar dari kepompongnya.

p/s: tq nick.. ambik masa hang menaip benda ni hehe.

Monday, September 8

Doa Untuk Aku



Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS One
Harga: RM22.90
Muka Surat: 448 halaman

Blurb:
Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.


.:cik din.. tahniah utk buku baru.

Hijab Sang Pencinta

TAJUK: HIJAB SANG PENCINTA
PENULIS : RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT : ALAF21
HARGA : RM19.90
HALAMAN : 503 MUKASURAT
GENRE : FANTASI & EPIK TRILLER

*****
--------------------------------------------------------------------------------------
“Tiada yang mustahil bila ALLAH menghendaki sesuatu…”
“ Mati itu pasti…hidup INSYA-ALLAH…”

Apa Kata Saya

Sebagai mukadimah, pastikan anda telah membaca dan menghayati naskhah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu sebelum menyentuh Hijab Sang Pencinta. Persiapan ini penting agar minda anda tidak tersesat mencari hujung dan pangkal secara teratur didalam menyusuri keindahan dan debaran kisah kali ini.

Hijab Sang Pencinta (HSP) memang ditunggu-tunggu oleh para peminat Ramlee Awang Murshid.Meminjam kata-kata seorang teman Geng Kicap; nickyazrai setelah 1 tahun 6 bulan menanti, akhirnya penantian beliau tersebut terlerai jua akhirnya. Penantian yang agak panjang membuatkan para pengikut Trilogi Bagaikan Puteri ini menjangkakan dan mengharapkan sesuatu yang “luar biasa” hebatnya akan menutup tirai kisah Sang Puteri ini…Dan sememangnya kisah kali ini luar biasa hebatnya.

Adakalanya menghasilkan sequel kerapkali tidak dapat menyaingi kehebatan cerita yang terdahulu ditambah dengan kekangan beberapa faktor yang sedikit sebanyak mencabar penulis didalam menzahirkan kisah selanjutnya dimana jika tidak berhati-hati mungkin akan menghilangkan aura sentuhan yang terdahulu. Akibatnya penulis akan gagal menjejaki fokus penceritaannya dan subjek cerita akan jadi goyah. Ditangan penulis hebat ini serta dibantu barisan editor yang berpengalaman pihak penerbit, HSP berjaya dibentangkan dan diangkat agar para pembaca dapat sama-sama dibawa menyusuri jaringan kisahnya.

Sebagai sebuah naratif yang dibina bukan secara linear kerana perletakan latar cerita yang membabitkan lebih dari 5 lokasi, tanpa penumpuan yang khusus, terlepas tanda-tanda atau clue pembaca pasti akan hilang mencari pertalian naratif yang membina cerita ini. Namun begitu, penulis bagi saya banyak membantu dengan memberi “papan tanda” agar pembaca tidak tersesat jalan, sama ada dalam dialog mahupun penceritaan. Pengolahan cerita yang mantap, tidak meleret-leret menjadikan perjalanan cerita lancar dan lebih berkesan di mata pembaca.

HSP memaparkan satu cerita yang mempunyai dua plot utama. Plot ini dibina supaya bergerak secara berasingan antara satu dengan lain dan dipertemukan pada satu titik penyelesaian yang sangat dramatik. Ada cerita mengemukakan 2 plot selari tetapi dalam HSP kedua-dua plot ini tidak selari kerana masing-masing mewakili zaman yang berlainan namun tidak sekali-kali menghuru-harakan fokus pembaca. Penulis begitu teliti didalam memastikan hal ini tidak berlaku yang pastinya akan mencacatkan tumpuan pembaca.

Biarpun “lakonlayar” cerita ini berdiri atas elemen fantasi, namun ia banyak menyuntik nilai positif yang ditunjangi watak utamanya, Saifudin @ Laksamana Sunan. Nilai-nilai murni seorang manusia berjaya diserlahkan menerusi perwatakan sederhana Saifudin. Didalam mengharungi situasi maha getir sifat keinsanannya berjaya diserlahkan penulis dengan begitu baik sekali. Sokongan watak-watak sampingan lain banyak membantu menaikkan martabat watak utama ini di kacamata pembaca. Lanskap sosial masyarakat melayu dahulukala juga begitu cantik dizahirkan penulis. Mungkin sokongan penyelidikan yang teliti oleh penulis berjaya melayarkan kehidupan masyarakat melayu dahulukala dengan begitu baik sekali. Begitu juga penggunaan dialek melayu lama & Indonesia yang banyak menwarnai HSP.

Keseluruhan, cerita ini memperlihatkan penghasilan hebat dari aspek penceritaan, plot, tempo dengan selitan mesej yang sarat buat renungan pembaca. Walaupun HSP berdiri atas landasan sebuah epik triller, penghasilannya penuh nilai artistik dan pautan nilai estetika yang indah dan elemen ini sememangnya menjadi kunci kecemerlangan naskhah penutup Trilogi Bagaikan Puteri ini.

Buat penulis, tahniah atas kelahiran naskhah yang amat saya tunggu-tunggu ini. Walau agak terkilan dan sedih pada mulanya dengan penamatnya, namun kesempatan bertemu muka dengan penulis di hari pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri dan mendengar sendiri kata-kata yang terzahir darinya kembali menceriakan perasaan saya….hehehe


Kisahnya

Pengembaraan Saifudin @ Laksamana Sunan untuk pulang ke tanah kelahirannya di Kg Punggor, Johor dari Tanah Rencong penuh laluan berliku. Berhadapan dengan pelbagai halangan yang mendatangi insan terpilih ini baik secara zahir mahupun halus cabarannya cukup getir…hanya bekalan ilmu di dada dimanafaatkan Laksamana hebat ini agar perjalanannya dapat diteruskan ke destinasinya.

Didalam kisah kali ni juga pembaca dilayarkan dengan jelas sejarah nan terperinci dan asal-usul Manggala yang diperkenalkan wataknya dalam cerita terdahulu. Didalam HSP juga lah Manggala dinoktahkan sepenuhnya.Di dasar Kawah Gunung Berapi Anak Krakatoa berakhirnya riwayat sang Manggala durjana di tangan Laksamana Sunan.

Ketibaan Saifudin di tanah kelahirannya agak terlewat kerana ibu tercinta terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi. Walaupun telah diberikan gambaran menerusi mimpu juga imbasan bayangan tentang perkara ini, kepulangannya menzahirkan apa yang dialaminya sebelum ini adalah suatu firasat berbentuk pemberitahuan tentang perkara ini. Walau dimaklumkan pemergian ibu tercinta bukan seperti biasa tetapi melibatkan campurtangan unsur tidak nyata, Saifudin tidak mendendami sesiapa cuma terkilan tidak sempat berjumpa ibu buat kali terakhir. Kisah pemergian ibunya menyeret Saifudin ke permasalahan yang menjadi tunjang perkara tersebut. Bantuannya diminta untuk membebaskan Melur(wanita yang pernah memfitnah beliau) dan puteranya dari pengaruh sihir Puteri Kober Gandring yang ingin membalas dendam ke atas Sultan Melaka setelah gagal menjejaki Laksamana Hang Tuah. Berbekalkan ilmu dan kebijaksanaan, sang puteri tewas. Walau telah berjaya menyelamatkan Melur dan putera, beliau dikhianati ayahanda Melur sendiri yang menyampaikan berita kepulangan Saifudin pada Sultan Melaka. Sultan yang sememangnya mendendami Laksamana ini kerana kegagalannya menikahi Haryani dalam kisah terdahulu menitahkan Saifudin ditangkap dan dibunuh.

Enggan menyerah kerana berdiri atas paksi kebenaran, Saifudin diburu. Persembunyiannya di sebuah gua yang dicadangkan bapanya menyaksikan keajaiban dengan izinNya berlaku. Beliau “ditidurkan” dan hijab alam baru terbuka. Saifudin “dibangunkan” di abad 21…melangkau 5 abad selepas zamannya. Ada kejadian lucu yang diselitkan sebagai mengambarkan kehairan Saifudin berhadapan dengan persekitaran baru dihadapan matanya.

Kemuncak cerita adalah pertemuan semula Saifudin bersama Haryani dan Dani hinggalah membawa kepada majlis pernikahan antara Saifudin dan Haryani. Manusia merancang tapi Dia lah penentu segalanya pada tiap kejadian dimuka bumi ini…

Buat pembaca sekalian, selamat menghayati pengembaraan penuh debaran Sang Laksamana nan terbilang ini.

Monday, September 1

Marhaban Ya Ramadhan


Selamat berpuasa & menyambut Ramadhan dengan sebaiknya.
Maaf Zahir Batin kalau ada tersalah silap dari kami kicap-kicap di sini.


-Kicapians-

Sekitar majlis Soft-launch Rindu Belum Berhenti.



Sabtu, 30 Ogos 2008, Sil & Dyea berjaya meredah laluan ke majlis Soft-launch Rindu Belum Berhenti di Pizza Hut, Maju Junction. Sebenarnya kami masing2 tak tahu jalan ke sana..hahha nasib baik ada map :)


Antara penulis yang hadir, Kak Lily Haslina & her two angels, Norzailina Nordin, Laila Kamilia, Eka Fahara, Lyn Dayana, Hezzy Azra & her Aha yang kiut miut. Juga ada Rinn, Carriekirana & Alaf FC.

Dhiya,
terima kasih daun keladi
kalau boleh undang la kami lagi :)

Sesiapa yg belum membaca RBB , sila la dapatkan segera.
Dijamin best oleh Lembaga ISO Kicap :)





Balik dr Maju Junction kami melencong ke MPH Subang Prade beli buku Faizal Dzasrik. Emm Tak sangka lak terjumpa ngan Kak Wan n anaknya Aisya kat situ. Ishh..ishh..Dunia Ini Sederhana Kecil sahaja.

Kicapians,
Korang dh puas kn tgk hadiah Kuiz RBB kn...hehe so simpan blk la foto nya ya.
Thanks Dhiya for the gifts...suka bangat ;)