Sunday, November 7

Terkini daripada PTS


Tajuk : Aku, Dia & Drama Queen
Penulis : LIly Haslina Nasir
Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5783-11-1
Tarikh Terbit: 22 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 328

Sinopsis :

Sindrom resdung dan sinus menyerang Zaza kali ini. Gadis manis ini asyik hacummm sana... hacummmm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk ataupun debu di rumah.

Pun begitu, semuanya menjadi huru-hara apabila Zaza punya rakan sebilik yang baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen.

Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pintar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa dia tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan daging burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia & Drama Queen.



Tajuk : Lelaki Berbaju Merah
Penulis : Rahmah Mokhtar
Harga: RM 19.50 / RM 21.50
ISBN-13: 978-967-5783-16-6
Tarikh Terbit: 16 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 400

Sinopsis :

Sesuatu kejayaan itu akan bertahan lebih lama kalau dicapai tanpa menggagalkan prinsip kita.” Itulah kata-kata semangat daripada Walter Cronkite yang pegang oleh lelaki berbaju biru itu.

Hampir setiap hari, lelaki berbaju biru itu menuju ke sebuah restoran yang menemukannya dengan dua insan, Azila yang selalu tertekan dengan hasrat ibunya dan Akmal yang mudah terpengaruh dengannya.

“Kakak dan abang tunggu saya di pintu pagar sekolah selepas habis waktu sesi pagi. Oh ya, kakak jangan lupa berbaju kurung biru, ya? Abang juga datang dalam persalinan baju Melayu berwarna biru.” Permintaan lelaki berbaju biru itu menjebakkan Azila dan Akmal ke 'dunia biru'.

“Bukankah biru itu simbol perpaduan? Tambahan pula, hanya pengawas sahaja yang dibenarkan berbaju biru di sekolah saya dan jawatan pengawas itu hanya bagi orang terpilih sahaja. Awak pula diberi kebenaran memakainya tanpa memegang jawatan pengawas. Saya kagum!”

“Baju biru abang cantik juga. Segar, umpama langit selepas hujan.” Tanpa disedari, lelaki berbaju biru itu terus mempengaruhi orang-orang di sekelilingnya.

Namun, mampukah lelaki berbaju biru itu meleraikan kekusutan dalam 'dunia biru' yang diciptanya sendiri?



Tajuk : Diari Mat Kilang
Penulis : Ahmad Fairoz Daud
Harga: RM 9.90 / RM 10.90
ISBN-13: 978-967-5406-67-6
Tarikh Terbit: 16 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 176
Sinopsis :

Diari Mat Kilang mengisahkan kehidupan seorang juruteknik kualiti, Wan Mohd Musyris di kilang yang terlibat dalam pengeluaran mesin pengimbas sinar-X. Wan Mohd Musyris adalah graduan dari politeknik di timur semenanjung. Niatnya, melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negeri terbantut tetapi dia masih punya impian untuk hidup di negara orang. Dia cuba memastikan impiannya tercapai walau apa cara sekalipun.Di kilang tempat beliau bekerja ada sedikit konflik, bosnya mahu memberi kenaikan pangkat kepada pekerja yang paling bermasalah di bahagian kualiti dan hanya menunggu tarikh diumumkan sahaja. Wan tidak berpuas hati tetapi tetap melakukan kerja-kerjanya sebagai juruteknik kualiti seperti tiada apa yang berlaku.



Tajuk : Curahan Kasih Seharum Syurga
Penulis : HM Amyzam
Harga: RM 18.50 / RM 20.50
ISBN-13: 978-967-5783-22-7
Tarikh Terbit: 18 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 456

Sinopsis :

Episod cinta antara dua insan ini telah terjalin dengan penuh tertib sejak dini. Pertemuan dengan Azlan tidak terduga berlaku kala Amylea dalam kesusahan menempuh gelombang hidup yang datang tidak terjangka. Bekas suaminya, Razman hadir menuntut anak hasil perkahwinan dahulu. Ternyata, masalah ditangani dengan penuh berhemah membuahkan hasil yang jauh dari jangkaannya sendiri.

Titik awal cinta Amylea dan Azlan telah bermula lalu membuka lembaran baru dalam hidupnya. Jelas, cinta yang dibina rapi bertiang syariat dan berpasak susila serta terjaga dari goncangan fitnah mampu mengubah landskap kehidupannya.




Tajuk : Andai Gerimis Berhenti
Penulis : Mardihah Adam
Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-967-5783-19-7
Tarikh Terbit: 29 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 384

Sinopsis :

Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita-cita dan cabaran berganda. Nur Aisya binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.

Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan dia akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih dalam kisah hidupnya dibawa supaya segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak akan berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.

No comments: