Monday, June 21

Terbaru dari Buku Prima


Tajuk :Bukan Salahku
Penulis : Liza Nur
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-59-4
M/s : 560 hlm

Sinopsis
Asyiqeen (Ash) dipaksa menjaga adiknya yang kurang upaya sejak berusia 10 tahun, selepas ibunya meninggal. Dek kerana dendam kesumat dalam diri Mak Tok, Ash yang ditinggalkan dalam jagaannya diseksa. Mak Tok yang bekerja sebagai tukang tilik nasib tidak pernah memberi didikan agama yang secukupnya buat Ash, membuat dia meraba sendiri mencari identiti agama dan budayanya. Ash menerima biasiswa untuk menyambung pengajiannya ke Sydney. Di sana dia bertemu dengan Ashraf Ivan Obaydin (Ivan), lelaki angkuh yang tidak percaya pada kewujudan agama dan adat resam.

Berita mengenai kematian kawan baiknya, Zahra Ruwaida memaksa Ash pulang ke Malaysia untuk menjaga anak Zahra, Adib Farhan. Rasa bersalah pada arwah ibunya, Melissa memaksa Ivan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Di Malaysia, Ivan mengalami evolusi untuk mematangkan fikiran. Dia diperkenalkan oleh Pak Long dengan dua musuh ketatnya selama ini, agama dan adat resam. Dari Shakespeare dia disuruh membaca Malim Deman. Dari majalah Playboy, dia diajak mengenali Al-Quran. Mampukah Asyiqeen berdepan dengan masa silamnya? Mampukah Ivan mendalami agama dan budaya arwah ibunya, Melissa yang selama ini dibenci?




Tajuk : Diam-Diam Rindu
Penulis: Syahirah Ibrahim
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-49-5
M/s :592 hlm

Sinopis
Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?


Tajuk: KUTEMUI CINTA
Penulis : Nuraqilah Syuhaida
Harga: RM22.90
Halaman: 576
ISBN: 978-967-5489-48-8

Sinopsis
Adam, anak orang kaya yang memiliki segalanya. Kelebihan rupa paras yang dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Mulanya, dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan pekerti halus gadis itu. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Dia tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau sudah bertahun-tahun menunggu.

Ketika itulah muncul Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap gadis itu walaupun tidak disenangi Hani yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Rafi. Nadya tahu dia tidak dapat menafikan bahawa di hatinya ada getaran buat Rafi namun dia tidak tegar menolak lamaran Adam yang selama ini sentiasa berada di sampingnya tidak kira semasa senang atau susah. Perasaan cintanya kepada Rafi itu juga telah membuatkan Hani membencinya. Dan kini Nadya harus memilih. Adam atau Rafi?

No comments: