menahan diri daripada menerima Nadim samalah seperti menelan paku payung Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah? Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata ‘ya’ di dalam, di luar tetap mengaku ‘tidak’! Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh? * * * * NISYAH menulis tentang hati seorang perempuan yang tersepit antara kenangan cinta lama dengan munculnya ‘orang baharu’ yang begitu mengharap cintanya.NISYAH begitu berhati-hati membuat keputusan dalam 3 Jantung Hati untuk mengubah hidup Nadira selamanya. |
Sunday, November 28
Akan datang daripada Jemari Seni
Akan datang daripada Buku Prima
Akan datang daripada Ramlee Awang Murshid
Thursday, November 25
Bakal Terbit dari NB Kara: ...dan cinta pun tersenyum...
Release date yg pasti belum lagi ada utk novel ini. Tapi dijangka akan berada di psaran dalam bulan Disember. Untuk maklumat terkini, jgn lupa ke blog roseharissa.blogspot.com dan blog nbkara http://novelnbkara.blogspot.com/
... dan cinta pun tersenyum ...
Penulis: Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
isbn: 9789675229213
Terbitan NB Kara
Cetakan pertama 2010
636 mukasurat
"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."
sinopsis/gengkicap/blurb:
"Ervan... ini matahari pagi, bagus sbg vitamin D yg penting utk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dgn cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah org yg berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Org yg paling tahan terkena radiasi matahari adalah org yg berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih mcm cicak! Manalah tahan dgn cahaya matahari!"
"What?!" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?!" Ervan merengus dgn mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatainya sbg mannequin, sekarang sbg cicak pula! Eeii...! Ervan bergidik geli.
"Iya... cicak... ck... ck... ck..." balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa mahu menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan langkah.
"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! cuek!" maki Ervan dgn bengang.
---------------
Aku mau pulih dari kesengsaraan ini. Yang kubutuhkan saat ini, hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerna secinta-cintanya manusia kepada manusia, kan nggak boleh cintanya lebih dari cinta kepada Allah? - Ervan
It's about love and hate. Never give up on someone you can't go a day without thinking about. Love like you've never been hurt. - Surihani
Wednesday, November 24
Kucc Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Tajuk Buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.50
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Cinta & Kekeluargaan
Bintang : 4.5
-----------------------------------------------------------
Kata Kucc:
Warna I: Bukan Dipaksa oleh Nazurah Aishah
“ kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh…”
Mengenali karya-karya Nazurah sejak dari naskhah awal beliau;Lili Buat Najah saya melihat beliau semakin kemas didalam melahirkan naratif-naratf berat lagi beremosi. Ada jiwa dan roh didalam jalinan penceritaannya. Menyerap ke seluruh pelusuk jiwa.
Kali ini Nazurah mempersembahkan sebuah drama kehidupan yang cukup menyentuh jiwa. Sebuah lakaran kehidupan manusia yang cuba sembunyi dari kenyataan dan takdir. Beliau menterjemahkannya menerusi kemelut sebuah perkahwinan rahsia yang dibina atas dasar cinta tapi perkahwinan tanpa restu pastinya akan dilanda masalah.Itulah harga yang perlu dibayar. Paling sedih, jiwa insan kecil yang tidak berdosa juga terpaksa menerima natijah akibat kerakusan dendam manusia yang tiada sempadan.
Bertemakan cinta & kekeluargaan yang digarap dengan cukup melankolik, penuh emosi Nazurah ternyata semakin hebat memperlihatkan kemahirannya didalam mewarnakan karya beliau. Naskhah ini mendukung tema cinta uda dan dara seperti
karya-karya terdahulu beliau namun memberikan suntikan berbeza didalam kita melihat makna kehidupan dan perkahwinan. Perkahwinan yang dimulai dengan hubungan cinta tapi mendapat tentangan juga tiada restu bisakah berkekalan? Mesej penulis saya kira jelas. Dendam tidak akan membawa manusia kemana-mana. Tiap yang tertulis oleh-Nya pasti ada hikmah didalam kehidupan seseorang manusia. Percayalah. Yakinlah.
Plot kronologi mendominasikan keseluruhan perjalanan naratif ini. Sisipan teknik flashback ada juga diselitkan sama demi menguatkan lagi jalan cerita. Sangat kemas digarap, begitu juga suntingannya yang cukup teratur. Perwatakan dua nadi utama Bukan Dipaksa; Ayu Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem sangat serasi diganding. Nazurah cukup berjaya mengemosikan kedua-dua mereka di dalam meladeni kemelut perkahwinan mereka berdua yang awal-awal lagi terputus akibat tekanan Hajah Normah; ibu Affan yang sedari awal mendendami keluarga isterinya itu kerna
sebuah janji silam yang tidak tertunai. Setiap pergerakan, dialog sangat menyentuh naluri . Nazurah berjaya membuai perasaan pembaca didalam menyusuri dilemma dan onak yang terpaksa dihadapi pasangan muda ini. Watak antagonis Hajah Normah tidak begitu diserlahkan hanya sekadar pemberitahuan didalam penceritaan oleh watak utama sahaja. Gaya bahasa yang diterapkan Nazuarh dalam naskhah beliau ini cukup melankolik sekali lenggoknya bersesuaian dengan corak persembahan naratifnya. Keseluruhan naratif ini cukup mantap cuma penamat cerita yang saya kira agak terburu-buru sedikit mengurangkan keindahan naskhah yang cukup berkesan ini.
Buat penulis muda berbakat besar ini tahniah untuk naratif terbaru anda. Buat pembaca juga pengemar penulis ini, lihatkan kematangan beliau membuai jiwa anda didalam Bukan Dipaksa.
* * * * * * *
Warna II: Hikari Ainori oleh Rnysa
“cinta pandang pertama…the love ride of hikari ”
Sudah begitu lama tidak membaca nukilan Rnysa dan kemunculan cahaya baru ini bagai serakan warna salju yang mendamaikan jiwa. Hikari Ainori; perjalanan kisah insan-insan yang mencari diri, mencari identiti yang hilang, mencari jalan hidup dipersembahkan penulis dengan begitu indah sekali. Saya sukakan kisah ini. Dengan isi yang cukup berat, penulis berjaya menyampaikannya dengan kaedah paling mudah dan santai. Pembaca seolah-olah sama-sama menyusuri pencarian diri yang diangkat sebagai tema naratif hebat ini.
Kisah cinta yang dilayarkan penulis di dalam naratifnya kali ini bukanlah cinta yang biasa namun cinta yang lebih simbolik. Persoalan cinta pertama terjemahan penulis kali ini memperlihatkan dimensi perasaan cinta seorang lelaki pada wanita yang kekal bertakhta disanubari. Biar dipisah jarak dan masa, rasa cinta itu tetap tidak pernah hilang ditelan arus waktu. Kekal kejap dihati dan jiwa.
Plot naratif ini konsisten pergerakannya dari mula hingga ke akhir cerita. Persembahan yang sangat cemerlang ini juga disumbangkan oleh susunan teknik olahan dan suntingan yang cukup teliti yang membuatkan pembacaan tidak
terganggu. Gaya bahasa biasa yang diaplikasi penulis begitu sederhana namun tetap cantik dan tersendiri.
Perwatakan di dalam Hikari Ainori memfokuskan pada beberapa watak utama; Hazelina, Rafique, Umar Rayyan dan Adriena Ayuni. Watak Hazelina @ Hazel dibangunkan dengan cukup berhati-hati bersesuaian dengan latar diri watak yang sedang mencari diri. Hazel cantik ditangani penulis. Potret watak ini cukup mencuri perhatian. Kewajaan dirinyadidalam menangani hubungannya bersama Rafique begitu memikat. Rafique bukan hero pilihan saya. Sikapnya memang dari awal sangat menjengkelkan. Penulis begitu berjaya mewarnakan watak Rafique sedemikian rupa. Rafique insan yang mencari cintanya yang hilang lalu cuba singgah dihati insan lain tanpa sepenuh hati dan jiwa.Dan benarlah lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya. Adriena Ayuni yang muncul dalam
Albatros dinoktahkan kisahnya di sini. Umar Rayyan si Naruto alim ini begitu mencuri hati. Diam dirinya berisi. Pencarian cinta yang tertambat buat pertama kali pada si mata coklat di negara matahari terbit termeterai disana juga akhirnya.
Mesej yang diselitkan penulis kali ini buat pembaca bukan calang-calang . Didalam menerajui isi cerita yang berat adakalanya sesetengah penulis gagal didalam menyampaikan mesejnya pada pembaca namun Rnysa saya kira berjaya
melakukannya. Selangkah kita mencari cahaya-Nya, seribu kali langkah kita dipandu ke jalan-Nya.
Buat Rnysa, anda memang mengagumkan!
* * * * * * *
Warna III: Karamel oleh Nasz
“Karamel itu benda hangus yang sedap...”
Sepanjang menyusuri naratif sempoi ini saya tidak sudah-sudah senyum dan ketawa. Karamel; secomel tajuknya begitulah juga perjalanan kisahnya. Karamel nukilan kedua penulis membawa pembaca mengenali warna diri dan kehidupan seorang Nory Ana; sang setiausaha yang polos dan lurus pekertinya.
Tema cinta dan kekeluargaan dalam naskhah santai dan lucu penulisi ini sangat menangkap dimata pembaca, Penulis saya kira cemerlang menarik pembaca menghayati sepenuhnya perjalanan naratifnya ini dengan penuh perasaan.
