maklumat lebih lengkap mengenai buku-buku fajar pakeer, boleh ke website fajarpakeer.blogspot.com atau facebook fajar pakeer untuk updates ter
EYLA HIME
ISBN: 978-967-365-164-1
Harga: RM21.00 / RM24.00
Jantina perempuan, umur nak masuk 33 tahun, bujang, bekerja sebagai akauntan di Maju Corp. Muka? Boleh tahanlah. Tak adalah tak lawa. Tapi tak adalah lawa sangat. Orang kata average? Ya, average! Perangai? Err… Boleh dikatakan agak kasar. Penampilan? Hmm… T-shirt yang terlebih-lebih besar, seluar jean yang longgar. Tapi kalau pergi kerja, okeylah… Tak selebet. Dan itulah Nazratul Badriyah.
“Woi, aku tak curi dompet kaulah! Kebetulan aku terjumpa dompet ni kat bawah pokok tu, ha! Aku nak bawak pergi repot kat balai polis. Bukannya nak curi, ngok!”
Zaril dah merasa sakitnya dicampak ke tanah sebab perempuan yang bernama Nazratul Badriyah itu ingat dia nak curi dompetnya. Tak pernah-pernah ada orang mencampaknya ke tanah dengan menggunakan teknik judo. Lebih-lebih lagi perempuan pula tu! Tapi bila dia kenal Nazratul, tengok perangai minah yang enam tahun lagi tua daripadanya, Zaril mula rasa sesuatu dalam hatinya.
Nazratul yang terdesak dan Zaril yang sudi menolong, menjadikan pertemuan demi pertemuan berlaku. Rancangan asal Nazratul hanya mahu menyewa Zaril untuk sehari bertukar menjadi bulanan dek kerana Afham, bekas kekasih hati Nazratul yang tak henti mengejar.
Dalam Zaril mula meluah rasa, Nazratul mula berpaling kembali kepada Afham atas satu alasan hingga mereka mengikat tali pertunangan. Zaril yang mahu melihat Nazratul bahagia, hanya merelakan perhubungan Nazratul dan Afham walaupun hakikat hatinya terasa sakit. Namun, saat hari bahagia Nazratul dan Afham semakin hampir, hati Nazratul mula berbelah bahagi. Dia tahu dia sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kepada Zaril. Tapi… Hati Afham, tidak sanggup dikecewakan.
Antara Zaril dan Afham, siapakah pilihan hati Nazratul? Atas alasan apakah Nazratul kembali menerima Afham? Mampukah Zaril, kekasih yang diupah Nazratul, menambat hati Nazratul?
CINTAKU AT SCHOOL
NANA BILLA
ISBN: 978-967-365-165-8
Harga: RM21.00 / RM24.00
“Papa, Nia mintak maaf. Sebab Nia, papa jadi lumpuh macam ni.”
Bila rasa bersalah menyelimuti diri, apa pun sanggup dilakukan. Akhirnya, hasrat si bapa yang mahu lihat dia lebih terjaga membuatkan dia akur. Gelaran isteri kepada Firzad Amsyar disandang Nia Nalia pada usia yang muda.
Atas alasan tertentu, Nia Nalia dan Firzad Amsyar berjanji untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Apabila cinta mula menggebu, apabila hati sudah ada penghuninya, terjadi pula peristiwa yang membuatkan Firzad Amsyar seperti bertepuk sebelah tangan. Nia Nalia hilang ingatan! Lantas misi memikat isteri terpaksa dilaksanakan semula. Hari demi hari, benci akhirnya bertukar sayang. Namun, perhubungan Nia Nalia dan Ryan Asyrah yang tidak jelas, salah faham Nia Nalia terhadap perhubungan Firzad Amsyar dan Nazifa, membuatkan salah faham demi salah faham terjadi antara mereka.
“Suami yang tak cintakan isteri dia? Itu yang awak kata suami? Lagipun masa Nia ke sana, Nia akan pastikan kita dah tiada apa-apa hubungan.”
Bagi Nia Nalia, untuk apa dia menyeksa Firzad Amsyar supaya bersamanya sedangkan hatin itu adalah milik Nafiza. Bagi Firzad Amsyar pula, pelarian Nia Nalia meremukkan hatinya apatah lagi pelariannya adalah bersama Ryan Asyraf. Lantas, kecurangan isteri didendami.
Bertahun tidak berjumpa, Nia Nalia sedar cintanya masih untuk Firzad Amsyar lalu dia pulang dengan harapan statusnya sebagai isteri masih kekal. Namun, masih kekalkah status itu buat Nia Nalia? Apakah rasa dendam yang ada dalam diri Firzad Amsyar akan membuatkan rasa cinta yang disimpannya selama ini hilang mekar bunganya? Sejauh manakah kehadiran Ryan Asyraf dan Nazifa dalam hidup Nia Nalia dan Firzad Amsyar?
SUDI KATA SUDI
ADAH HAMIDAH
ISBN: 978-967-365-163-4
Harga: RM26.00 / RM29.00
Suraya punya Zulhairi. Sahabat baiknya sejak kecil. Kerana title sahabat baik itu jugalah dia diminta oleh Mak Cik Khamsiah untuk mencarikan jodoh buat Zulhairi. Suraya bingung. Sungguh dia tak mampu. Bukan kerana dia cintakan Zulhairi, tapi dia tahu Zulhairi cukup tidak suka jika urusan peribadinya dicerobohi. Tapi bila Zulhairi sendiri buka mulut, Suraya terpaksa turun padang, membantu. Namun, urusan mencari jodoh bukanlah mudah dan ternyata dia gagal untuk menolong.
“Mak cik tak nak disebabkan hal-hal kecil macam ni, Su nak tangguhkan rancangan perkahwinan Su dengan Zul.”
Apabila Zulhairi main taktik kotor, Suraya mula menggelupur. Tiba-tiba pula dia menjadi mangsa. Demi Mak Cik Khamsiah yang banyak berjasa, Suraya ikutkan juga rentak Zulhairi. Kemunculan Madihah tepat pada masa. Bersungguh-sungguh Suraya cuba menyatukan Zulhairi dan Madihah demi menyelamatkan diri. Lagi pula, Madihah punya pakej lengkap untuk menjadi calon isteri Zulhairi. Dia pilihan yang tepat!
Dalam diam, Zulhairi juga punya agenda membantu Wafi, memenangi hati Suraya. Seperti Suraya, Zulhairi juga mahu yang terbaik untuk Suraya dan Wafi punya syarat yang cukup untuk itu.
“Sampai bila kau nak harapkan aku aje? Tak mungkin kau nak bergantung pada aku selama-lamanya, kan? Bukan selama-lamanya aku boleh ada di sisi kau.”
Saat Suraya sedar dia mula sukakan Zulhairi lebih daripada seorang kawan, semuanya sudah terlewat. Keputusan takdir menyatakan mereka hanya akan kekal bergelar sahabat. Dan jodoh pula kelihatan seperti mahu menghadiahkan Wafi sebagai teman pengganti. Antara Zulhairi dan Wafi, siapakah jodoh sebenar Suraya? Adakah kawan baik akan kekal sebagai kawan baik? Atau, kawan baik, akan merubah status menjadi suami?
No comments:
Post a Comment