Tuesday, August 28

Rinn Reviews: Wanginya Bunga Rampai by Haswida Abu Bakar


Wanginya Bunga Rampai

Penulis: Haswida Abu Bakar
Terbitan : Adiwarna
366 muka surat
RM19.00
sabah/sarawak: RM21.00


"Akukah penunggu fajar yang setia itu?"

Inilah peneman perjalanan pergi dan balik kerja aku sejak bermula bulan Puasa.

Haswida Abu Bakar membuka cerita cinta dari sudut berbeza. Cerita kahwin paksa yang berbeza. Mengajak kita menimbang tara membuat keputusan dalam cinta. Telah jelas disebutkan dalam Al-Quran, murka ibu bapa adalah murka Allah Ta'ala. Bila ibu bapa tidak redho dengan pilihan kita maka Allah juga tidak redho. Kebanyakan kisah cinta menceritakan betapa watak utama mempertahankan cinta yang bukan pilihan dan melukakan hati ibu bapa dengan memutuskan hubungan dgn si dia yang sudah menjadi tunangan demi cinta hatinya. Bila terputusnya ikatan pertunangan maka akan pincanglah hubungan dua keluarga, terpalit malu pada maruah kedua-dua pihak. Yang bahagia hanyalah dia dan cinta hatinya.

Bertunang adalah tempoh dugaan hati yang paling kuat. Ketika inilah syaitan hebat menghasut dan menimbulkan keraguan malah membuatkan hati terpaut pada yang lain. Jika kita akur pada bisikan itu maka syaitan berjaya meruntuhkan silaturrahim dua keluarga. fikir-fikirkanlah...

Cara Haswida bercerita adalah seperti layangan camera dari satu scene ke satu scene. Memberi persepsi dan imaginasi berbeza apabila membaca. Terasa gerak sinematografi yang cantik dalam bahasa yang disampaikannya.

Arif dipaksa menerima Nurul sebagai tunangan demi melunaskan wasiat turun temurun yang tak pernah terlunas. Arif dan Nurul menerima keputusan ibu bapa masing-masing. Seri dipaksa menerima Haikal sebagai tunangan demi memelihara nama sharifah dan syed dalam keluarga mereka. Seri dan Haikal menerima keputusan ibu bapa masing-masing. Nurul sudah punya pilihan hati dan Haikal juga sudah punya kekasih hati. Pertunangan dalam paksaan ini teruji apabila Seri dan Arif bertemu di Kampung Molek. Pertemuan yang mencetuskan rasa cinta dalam diam, makin lama makin mendalam. Situasi yang membuatkan mereka mahu merestui pilihan tunangan mereka supaya mereka dapat bersama, tetapi bagaimana dengan keluarga? Allah melarang memilih tunangan orang sbg isteri. Arif sedar, tetapi hatinya sudah penuh dgn cinta pada Seri walaupun pangkal namanya tiada Syed seperti Haikal. Dalam hal ini Seri yang lebih kuat dalam mengawal perasaan dan berhabis-habisan mempertahankan pertunangannya dengan Haikal. Dia menjunjung kasih ibu bapanya jauh lebih tinggi daripada cinta
yang semakin mekar di hati sampai bengkak-bengkak mulut Arif dicilinya :)

Arif adalah terlalu perfect untuk direject. Ringan tulang, baik hati, pandai mengaji, namun Seri terpaksa menolak semua rasa yang positif terhadap Arif. Semakin ditolak, semakin serasi. Siapakah yang berjaya dalam ujian ini dan siapakah yang kecundang? 'Saksikanlah' sendiri Wanginya Bunga Rampai :)



sure fine whateverr
Rinn

(sekiranya berhajat nak
copy-paste review ini, sila
link kan ke laman web ini.
terima kasih)


meRinnTis Blurb/sinopsis

belakang buku:

Seri tu tunangan orang, Arif Azril! bisik hatinya. Aku tahu. Tapi kalau cinta dan rinduku hanya padanya bagaimana? Lalu jahatkah aku kalau merampas tunang orang? Seharusnya dari dulu lagi dia memasang pagar tebal... yang paling kebal supaya kata2 manis dan pujuk rayu Arif itu tak menyusup masuk, walau senipis udara yang sedang dia sedut ini. Akan dia buang rasa cinta ke dasar sungai itu. Biar mengalir pergi; dan dia tak mahu tahu ke mana akan berlabuh. Akan disebut nama Haikal setiap kali hatinya menyeru Arif. Akan disanggah bayang Arif kalau singgah di ruang mata.


Ah... mengapa mereka tidak memberi ruang kepada si anak untuk mencari teman hidup sendiri? Dan membiarkan mereka merangka takrif bahagia dalam erti dan cara sendiri. Ada apa pada pangkal nama 'syarifah-syed' ini? Apa sebenarnya yang ada dlam molekul darah keturunannya sehingga tidak dibenarkan bercampur dgn darah hamba Allah yang lain?

1 comment:

Kay said...

mmg best cerita ni... :) kalu difilemkan bagaimana ye?