Thursday, June 24
Pesta Buku Selangor 2010
Wednesday, June 23
Akan datang dari Syud
Monday, June 21
Terbaru dari Buku Prima
Tajuk : Diam-Diam Rindu |
Penulis: Syahirah Ibrahim Harga : RM 22.90 ISBN: 978-967-5489-49-5 M/s :592 hlm |
Sinopis Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun. Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu? |
Review: Sweet Sour by Nasz
Sweet Sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
570 muka surat
Cetakan pertama 2010
Tengok kaler cover buku ni pun dah terasa-rasa sweet sour kat ujung lidah. A pleasant shade of green :) Ramai gak la yg rekemen suruh baca buku ni dan ramai yg dah jatuh chenta dgn cerita ni.
Memang tak terasa masa berlalu bila membaca novel ni. Kisah Lia yg sekian lama menyulam kasih dengan Zarul namun jodohnya kuat dengan Joe. Mungkin kedengaran mudah tetapi penulis menyelitkan kejutan kecil di sepanjang cerita dan menyimpan kejutan terbesar di akhir cerita. siapa sangka yg Joe yang memegang kemas perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir. Semuanya kerana dia jatuh cinta pandang pertama.
Bagi aku kejutan pertama bermula apabila tiba2 saja Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya dgn orang lain kpd Lia. Memang frust giler masa tu sbb Zarul memang sgt ngam dgn Lia. Joe seperti mula mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya memperisterikan Lia. Alasan Lia? mungkin dia nak selalu dekat pada Zarul, tak dpt kawin dgn Zarul, dapat tengok Zarul pun jadilah. so tugas Joe utk memikat isterinya agak sukar. Bertahun2 bercinta, bukan mudah utk Lia melupakan Zarul. Tapi Joe seorang yg romantis dan dia tak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya dia seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.
Bagi aku cerita ini menarik tapi bagi aku jugak cerita ni tak sesuai utk bacaan remaja kerana adegan intim Lia-Joe selalu diceritakan dgn sgt grafik, pergerakan2 kecil pun diceritakan jugak. Scene2 lain tak diceritakan se detail itu lah pulak. Aku rasa cerita ni dah lebih dari menarik dah kalau tak ada adegan2 tu pun. Mgkin nak xtra kan rasa sweet dan sour dlm citer ni kot ;) Aku bukannya apa kalau yg jenis citer satu persatu utk scene yg mcm ni, rasa mcm bagi tunjuk cara lah pulak.
Joe memang mahu berubah dari jahat menjadi baik semuanya semata-mata kerana cintakan Lia. Kalau Lia menolak cintanya, pasti dia akan terus-terusan menjadi jahat. Malah Joe ni kelihatan seperti tidak menyesali langsung masa lampaunya malah apabila menceritakan sejarah hidupnya dia seperti berbangga kerana melalui fasa itu. Bukan hero favourite aku. Joe membuat aku teringat kat hero kegemaran ramai dlm novel Bahtera Cinta (Iffa Irdina), si Adiputra tu. Dia tu pun jenis layan ramai perempuan tapi bila jatuh hati dgn kejelitaan Wana, baru lah dia belajar erti setia. Selingan lah pulak! Tapi watak2 hero jengkel macam ni sangat memorable lah pulak sbb ada kelainan. Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur).
Zarul pulak mulanya kelihatan spt watak yg kuat, tapi apabila menerima tekanan dari Joe, dia kelihatan spt watak yg lemah and just going with the flow. Bg aku cintanya pada Lia tak cukup kuat kerana dia tak mempertahankan langsung kedudukan Lia di hatinya. Kalau dia ada sejarah hitam pun, dia sepatutnya menghadapinya dan biar Lia sendiri judge him. Dia memilih utk menutup kesalahan lalu.
Ada kejutan yg menunggu anda di akhir cerita. dan yg pastinya, it's a happy ending :) :) :)
sure fine whatever
Rinn
blurb/sinopsis belakang buku
A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul
"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
----
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!
Sunday, June 20
Terbaru dari PTS
Jamal bin Lomo lelaki yang punyai masa silam yang gelap, memiliki sebuah kotak hitam yang rahsia dan dia mencari kerana di sini hanya ada kisah manusia-manusia yang biasa. Lelaki berkasut merah yang penuh rahsia, anak muda yang berwajah dingin, perempuan serba hitam yang tidak pernah gusar, perempuan berseragam hijau yang penuh prihatin, dan watak-watak lainnya yang berwarna seperti pelangi.
Kita akan menemukan lelaki berkasut merah yang punyai masa silam yang penuh rahsia. Tidak ada siapa tahu berkenaan rahsianya selain seorang tok imam tua.
Sebelum itu, kita juga akan menemukan seorang anak muda yang berwajah dingin, yang gemar merenung tajam, dan tidak mungkin dibantah katanya.
Kedua-dua mereka punyai misi yang sama atas sebab yang berbeza. Mereka berdua mencari manusia-manusia yang . Pada waktu yang sama, mereka juga dicari oleha manusia-manusia yang punya agenda rahsia.
Bukan mudah menjejakkan kaki ke sebuah Institut Pengajian Tinggi terpencil. Pastinya, Daeng dan Emilia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tempat itu.
Penduduk sekitar mengatakan tempat itu disumpah semenjak berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan dua tahun sebelumnya. Kematian demi kematian. Pembunuhan demi pembunuhan yang serupa berulang.
Abang Daeng, Dahri, pelajar tahun akhir di IPT berhasrat membongkar rahsia di sebalik sumpahan itu sebagai projek tahun akhirnya. Dahri dan kekasihnya, Sara mengajak Daeng membantu mereka. Mereka memulakan kajian bersama beberapa orang lagi pelajar baru bidang ekologi, Emilia, Zaria, Fatin, Dayang dan Rabihah. Namun tanpa mereka sedari, ada bahaya yang mengintai mereka. Ada nyawa yang bakal melayang.
Ada kisah di sebalik seorang insan bernama Candal...
Yasmin ingin sekali menjadi seperti kebanyakan gadis zaman ini. Cantik, bergaya, karismatik, bijak dalam pergaulan dan mempunyai kekasih. Namun dia sering memencilkan diri kerana semua sikap dan perasaan negatif itu sudah sebati dalam dirinya.
Bagaimanakah Yasmin dapat merealisasikan impiannya itu? Novel ini akan memaparkan konflik percintaan, masyarakat dan erti sebuah persahabatan di samping mesej keagamaan dan kemanusiaan yang boleh dijadikan teladan.
Wednesday, June 16
Akan Datang Julai Ini Dari Kaki Novel
SABAH/SARAWAK : RM24 AHLI KN: RM20
PENULIS : EURY ATHENA
ISBN : 978-967-5067-49-5
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami
Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.
SABAH/SARAWAK : RM20 AHLI KN: RM16
PENULIS : SHARINA ELISA
ISBN : 978-967-5067-48-8
Bahagia hanya sementara. Kecewa perkara biasa. Ketakutan menutupi segalanya. Begitulah kehidupan Tengku Eidena Alaisya. Pertunangan dan perkahwinan yang terpaksa dilaluinya diterima dengan hati terbuka lantas menyayangi si suami sepenuh jiwa sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Mampukah bunga-bunga bahagia berkembang selamanya?
Izlan Zakrin, sang suami yang tidak tahu menghargai kejujuran dan kesetiaan sang isteri. Puncanya hanyalah salah faham. Tengku Hazryl yang dikejar penjahat, meminta tempat berlindung buat sementara waktu daripada Eidena Alaisya semasa Izlan Zakrin tiada di rumah. Malang tidak berbau, Izlan Zakrin terus menceraikan Eidena Alaisya sebaik sahaja mengetahui isterinya itu ditangkap berkhalwat dengan Tengku Hazryl.
Adakah Eidena Alaisya akan memaafkan dan kembali kepada Izlan Zakrin setelah kebenaran terbongkar? Adakah Eidena Alaisya akan bertemu dengan cinta sejatinya sendiri? Apakah takdir cinta mereka?
Wednesday, June 9
Akan Datang dari Jemari Seni...Seikat Kembang Merah
Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?
Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.
Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.
Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!
Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?
Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.
* * * *
Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.
ISBN: 978-967-5118-41-8Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 20 Jun 2010)
Sunday, June 6
Thursday, June 3
Novel Bonus Untuk Bulan Jun
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-558-3
Sinopsis: Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.
Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;
“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”
Tuesday, June 1
Review: Diari Mat Despatch by Bahruddin Bekri
Diari Mat Despatch
Penulis: Bahruddin Bekri
RM9.90
Sabah/Sarawak: 10.90
9789675406522
155 mukasurat
PTS O.N.E Sdn. Bhd.
Bersedialah untuk tersenyum dan tergelak. Penulisan ini mungkin kelihatan sangat polos dan innocent tetapi bagi aku ianya sangat sarat dengan kata2 sinis yang penuh teguran dan kata2 penguat semangat. Banyak kata2 peniup semangat yg sesuai dijadikan pegangan hidup. Ayat2 mudah yg dipersembahkan dalam naskah ini mempunyai maksud yg mendalam dan jadikan ia penanda aras dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah cerita biasa yg kita sendiri laluinya, cuma ia mengajak kita berfikir sambil melalui nya.
Kisah ini tentang seorg mat despatch yg mempunyai ijazah. Dia tidak memilih kerja lantas menerima kerja sbg mat despatch. Pada masa yg sama dia cuba2 mencari kerja sampingan utk menambah pendapatannya. Dia menaruh harapan utk diterima sbg editor sambilan, dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Lalu dia mengambil keputusan utk menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi utk menajamkan lagi penggunaan bahasa melayunya dan membantunya lulus dalam ujian BMT itu nanti. Setiap hari dlm catatannya dimulakan dengan Tip2 Bahasa Melayu Tinggi yang mudah tetapi kita tidak ambil tahu mengenainya walaupun kita dulu pernah mempelajarinya.
Mat despatch ni adalah lelaki biasa yg mudah jatuh hati. Kisah hariannya dihiasi kehadiran wanita2 yg dipujanya dalam diam tapi dia sendiri tidak tahu apakah itu cinta. Kawan2 dan orang2 yg ditemuinya turut memberi nasihat mengenai wanita. Susah juga bagi lelaki biasa sepertinya utk memahami wanita2 yg kompleks. Kisah biasa yg membuat kita berfikir tanpa kita sedari.
antara petikan2 menarik:
page 73
"Betullah malas itu tanda tidak amanah kerana tubuh manusia ini adalah tubuh yang rajin. Bayangkan sahaja sekiranya jantung malas berdenyut dan darah malas mengalir. Pasti tubuh celaka. Jadi apabila malas, aku bukan sahaja tidak amanah kepada bos aku, malah aku tidak amanah kepada tubuh aku yang rajin ini."
page91
"Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa."
Banyak lagi yg menarik yg dikongsikan penulis dalam naskah 'buku laporan sains' yang lain dari yang lain ini :)
sinopsis/blurb:
Peringatan:
Kepada sesiapa yg menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu membeli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi apa yg aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.
JADI TOLONGLAH JANGAN BACA.