Tuesday, August 28

Rinn Reviews: Wanginya Bunga Rampai by Haswida Abu Bakar


Wanginya Bunga Rampai

Penulis: Haswida Abu Bakar
Terbitan : Adiwarna
366 muka surat
RM19.00
sabah/sarawak: RM21.00


"Akukah penunggu fajar yang setia itu?"

Inilah peneman perjalanan pergi dan balik kerja aku sejak bermula bulan Puasa.

Haswida Abu Bakar membuka cerita cinta dari sudut berbeza. Cerita kahwin paksa yang berbeza. Mengajak kita menimbang tara membuat keputusan dalam cinta. Telah jelas disebutkan dalam Al-Quran, murka ibu bapa adalah murka Allah Ta'ala. Bila ibu bapa tidak redho dengan pilihan kita maka Allah juga tidak redho. Kebanyakan kisah cinta menceritakan betapa watak utama mempertahankan cinta yang bukan pilihan dan melukakan hati ibu bapa dengan memutuskan hubungan dgn si dia yang sudah menjadi tunangan demi cinta hatinya. Bila terputusnya ikatan pertunangan maka akan pincanglah hubungan dua keluarga, terpalit malu pada maruah kedua-dua pihak. Yang bahagia hanyalah dia dan cinta hatinya.

Bertunang adalah tempoh dugaan hati yang paling kuat. Ketika inilah syaitan hebat menghasut dan menimbulkan keraguan malah membuatkan hati terpaut pada yang lain. Jika kita akur pada bisikan itu maka syaitan berjaya meruntuhkan silaturrahim dua keluarga. fikir-fikirkanlah...

Cara Haswida bercerita adalah seperti layangan camera dari satu scene ke satu scene. Memberi persepsi dan imaginasi berbeza apabila membaca. Terasa gerak sinematografi yang cantik dalam bahasa yang disampaikannya.

Arif dipaksa menerima Nurul sebagai tunangan demi melunaskan wasiat turun temurun yang tak pernah terlunas. Arif dan Nurul menerima keputusan ibu bapa masing-masing. Seri dipaksa menerima Haikal sebagai tunangan demi memelihara nama sharifah dan syed dalam keluarga mereka. Seri dan Haikal menerima keputusan ibu bapa masing-masing. Nurul sudah punya pilihan hati dan Haikal juga sudah punya kekasih hati. Pertunangan dalam paksaan ini teruji apabila Seri dan Arif bertemu di Kampung Molek. Pertemuan yang mencetuskan rasa cinta dalam diam, makin lama makin mendalam. Situasi yang membuatkan mereka mahu merestui pilihan tunangan mereka supaya mereka dapat bersama, tetapi bagaimana dengan keluarga? Allah melarang memilih tunangan orang sbg isteri. Arif sedar, tetapi hatinya sudah penuh dgn cinta pada Seri walaupun pangkal namanya tiada Syed seperti Haikal. Dalam hal ini Seri yang lebih kuat dalam mengawal perasaan dan berhabis-habisan mempertahankan pertunangannya dengan Haikal. Dia menjunjung kasih ibu bapanya jauh lebih tinggi daripada cinta
yang semakin mekar di hati sampai bengkak-bengkak mulut Arif dicilinya :)

Arif adalah terlalu perfect untuk direject. Ringan tulang, baik hati, pandai mengaji, namun Seri terpaksa menolak semua rasa yang positif terhadap Arif. Semakin ditolak, semakin serasi. Siapakah yang berjaya dalam ujian ini dan siapakah yang kecundang? 'Saksikanlah' sendiri Wanginya Bunga Rampai :)



sure fine whateverr
Rinn

(sekiranya berhajat nak
copy-paste review ini, sila
link kan ke laman web ini.
terima kasih)


meRinnTis Blurb/sinopsis

belakang buku:

Seri tu tunangan orang, Arif Azril! bisik hatinya. Aku tahu. Tapi kalau cinta dan rinduku hanya padanya bagaimana? Lalu jahatkah aku kalau merampas tunang orang? Seharusnya dari dulu lagi dia memasang pagar tebal... yang paling kebal supaya kata2 manis dan pujuk rayu Arif itu tak menyusup masuk, walau senipis udara yang sedang dia sedut ini. Akan dia buang rasa cinta ke dasar sungai itu. Biar mengalir pergi; dan dia tak mahu tahu ke mana akan berlabuh. Akan disebut nama Haikal setiap kali hatinya menyeru Arif. Akan disanggah bayang Arif kalau singgah di ruang mata.


Ah... mengapa mereka tidak memberi ruang kepada si anak untuk mencari teman hidup sendiri? Dan membiarkan mereka merangka takrif bahagia dalam erti dan cara sendiri. Ada apa pada pangkal nama 'syarifah-syed' ini? Apa sebenarnya yang ada dlam molekul darah keturunannya sehingga tidak dibenarkan bercampur dgn darah hamba Allah yang lain?

Rinn Reviews: Aku Untukmu by Tulip Ungu


Aku Untukmu

Penulis: Tulip Ungu
Terbitan Kaki Novel SB
Editor Jabatan Editorial PKNSB
Semenanjung RM20.00
sabah/Sarawak: RM23.00
488 muka surat

"Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu.
Andai aku tercipta untukmu, izinkanlah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu."


Ini adalah cerita kahwin paksa, kisah cinta selepas kahwin. Penulis memilih tema tipikal ini untuk novel pertamanya. Kronologi cerita ini memang mudah diteka dari mula hingga ke akhirnya. Aku suka dengan gaya bahasa penulis yang matang dan baik terutamanya ketika melakarkan kisah sedih. Gabungan bahasanya sangat menyentuh hati dan tangkap nangis. Aku rasanya penulis patut cuba genre lain untuk menyerlahkan lagi kelebihan menulis babak-babak sedih.


Ramai penulis baru memilih tema cerita kahwin paksa dalam buku pertamanya. Aku tak tau kenapa. Tapi selalunya tema beginilah yang menjadi pilihan pembaca terutamanya di kalangan remaja.


Izhar dan Ardini adalah watak-watak utama kisah ini yang dipaksa berkahwin demi menyelamatkan akidah Izhar yang semakin terpesong. Ardini pula banyak terhutang budi dengan ayah Izhar. Ardini bukanlah seseorg yg sering diangkat sebagai heroin dalam sesebuah novel. Dia merupakan mangsa yg pernah diperkosa ketika zaman remajanya. Ardini ni jenis tidur bertemankan lampu yang terang benderang dan sebilah pisau di bawah bantal. Abeh la wasalam si Izhar. haha.


Serumah dengan Izhar menjadikan Ardini seorang yg sangat berhati-hati dengan mamat yang mendakwa dirinya ada masalah berjalan dalam tidur. Izhar pula menggunakan peluang duduk berjauhan dengan keluarga untuk menakut-nakutkan Ardini yang memang penakut. Tetapi dari memaksa Ardini menonton cerita seram berubah kepada sama-sama menonton kisah komedi. Izhar merasakan dia lebih suka melihat Ardini ketawa dari menikus ketakutan. Hobi suka pegi clubbing bertukar menjadi hobi suka menyakat Ardini di rumah.


Namun sejarah lalu Ardini sering menjadi punca Izhar tidak pasti dengan perasaannya. Apa jadi dengan kisah mereka? kena la baca sendiri :)


sure fine whateverr
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:

Kerana terikat dgn budi yg ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dlm terpaksa. Namun semua yg berlaku adalah takdir yg telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar sering kali bersikap dingin dan terlalu ego? Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap izhar namun apabila seringkali diasak dgn keegoan Izhar yg tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta utk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yg diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dlm hidupnya. Tambahan pula, Ardini bukanlah calon sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya? Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.


Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dgn sikap dingin dan ego Izhar yg tinggi melangit? Andai aku tercipta utkmu, pasti bahagia itu milik kita.

Monday, August 27

Duit Raya Ada Lebih? Jom beli novel baru :)

Waaaaaaaaaaaah banyak nyer tajuk2 buku baru. ni kira baru yang tiga bulan kebelakangan ini. Kalau sapa-sapa yang dapat baca semua ni dlm tempoh tiga bulan ni, memang aku respect. Aku memang dah tak terkejar. Sinopsis nya pun best-best belaka... Untuk makluman, sinopsis dan gambar adalah dari website penerbit novel-novel ini. untuk maklumat terkini, sila ke laman web rasmi penerbit ya.
Penulis: Nasz

ISBN: 978-967-5118-85-2
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 3 Sep. 2012

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”

“Kahwin tu apa?”

“Kahwin tu maknanya baling bunga.”

“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”

Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?

Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?"
“Saya serius ni.”
‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?

Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?
***
NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.
-------------------
Penulis: Hananee Amir

ISBN: 978-967-5118-94-4
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 3 Sep. 2012

Cinta tu macam burung… yang kita pegang.
Jangan pegang kuat-kuat. Nanti dia mati.
Tapi jangan lepaskan dia, nanti dia takkan kembali.

Aiman...
Dia melepaskan Amira atas permintaan Amira sendiri. Hatinya tak pernah merelakannya, namun dek 'kata orang' punya angkara, dia akur. Dia setia menanti Amira. Harapannya, Amira akan sedar yang mereka diciptakan untuk bersama.
Amira...
Perpisahan bukanlah pilihan terbaik untuknya. Dia merana namun untuk berpatah balik, dia tiada kekuatan untuk menghadapi pertanyaan orang tentang anak. Walaupun orang di sekelilingnya tak henti memujuknya kembali kepada Aiman, namun dia tetap di situ. Dia takut 'kata orang' akan terus menghantuinya. Anak, anak dan anak!
Aiman dan Amira tabah mengharungi kehidupan mereka sendiri-sendiri. Namun kemunculan Camelia, Johan dan Nazrul memberi rencah yang kadangkala pahit, manis, pedas dan tawar dalam kehidupan mereka. Mungkinkah jodoh mereka ternoktah di situ? Atau ada cerita lagi di sebaliknya?
***
HANANEE mengusik hati pembaca dengan kisah Aiman dan Amira dalam Jangan Lupa Namaku dengan gaya bahasanya yang lembut dan menusuk hati.
---------------

Penulis: Naurah Iman
ISBN: 978-967-5118-93-7
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 6 Ogos 2012
Apakah ada ruang dan masa untuk kita saling jatuh cinta?
i
Kali pertama berjumpa, hati Sara tersentuh. Entah kenapa lelaki itu sangat menarik di matanya. Tapi bagaimana dia dapat cari lelaki itu lagi? Bengkel kereta tempat pertemuan pertama mereka dia dah tak jumpa di mana!

Namun takdir menemukan mereka lagi. Hatinya terus terpaut. Sayangnya, si dia rupa-rupanya sudah berpunya! Sara kecewa yang amat, tetapi kalau sudah ada jodoh tak ke mana, kan! Lalu berita lelaki itu putus tunang dia raikan dengan membuat keputusan yang jarang-jarang dibuat orang. Biarpun melawan adat, lelaki itu dia akan pinang – tak dapat tidak!
ii
Selepas lima kali tidak jadi berkahwin, Ameer Hakimi sudah serik untuk bertunang lagi. Dia hanya akan berkahwin jika ada orang yang meminangnya. Terlucut saja kata daripada mulutnya, ada wanita yang masuk meminang. Wanita yang tak pernah dia kenal!
Terlanjur sudah terlepas kata, dia menerima juga keputusan keluarga walaupun tidak sepenuh rela. Pada dia, wanita itu harus bijak membuka pintu hatinya kerana dia serik menyerahkan hatinya kepada mana-mana wanita lagi. Rasa percayanya pada wanita sudah terkubur semuanya.
Berjayakah Sara dalam misinya untuk memikat suami sendiri sekiranya cinta lelaki itu pada cinta pertamanya yang kini kunjung kembali?
***
NAURAH IMAN membuktikan Kalau Jodoh Tak ke Mana dalam kisah cinta pelbagai emosi dengan gaya santai yang memikat.
---------------------
Penulis: Feeza
ISBN: 978-967-5118-91-3
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 23 Julai 2012
Hidup tanpa batasan membawa padah
Emma orang kampung, miskin tidak, kaya pun tidak. Dan dia impikan seorang suami yang kaya. Dia mahu duduk goyang kaki kat rumah aje dan ada wang poket setiap bulan. Peluang terbuka luas apabila dia bekerja di Kuala Lumpur, dan bertemu dengan Lim. Kerana kecantikan, Lim mengahwini Emma. Kerana duit, Emma bersetuju untuk kahwin dengan Lim.
“Kawan-kawan panggil saya Hot Mama bukan tanpa sebab. Pakaian saya memang cukup hot, seksi. Dengan loket Lam Kuak, petik satu jari berbaris jantan nak kat saya.” – Emma

“Aiya, ini macam punya perempuan pun ada. I sakit pun dia masih mahu keluar rumah. Anak-anak langsung tak dijaga. Mahu hidup senang aje.” – Lim
Min, kakak angkatnya sebenarnya kakak keparat. Dia ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.
“Hot Mama konon. Asyik tapau kat luar aje. Esok lusa suami pun tapau perempuan kat luar. Baru padan muka.” – Min
Bila Mama Pakai Celana, papa jadi huru-hara. Pelbagai amaran Emma terima tapi tidak diendahkannya. Akan adakah amaran seterusnya buat Emma untuk insaf?
*****
Setelah Grrr... Geramnya! FEEZA kembali lagi dengan sebuah kisah yang memberi pengajaran dengan gaya yang santai.


-----------------------------

Penulis: Nur Fizkkmi Satar
ISBN: 978-967-5118-89-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 10 Julai 2012
Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu
Sejak mereka kenal, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja salah faham. Iman dengan angin puting beliungnya. Muslim dengan angin pembakar amarah Si Iman.

“Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”

“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”

“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”

“Tak nak!!!”

“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”

“Tak nak jugak!!!”

Benarkah tiada ruang untuk Iman-Muslim itu berdamai?
Kehilangan seorang adik merubah Iman dan membuatkan Muslim mati kata. Tatkala diri baru merasa teguh berdiri, datang pula rombongan meminang yang membuatnya bungkam kembali. Mengapa mesti ‘beliau’ menurut andai Iman bukan pilihannya sendiri? Perlukah Iman reda dengan takdir itu seperti dia reda dengan kehilangan adiknya?
Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali
***
NUR FIZKKMI SATAR membawa kita mengenang kembali zaman kita mencari dan mengenali diri dalam Saya Muslim, Awak Iman. Beliau turut memaparkan isu kekeluargaan yang memikat hati kita untuk terus membaca.   ---  
SUAMIKU VAMPIRE
ISBN: 978-967-365-130-6
Sem. Malaysia: RM22
Sabah/Sarawak: RM25

“Danish Aniq, siapa tak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi bila malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa.”

Itulah yang sering diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lidya yang baru berpindah di kawasan itu. Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah. Sikit pun tak ada kaitan dengan dirinya.

Pertemuan kali pertama dengan Lidya, telah melahirkan rasa cinta di hati Danish. Danish berusaha mendekati Lidya. Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu. Saat itu, dia mula memasang agenda. Agenda yang pasti akan membuatkan Lidya hadir di hadapannya.

Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak diduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini. Lidya yang telah bertakhta dalam hati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya. Namun, Lidya tetap di ingatan Danish. Lidya haknya.

Takdir Allah, siapa yang dapat melawan. Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan. Danish dan Lidya ditakdirkan bersama. Walaupun Lidya bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya. Lidya juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish. Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang baru mereka kecapi tidak berpanjangan. Ada satu rahsia yang telah terbongkar. Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lidya untuk Danish.

Kejadian apakah yang dialami Lidya dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lidya haknya? Rahsia apa yang telah terbongkar dan menyebabkan Lidya membenci Danish? Dapatkah mereka mempertahankan rumah tanggan yang baru dibina? Dan, betul ke apa yang dikata orang selama ini? Danish itu manusia atau vampire? ---  
SELEPAS KAMU
ISBN: 978-967-365-131-3
Sem. Malaysia: RM19
Sabah / Sarawak: RM22

Alia: “Kenapa hati ini dicipta untuk disakiti berkali-kali? Tidak sanggup rasanya untuk terus disakiti begini. Ya Allah hanya Kau yang mengerti betapa sengsaranya diri ini hanya kerana menagih cinta sejati daripada makhluk bernama manusia.

Tengku Azril: “Alia… Aril bukannya lelaki yang sempurna pun. Namun apa saja yang Aril beritahu Alia sebelum ni, tak ada satu pun dusta. Semuanya benar. Setiap hari Aril mengingati Alia…”

Haqimi: “Tapi kalau Alia berdegil nak bayar juga Qimi terima. Cuma bukan bayar dengan duit tapi Alia kena jadi isteri Qimi.”

Alia pernah bahagia dengan cinta pertamanya, Tengku Azril. Angan-angan mereka musnah untuk hidup bersama atas angkara ibu Tengku Azril sendiri. Lebih teruk, Alia dihalau oleh keluarganya. Lantas dia membawa diri ke Kuala Lumpur.

Tanpa diduga Haqimi hadir mengetuk pintu hatinya. Alia teragak-agak untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Namun, sebelum dia sempat merasai kebahagiaan bersama cinta kedua, sekali lagi Alia diuji. Haqimi tiba-tiba menghilangkan diri. Lebih bingung dia secara tidak rela menjadi tunang Faris iaitu abang Haqimi sendiri.

Dalam penantian menunggu Haqimi kembali semula kepadanya, Alia dikejutkan dengan kehadiran Datin Zaidah, wanita yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya untuk hidup bersama cinta pertamanya. Wanita itu meminta pertolongan Alia agar memujuk Tengku Azril balik ke Malaysia selepas hampir empat tahun tidak pulang ke tanah air.

Ternyata pertemuan Alia dengan Tengku Azril bukanlah pertemuan biasa. Tengku Azril benar-benar ingin memujuk Alia agar kembali kepadanya semula. Hidup Alia yang tenang tiba-tiba menjadi resah dek tiga lelaki dalam hidupnya. Faris, tunang tidak sengaja Alia. Haqimi, bos dan kekasihnya. Tengku Azril, bekas kekasih merangkap tunang tidak jadi. ---  
CINTA TAK SEMPURNA
ISBN: 978-967-365-127-6
Sem. Malaysia: RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00

“Aku tak bersalah! Aku tak buat semua tu! Sumpah! Aku tak buat benda jijik ni.”


Zaliya terperangkap. Sungguh, dia tidak lakukan. Dia tahu, adabnya sebagai gadis Muslimah. Harga dan maruah dirinya dijaga rapi, namun semuanya hancur bila semua itu tercalar bila dia dituduh berkhalwat.

Demi menutup aib keluarga, dia terpaksa disatukan dengan lelaki yang langsung tidak dicintainya. Hubungan suami isteri hanya pada nama. Mana mungkin dia dapat terus berdamping dengan lelaki ego, bengis, sombong dan angkuh seperti Zahid. Apatah lagi, sikap Zahid yang acuh tidak acuh membuatkannya rasa sedikit goyah dengan layanan Zahid.

Tanpa disedari, di hati masing-masing telah mula timbul bibit-bibit cinta. Keegoan menjadi penghalang hubungan mereka daripada terus berputik.


Zahid sudah tidak mampu lagi untuk menipu perasaannya. Dia tepikan ego untuk memikat hati isterinya. Pelbagai cara diusahakan sehingga hati si isteri berjaya ditawan.

Namun, di saat hati mereka mula bersatu, ada sahaja rintangan demi rintangan yang menghalang hubungan mereka berdua. Cinta yang baru bermula itu kembali jauh. Kembali menampakkan jurang.


Mampukah untuk mereka teruskan hubungan itu? Adakah rintangan-rintangan yang melanda mampu menguatkan lagi rasa kasih dan sayang yang sudah menebal? Atau, cinta mereka sebenarnya cinta yang tak sempurna? ----
ISBN: 978-967-365-126-9
Sem. Malaysia: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00

Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.

Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakan Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring?

---
TAKKAN PERNAH HILANG
ISBN: 978-967-365-129-0
Sem. Malaysia: RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00

FARIZ - Cinta yang terpendam buat Maisara tak pernah pudar walaupun dia telah memilih orang lain sebagai isterinya. Demi sebuah rahsia yang tersimpan, dia rela kehilangan sebuah cinta. Namun, takdir menetapkan dia harus bersama semula dengan Maisara. Tetapi, menambat hati Maisara tidak semudah seperti dahulu. Hati Maisara sudah terkunci rapat buatnya.

MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.


“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”


“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”


Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?
-----

ISBN: 978-967-0448-10-7

SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00


Sinopsis:

Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa tunang tercinta telah menghumban Aiman Syakiri ke lembah sepi. Angan-angan dan impian yang dicoret bersama hancur dalam sekelip mata. Kosong dan gelap dirasakan hidupnya tanpa kehadiran wanita tercinta itu. Laila Marlisa pula datang dengan linangan air mata yang mengalir lesu dipipinya menidakkan rasa hati yang tercoret dalam diarinya di hadapan kakaknya di saat segalanya sudah terlambat.

“Laila cintakan you… I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.” ~Laili Nurlisa.

“Diari tu tak betul kak long… kak ngah tipu aje...” ~Laila Marlisa.

Ternyata aturan ALLAH itu lebih dari segala-galanya. Ikatan perkahwinan dan mahligai yang dibina langsung tidak memberi apa-apa makna di hati Aiman Syakiri, lantas Laila Marlisa bertindak pergi membawa diri. Perginya membawa cinta yang sejak sekian lama sudah mekar di laman hati. Pergi demi kebaikan semua.

“Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah!… berhambus kau dari hidup aku!” ~ Aiman Syakiri.

Perlanggaran di hadapan balai ketibaan antarabangsa KLIA telah menemukan semula kedua-dua insan itu selepas empat tahun segalanya berlalu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Ada rasa yang mula berdetak di hati Aiman Syakiri. Ada kenangan yang mula mekar di jiwa Laila Marlisa. Rasa benci yang sudah dipupuk sejak sekian lama, sedikit-demi sedikit mula meluntur.

Tapi siapa pula Emelda? Siapa Amir Idzham dan Hakim? Akan adakah sinar bahagia buat dua hati ini? Akan berlalukah perit yang selama ini membelenggu relung hati Laila Marlisa? ---
ISBN: 978-967-0448-11-4

SEMENANJUNG: RM 18.00 AHLI KN: RM 14.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00 AHLI KN: RM 17.00

Sinopsis:-

Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.


“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.

Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?