Nory Ana selaku tunjang naratif sangat cemerlang ditangani penulis. Ana diangkat sebagai lambang gadis yang polos jiwanya, jujur hatinya didalam menjalani hidup dan sifatnya itu membuatkan dia cukup disayangi keluarga juga rakan sekerja kecuali ketua barunya; Encik Arif. Penulis saya kira cukup bijak mencipta potret watak seorang Ana yang cukup memikat.Dialog yang ditutur Ana sentiasa buat saya tersenyum . Arif Mohammad; si boss yang sentiasa mencari pasal dengan Ana berjaya mencuri perhatian. Potret seorang Arif disingkap sedikit demi sedikit hingga warna dirinya yang sebenar terserlah. Arif yang nampak sungguh beku rupanya hangat juga. Hebat! Nana si watak pembantu yang mengindahkan lagi warna naratif ini. Lucu dan spontan!
Gaya bahasa yang mudah, menggunakan jargon bahasa muda-mudi semasa sangat kena dengan persembahan cerita. Teknik suntingan pada naskhah ini saya kira cemerlang direalisasikan pada pembaca. Walau ia cuma sebuah naskhah ringan penulis penuh berhati-hati demi memberi sentuhan yang lebih sempurna pada pembaca.
Bermesejkan paksi cinta dan kasih sayang, plot naratif penulis bergerak dengan cukup santai teralun namun kemas digarap. Buat penulis muda yang semakin kukuh membina nama dipersada kreatif tanahair tahniah untuk sebuah naratif yang cukup membuat saya tidak cukup senyum dan ketawa hingga ke noktah terakhir. Karamel anda hangus tapi rasanya memang sungguh ummphhh!
psst : Nasz, dialog Ana dalam bahasa isyarat tika mula memperkenalkan diri pada Arif mengingatkan kucc pada dialog Sudin dengan isteri pak Mat Tempe dalam Seniman Bujang Lapok, siap ketawa terbahak-bahak sorang-sorang tengah-tengah malam buta....ahaaks
Posted by kucc_aprilsnow
Monday, November 22
Terbaru dari NB Kara: Sayang Seorang Qaiser
Terbaru dari NB Kara. Dah ada di pasaran. Hari tu nampak ada banyak copies kat Minerva
Tajuk : Sayang Seorang Qaiser
Penulis : Anuar Kamaruddin
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00
ISBN : 978-967-5229-19-0
"Dia bukan lelaki sempurna tetapi dia disayangi"
Qaiser seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Orangnya cukup sederhana, tetapi hatinya dipenuhi dengan limpahan kasih sayang. Jiwanya sentiasa ada rasa cinta. Dia disayangi semua terutama saudara mara.
Tanpa disedari, ada sepasang mata memerhati. Menagih cinta dari sang lelaki. Qistina, gadis kaya raya yang kosong jiwanya. Terpesona kerana budi bahasa bukan kerana harta. Cinta mereka bertaut tanpa sengaja, namun dugaaan menyapa. Qaiser dicemburui dan menerima padahnya.
Namun apa pun dugaan yang melanda, cinta ke dua mereka tidak tergugah dan pasti tetap bersatu kerana sayang seorang Qaiser, tidak pernah memilih-milih.
Friday, November 19
Rinn Reviews: Kristal Kristal by Misdhiaz
Kristal Kristal
Penulis Misdhiaz
Penerbit: Jemari Seni
361 mukasurat
RM17.00
Sabah/Sarawak RM20.00
isbn: 9789675118456
Ini kisah cinta. Kisah cinta duka. Yg pergi selamanya itu, turut membawa cintanya pergi. Yg ditinggalkan dan masih bernyawa terus berduka kerana tidak memperjuangkan cinta. Yg baik2 dlm citer ni pendek umur pulak, yg jahat sikit2 dan jahat banyak2 tu yg panjang umur. Tapi yg pergi selamanya itu telah meninggalkan kesan mendalam sehingga membuat mereka yg masih melayari hidup di dunia fana ini menyesal dan kita boleh kata 'padan muka!' kat diorang. :) mcm ada rasa puas pula di situ.
Bagi aku penulis menulis utk kepuasan diri. Dia melayarkan ceritanya bukan kerana nama. Dia hendak berkongsi rasa cinta seorg gadis yg kecewa.
Bagi aku penulis ini berani menonjolkan karya pertama dgn ending begini. Memang cerita alternatif ending begini ada peminat2 tersendiri tetapi dari segi komersil mungkin bagi pembaca santai yg membaca utk hiburan akan rasa agak takut utk membeli karya kedua penulis ini.
Iris meneruskan pertunangan dgn Keem walaupun sejak dahulu dia asyik makan hati dgn sikap Keem yg suka berpeleseran dgn model2 cantik. Setia Iris seperti sia-sia. Mungkin atas rasa tanggungjawab membuatkan dia menjaga ikatan pertunangan tu, tp kalau dari sudut hati, dia lebih terikat pada Ray. Kelihatan seperti Iris pilih utk menderita dan makan hati.
Ray memang jauh lebih baik dari Keem tetapi bait2 romantis dari Ray hanya menonjolkan dia sbg seorg yg puitis tapi bukan seorg hero.
Aku rasa macam tak sabar nak selak setiap muka surat bila membaca kisah ini mulai dari part Iris kehilangan abg dan ibunya serta part selepas dia berkahwin dgn Keem. Ada rahsia yg kita tak sabar nak tahu. Memang geram bila tau Iris sebenarnya isteri kedua dan Nia yg menjadi isteri pertama tu lebih mementingkan dendam dari persahabatan. Penulis tak banyak menyingkap perasaan Iris selepas berkahwin dengan Keem. Dia kelihatan pasrah menerima Keem dan cuba membahagiakan Keem walaupun terpaksa berkongsi kasih. cuma selepas mengetahui Nia dan keem pernah ada anak luar nikah, barulah dia menonjolkan rasa kecewa tambah2 anak itu adalah si anak kecil yg disayangi Iris selama ini. Dia rasa tertipu apabila Keem merahsiakan tentang kewujudan anak itu.
Iris menghargai seni nota2 puitis Ray manakala Ray dgn mudahnya dapat menyelami lukisan perasaan karya Iris tetapi mereka tidak ditakdirkan utk bersama.
Watak Aunty Mila memang mengejutkan tetapi membuatkan ending terasa seperti tergesa-gesa. Aku suka novel yg tidak terlalu tebal tetapi kalau mcm summarized buat aku rasa tak puas pulak. Susah betul la aku ni, nak tulis sendiri tak reti. haha... pandai komplen saja.
Misi Nia utk memporak perandakan hubungan Keem dan Iris berjaya dgn cemerlang tapi kesannya menjadikan dia perempuan serabai yg suka menangis dan ketawa sendirian. WAtak2 antagonis mendapat balasan yg setimpal dan buat aku rasa seronok pulak. Ending agak sedih tapi tak rasa nak menangis walaupun aku ni kira dalam kategori minah sensitif kalau baca citer2 sedih neh.
buat Bugurwu & Emai, aku gerenti hang mesti suka citer nih. :)
sure fine whateverr
rinn
"Someone!
Someone tu siapa?
Someone to love... is DR Luv..."
blurb
Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dgn kelainan yg abadi. Biarpun si gadis tidak mampu utk dimiliki.
Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dlm kesamaran.
Masihkah ada sisa waktu utk mereka?
Aduhai hati,
Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pd diaa. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, ahirnya dia harus bagaimana?
DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih.
Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata.
Kalau cinta, lafazkanlah!
Kristal. Kristal.
masih bergaung dlm hiba
saat mencari suatu petanda utk bahagia
Kenapa dia harus suka dlm duka?
MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarrnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorg perempuan yg ditinggalkan.
Thursday, November 18
KuCc Reviews: Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? by Manjlara
"Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku
mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya.
Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?.."
Kata Kucc:
Tema & Mesej
Saya kira mesej penulis didalam naskhah kedua beliau ini mudah difahami pembaca. Persoalan jodoh yang sememangnya urusan dan rahsia Allah diangkat sebagai mesej utama naratif yang begitu melankolik ini. Mesej ini disimpulkan penulis dengan cantik bersaksikan sebuah garapan kisah yang indah terlakar dikanvas kertas putih. Persoalan kasih sayang yang disulami suntikan unsur ukhuwah kekeluargaan mewarnai tema naratif ini. Terselit juga pengajaran yang ditinggalkan penulis untuk renungan pembaca.
Plot
Persembahan dan olahan plot naratif ini sangat menarik dimata saya. Tersusun, kemas garapan dan suntingannya. Gaya kronologinya menguasai keseluruhan teks. Teknik imbas kembali yang disisip sekadar penambah seri cerita.
Perwatakan
i. Qisya Amni - Ya, saya suka dia! Gadis yatim piatu ini cukup mengundang simpati dan hiba pembaca dengan dirinya yang malang. Latar wataknya digarap cemerlang oleh penulis. Memang ada waktunya sifat mengalahnya yang sedikit keterlaluan mengundang rasa geram saya padanya. Saya kira penulis berjaya mengusik hati pembaca dengan sifat dan keperibadian Qisya nan menawan ini.
ii. Azam Jufry - Ya, saya suka dia! Ketulusan, kesabaran dan kematangan watak ini begitu memikat. peribadinya cantik dipotretkan penulis. Figura hero ini ternyata punya karismanya yang tersendiri dan cukup menyerlah! Yang pernah membaca naskhah pertama penulis; Persis Sebutir Pasir pasti kenal siapakah hero ini..
iii. Wafi Ilya - Ya, saya tak suka dia! Penulis berjaya mencipta rasa misteri pada watak ini dengan kemunculan awalnya yang tampak "baik".
iv. Julia, Pak Long Mukri - Ya, saya suka dia! Watak pembantu ini sangat mewarnai dan signifikan dengan keseluruhan cerita.
v. Mak Long Ainun - Ya, saya tak suka dia! Anatagonisnya sangat menjadi dan terserlah!
Cameo Widya @Kasih dan Syed Irwan Zahir yang sudah berstatus Dr. pasti mengembalikan nostalgia romantis Persis Sebutir Pasir. Solo lagi Irwan rupanya...hehehe
Gaya Bahasa
Melankolik dan estetikanya cukup berseni. Indah digambar dan digarap. Metafora kehidupan watak-watak utama diterjemahkan dengan begitu baik menerusi suasana sekeliling.Alam, persekitaran memainkan peranan didalam menghidupkan mood perjalanan cerita.
Buat penulis, tahniah! Kisah cinta garapan anda kali ini nampak seperti klise namun dari sisi yang lain anda bijak mengajak pembaca menyorot definisi cintaitu sendiri dari sudut Keluhuran dan ketulusannya.
Rinn Reviews: Penjara Rindu by Nia Arissa
Penjara Rindu
Penulis: Nia Arissa
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
644 ms
"Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi..."
Cover kedua2 novel terbitan november 2010 oleh kaki novel ni mempunyai konsep warna yg sama (Dosa Semalam & Penjara Rindu). Kadang2 macam tak teringat covernya yg mana satu.
Penjara Rindu menawarkan kisah kawin paksa. Sesuatu yg dah jadi terlalu biasa dalam membaca novel melayu seolah2 ramainyer org kat Malaysia ni yg kena kawin paksa.
Farisya Hani yg sudah mempunyai kekasih (Aswad) terpaksa mengahwini sepupunya Haziq demi menyelamat maruah keluarga itu setelah bakal pengantin perempuan melarikan diri dgn lelaki lain.
Di bahagian awal kisah ini memang agak lambat aku membacanya kerana terasa seperti mengulang baca kisah lain yg mempunyai latar cerita yg lebih kurang sama.
As we follow the storyline, the writer began to improve in presenting her stories. Rasanya banyak di bahagian awal novel ini perlu diedit dan dikemaskini supaya lebih 'menangkap' perhatian pembaca. Bagi yg mahu memulakan cerita ini, jgn sekali kali berenti ya, kerana konflik cerita ini semakin menarik selepas fasa 'stereotaip' yg pertama itu.
Isya dan Haziq akhirnya membuka hati utk menerima antara satu sama lain dan mereka sangat bahagia. Tetapi sayang, sikap Isya yg menyembunyikan kemunculan 'peminat misteri' yg sering mengirim bunga kepadanya memang telah dijangka akan menjadi punca Haziq dikuasai cemburu.
Aswad masih menyintai Isya dan peluang utk bekerja dgn Isya memang menjadikan dia lelaki yg paling gembira. Namun tidak bagi Isya. Pergerakan mereka menjadi intipan lalu menimbulkan fitnah. Fitnah yg telah meragut kebahagiaan Isya-Haziq. Api cemburu Haziq disemarakkan lagi oleh Tasya yg sempat mencalit ubat guna2 pulak kat Haziq sehingga Haziq melafazkan talak tiga ke atas Isya.
Penulis mempunyai kelebihan dalam melakar kisah sedih menyentuh hati dalam menceritakan kesengsaraan Isya yg kehilangan anak dan suami dalam masa yg sama sehingga membuatkan dia meroyan. Bertahun-tahun masa diambil Isya utk sembuh. Haziq juga turut menjalani rawatan secara Islam dan kembali sedar akan kesilapannya. Cintanya masih segar utk Isya tetapi segalanya sudah terlambat, Isya sudah membuka semula hatinya buat Aswad. Tak sangka pulak Haziq sampai kidnap Isya dan pergelutan mereka telah membuat Haziq terluka, literally. Aku ingat ker Isya yg tertikam tapi HAziq yg kena rupanya. Kata2 Haziq masa tu memang menyentuh perasaan dan boleh ternangis lah.
Dapt ker Haziq mengaut kembali kepercayaan Isya? Lu baca la sendiri ;)
sure fine whatever
rinn
blurb/alongside/sinopsis
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kpd maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dgn lancar.
Dgn kejadian beberapa insiden yg tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.
Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yg diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehdiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yg ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yg sentiasa mencari peluang utk mendekati Haziq Denial.
Masih adakah peluang kedua utk mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
Wednesday, November 17
Happy Birthday, Kaypo Darling
MyNiceProfile.com
Or tallying the years,
Contemplate your blessings now,
As your birthday nears.
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"
Monday, November 15
December 2010 Dari Kaki Novel
SABAH/SARAWAK: RM22.00 AHLI KN: RM18.00
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.
Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.
Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.
ISBN: 978-967-5067-63-1
SEMENANJUNG : RM 18 AHLI KN: RM 14
SABAH/SARAWAK: RM 21 AHLI KN: RM 17
Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.
Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.
Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.
Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?
Thursday, November 11
Akan datang daripada Alaf21
Sinopsis: ARMIA... seindah namanya, seindah itu juga wajah dan tingkah lakunya. Menjadi igauan ramai lelaki tatkala memandangnya. Didikan agama di dalam jiwanya sejak kecil umpama pelita yang menerangi kegelapan. Kecantikan dan budi bahasa yang dimiliki serta bakat dalam bidang penulisan membuatkan dia menjadi rebutan tiga jejaka yang berlainan watak dan karakter. Armia keliru. Siapakah jejaka yang terbaik untuknya? Hanya istikharah penentu segalanya….
Sinopsis: AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.
Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.
Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.
Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin
sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.
Tuesday, November 9
Rinn Reviews: Jauh Kau Pergi by Dhiya Zafira
Jauh Kau Pergi
Penulis: Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Cetakan pertama 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
isbn: 9789831245699
528 mukasurat
"Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"
Aku rasa ni antara buku yg ramai pembaca yg ada blog suka baca sebab sangat mudah mencari review novel ni di internet dan kesemuanya adalah review yg sangat positif. Bagi aku Dhiya Zafira sudah berjaya meletakkan namanya di kelas yg tersendiri dalam penulisan novel action thriller.
Dhiya Zafira meneruskan kecemerlangannya dlm melagukan cerita melayu berentak romantis-thriller. Memang menyediakan perisa berbeza dalam penghasilan novel melayu Malaysia. Dalam timbunan cerita2 cinta yg mendayu-dayu, Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang2 kalau cerita cinta semendang pun buat kita bosan juga, sekali sekala terselit cerita sebegini, memang membangkitkan mood utk membaca.
Hero yg diangkat dalam novel ini adalah seorg askar komando. Seperti melengkapkan pulak koleksi hero melayu beruniform di laut, udara dan darat :p Kalau Jemari Seni ada Mazni Darwisya's Amru si mat selam, KarnaDya pulak ada Aina Emir's Arash si wira angkasa dan terbaru Alaf's Dhiya Zafira mengangkat Rif, si mat teyrap sbg hero;) Bagi aku ketiga-tiga hero beruniform ini mempunyai perwatakan yg menarik dan terserlah aura 'heroism'nya.
Di sebalik perwatakan macho, Rif sebenarnya adalah seorg lelaki yg sensitif dan penuh emosi. Afi menjadi buruan setelah kematian abgnya, seorg komando yg menjalankan operasi sulit. Rif dan kawan2nya cuba menghulurkan bantuan sebaik mungkin utk Afi yg sebatang kara gara2 dibuang keluarga sejak ayahnya berkahwin dgn ibunya, seorg omputeh. Mulanya aku heran naper Rif spent too much time dgn Afi sedangkan dia ada tugas rasmi yg tersendiri, rupa2nya Afi tu adalah sebahagian dari tugasnya. Bagi yg pernah baca karya Dhiya Zafira, watak yg disangka mati tapi masih hidup bukanlah sesuatu yg baru kerana beliau pernah menggunakannya dalam novel sebelum ini. Ini mengurangkan sedikit elemen kejutan semasa membaca kisah ini.
Cerita yg penuh aksi ini terasa tidak susah utk membayangkan aksi lasaknya mungkin kerana aku selalu jugak tengok cerita2 action packed dan penulis menggunakan bait2 kata yg terbaik utk membayangkannya dgn mudah kepada pembaca.
Kenapa ya Jimmy meninggalkan klue kepada AFi utk disampaikan kepada Rif? Itu sudah terang-terangan akan meletakkan Afi dalam bahaya. Nasib baik nenek diorang tak kena pulak sebab dialah org pertama yg memegang amanat Jimmy. hmm ni kena tanya penulisnya nih. Dgn kepakaran Jimmy dan Rif, mereka tentu boleh mengelakkan Afi dari terlibat dalam semua ni. TApi kalau tak disebabkan semua tu, tak merasa la Afi lari turun bangunan dgn menggunakan tali atau shopping baju baru dlm keadaan memakai seluar bercetak gambar popeye. hehe...
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Aku tidak pernah memilih dia sbg pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian utk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yg sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorg sahabat.
Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi dia ternyata bukan utk ku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan utk menang, bukan?
Rif - Muliakah hubungan yg dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yg tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya utk dia... aku redha. Ada apa dengan dia yg menjadikan semuanya serba tidak kena?
Afi - aku tidak mampu bersaing dgn masa silam utk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti...
Rinn Reviews: Seperti Keju & Coklat by Rose Harissa
Seperti Keju & Coklat
Penulis: ROse Harissa
Terbitan PTS Litera
RM16.00
sabah/sarawak RM18.00
261 mukasurat
Cover buku yg kaler merah buat aku teringat kat kad raya cina. Memang merah ang ang! Walaupun beli online kat toko che rose tak der diskaun dan kena bayar postage, aku selalu mmg tak kisah sbb mesti ada sisipan menarik bersama novelnya. Kali ni Rose menyelitkan sekeping lukisan gambar si hero bersaiz poskad dan sekeping penanda buku yg comel ;) thanks Rose.
Ini memang kisah yg menyasarkan golongan awal 20-an dan remaja belasan tahun. Ceritanya lebih dekat dengan golongan2 ini. Walau bagaimanapun RH menyelitkan kisah pemuda yg pernah mengidap penyakit yg disalahertikan sbg kurang siuman. Safiy Aqil memang suka bersendiri, dia sendiri tidak menyedari yg dia sebenarnya memerlukan seseorg yg memahami dirinya.
Sara yg tersua-sua menggoda Aqil tidak pernah mendapat perhatian Aqil tetapi Raisya yg biasa2 tetapi comel itu yg menarik perhatiannya. Aqil sentiasa tersentuh dgn perhatian ikhlas dari Raisya sehingga mereka boleh bersahabat. Persahabatan mereka dicemburui Sara dan Rafa'e. Diorang yg beria mengorat tetapi sasaran mereka terpikat kat org lain pulak. Rakan2 sekitar juga heran bagaimana lelaki pelik spt Aqil boleh didekati Raisya, seorg perempuan sedangkan dgn lelaki pun Aqil sukar bersahabat.
Cerita ini mengajak kita memahami kehidupan seorg bekas pengidap sindrom asperger dan pemahaman yg tinggi amat mereka perlukan utk menerruskan hidup dgn lebih normal. bukannya dgn cara disisihkan dgn tanggapan2 yang salah.
RH turut menyelitkan kisah hiba Aqil yg menyentuh perasaan. tangkap nangis la jugak. Aku tak expect nak turut menangis masa baca novel ni tapi kisahnya memang akan membuat kita turut bersimpati dgn Aqil.
Raisya tu sebenarnya teruja dgn Aqil yg rupa2nya seseorg yg dikaguminya melalui bahan bacaannya. Lawak pulak part Raisya paksa Aqil sain buku dia :)
Watak Sara dan Rafa'e berjaya menambah asam geram cerita membuat aku rasa seronok dan cepat menghabiskan novel ni. Sara jadi watak yg akhirnya insaf dan sedar kesalahan diri tetapi Rafa'e spt tidak menyesal tapi puas hati sbb dia diadili di mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal. And haruslah diingat bahawa aku adalah penggemar novel yg tidak terlalu tebal ya? hehe :)
Tajuknya mungkin menyebabkan org boleh keliru dgn siri Aku dia dan Coklat tu hehe... tajuk macam dekat2 pulak. Bahasa yg digunakan dalam buku2 pts termasuk buku ni adalah bahasa melayu standard.
Ending yg masa Aqil tukar status kat facebook dia tu comellah! sweet hehe.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorg diri semasa melakar rekaan..."
"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!"
"Sebenarnya... Aqil itu ada masalah mental..." Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa kacak tetapi sakit mental pula!
Namun, semua persoalan yg berkumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.
Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.
Aqil- "Berkat duduk satu ruangan kerja dgn awak dahulu, saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dpt mengenal erti bahagia lagi."
Rupa2nya ada banyak rahsia yg disimpan oleh Aqil yg bukan sahaja mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!
Rinn Reviews: Dosa Semalam by Adilla Tasha
Dosa Semalam
Penulis: Adilla Tasha
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
sabah/sarawak: RM22.00
460 mukasurat
"kutinggalkan semalam yg hilang, akan kudakap hari mendatang..."
Sinopsisnya menarik tapi rasa mcam dah pernah baca novel lain yg ada jalan cerita sebegini. Aku bukan pembaca enovel tegar. Rasa mcm baru saja aku baca novel yg ada jalan lenggok cerita begini. tetapi penyampaiannya dan background ada kelainan lah. Mungkin aku akan senang confuse cerita ni dgn cerita yg lagi satu tu.
Cerita ni terasa lebih light berbanding cerita dalam novel yg lagi satu nun yg lebih berat dan sarat dgn emosi. Bagi yg menggemari kisah2 ala2 kahwin paksa, benci jadi cinta, tentu tak ada masalah utk menyukai kisah ini.
Kisah ni tentang Hanim yg menjadi menjadi mangsa rogol angkara Ariff, bossnya sendiri yg ketika itu dikuasai nafsu gara2 minum arak. Ariff kemudian menghilangkan diri. Hanim dibuang keluarga setelah disahkan mengandung. Hanim memang tak pernah membuat laporan polis mengenai kejadian yg menimpanya. Aku rasa kegusaran Hanim itu logik kerana ramai saksi nampak dia yg memapah Ariff ke bilik hotelnya so besar kemungkinan dia akan dituduh bersalah juga.
Izan membantunya meneruskan hidup dan melahirkan Aidil yg merupakan segala-galanya dlm hidup Hanim. Kehidupannya berjalan lancar sehinggalah satu hari Ariff muncul semula dalam hidupnya, malah mereka kembali bekerja bersama.
Ariff sudah lama cuba menjejaki Hanim demi utk menebus dosanya terhadap gadis itu. malah dia sanggup menerima hukuman dari keluarga Hanim dan menjaga kebajikan keluarga itu sepanjang pemergian Hanim.
Ariff menggunakan peluang terbaiknya ini utk memikat semula Hanim dan menjadi bapa kepada Aidil dlm erti kata sebenar. Malah Aidil lah menjadi target utama utk Ariff dalam usaha utk mendapatkan semula Hanim.
Lepas diorg kawin tu Tuan Ariff tu terus jadi overdose romatik lah pulak. Hanim seperti menerima Ariff demi kepentingan Aidil. Walaupun sudah berkahwin, Ariff masih mencuba sebaik mungkin utk menjaga hati isterinya. Rasanya mcm Ariff simpan lama sangat surprise utk bawa Hanim balik jumpa keluarga yg sudah lama merinduinya. Mungkin dia saja nak tunggu hari raya kot :) Aku suka dgn famili Ariff yg sangat supportive dan bertimbang rasa :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb belakang buku
Diri Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yg merogolnya. Nasib menyebelahi dirinya apabila Izan tampil menghulurkan bantuan dgn memberinya semangat dan perlindungan di Rumah Kasih Sayang.
Kehadiran Aidil pengubat luka di hati walaupun lahirnya tidak sah di sisi undang-undang. Bersama Izan, Hanim membesarkan Aidil dgn penuh kasih sayang tetapi ada batasnya. 6 thn mengubat lara dihati, kehadiran Arif di pejabat tempatnya bekerja kini menggugat ketenangan di tasik hati.
gengkicap
Dendam masih membara. Sedaya upaya Hanim cuba menjauhkan diri daripada Ariff namun tidak berjaya apabila tuntutan kerja memaksa mereka sentiasa bersama. Ariff yg telah berjaya menjejaki Hanim berusaha utk menjernihkan keadaan
Berjayakah Ariff mencuri hati Hanim sekali gus memikul tanggungjwb sbg seorg ayah keapda aidil?
Sunday, November 7
Akan Datang daripada Jemari Seni
Tajuk : Jet Jonah Penulis : Ika Madera Harga : RM21.00/24.00 Tarikh Terbit : 22 Nov 2010 |
I London, 2007 “Tak ada apa pelan!” Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini! II 1 Syawal, 1428 Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya. Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini! * * * IKA MADERA penulis dari Kota Singa ini menggunakan bahasa Melayu Nusantara yang unik. Caranya bercerita membuat senyum melekat di bibir. Jet Jonah – sebuah kisah cinta kasih sayang yang manis berlatarkan masyarakat Melayu di Kota London. |
Terkini daripada PTS
Episod cinta antara dua insan ini telah terjalin dengan penuh tertib sejak dini. Pertemuan dengan Azlan tidak terduga berlaku kala Amylea dalam kesusahan menempuh gelombang hidup yang datang tidak terjangka. Bekas suaminya, Razman hadir menuntut anak hasil perkahwinan dahulu. Ternyata, masalah ditangani dengan penuh berhemah membuahkan hasil yang jauh dari jangkaannya sendiri.
Titik awal cinta Amylea dan Azlan telah bermula lalu membuka lembaran baru dalam hidupnya. Jelas, cinta yang dibina rapi bertiang syariat dan berpasak susila serta terjaga dari goncangan fitnah mampu mengubah landskap kehidupannya.
Sinopsis :
Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita-cita dan cabaran berganda. Nur Aisya binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.
Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan dia akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih dalam kisah hidupnya dibawa supaya segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak akan berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.