“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”

------
ISBN: 978-967-0448-09-1

SEMENAJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00


Sinopsis:

Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.

Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!

Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, konon-kononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye?

Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmmm… Azyan, Syakir pandai-pandailah korang settlekan masalah ni.

Syakir: “Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kaapor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif.”

Azyan: “Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah


----
Qaseh Nuralia Imani NO. ISBN: 978-967-0448-08-4
SEMENANJUNG: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00
SABAH/SARAWAK: RM 26.00 AHLI KN: RM 12.00

Sinopsis:

SYED ISKANDAR DZULKARNAIN AL-IQRAMI merupakan pewaris empayar perniagaan milik keluarganya, Al-Iqrami Holdings. Kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan dia menjadi seorang yang kufur nikmat. Dalam erti kata yang mudahnya, dia hanya Islam pada nama sahaja. Seorang ‘buaya tembaga’ yang menganggap berhibur dengan wanita sebagai hobi utamanya. Lantas bagi menjaga reputasi serta nama baik keluarga, kedua orang tuanya sepakat untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis yang digelar olehnya sebagai MUMIA kerana ‘berbungkus’ elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani. Sungguh Nuralia Imani ini bukanlah jenis gadis yang menjadi dambaannya.

NURALIA IMANI merupakan seorang gadis sopan dan penuh lemah lembut yang serba sederhana. Perjalanan hidupnya begitu perit. Dugaan tak henti-henti datang menghiasi perjalanan hidupnya. Namun takdir telah menyatukan dia dan seoarang lelaki bernama Syed Iskandar Dzulkarnain dengan ikatan perkahwinan yang dirancang oleh ummi serta walid Syed Iskandar. Seluruh keluarga Al-Iqrami melayannya dengan mesra dan baik sekali..kecuali seorang, iaitu suaminya sendiri. Sejak usai majlis akad nikah lagi, kebencian Syed Iskandar kepadanya tidak pernah berkurang malah kian menggunung.

Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Syed Iskandar mula membuka matanya tentang kewujudan Nuralia Imani di sisi tatkala hatinya hancur berkecai dengan pengkhianatan kekasih yang dicintainya, Bella. Namun di saat mereka mula membina bahagia, muncul pula Akira yang masih belum letih mengejar cinta Nuralia Imani yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu masa dahulu. Akira mahu Nuralia menjadi miliknya.

Keadaan bertambah kusut apabila Bella mengatur agenda untuk menghapuskan Nuralia Imani bersama musuh lama Syed Iskandar, Roy. Roy yang licik telah mempergunakan Akira bagi menjayakan misi balas dendamnya pada Syed Iskandar.

----

Biar Cinta Bertaburan
NO. ISBN:- 978-967-0448-07-7
SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00

Sinopsis:

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau. Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu. Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam. Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja? Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan?
----  
Aku Untukmu NO. ISBN: 978-967-0448-05-3
SEMENANJUNG: RM 20.00 AHLI KN: RM 16.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00

Sinopsis:

Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.

Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.

---
Sayang Cikgu Ketat-Ketat NO. ISBN: 978-967-0448-06-0
SEMENANJUNG: RM 20.00 AHLI KN: RM 16.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00

Sinopsis:

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”


“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”
Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.

“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

---
Hello, Mr. Perfect!

“Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya... ”“Abang cintakan Alya!”“Huh, abang jangan nak main-main la!”“Abang tak main-main… abang serius ni!”

NO. ISBN: 978-967-0448-04-6
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00


Sinopsis:

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.


TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

------
Yang Indah Hanya Mimpi
Sharifah Abu Salem

Harga: RM 30.00
ISBN: 978-983-124-809-6
Halaman: ~912
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 20 Ogo 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu… dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya?

“Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.”

Norseha dan Badrul – hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman.

“Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”   ------
Keranamu Aku Rela
Sania Yasmin

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-808-9
Halaman: ~464
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 20 Ogo 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Air Mata Tasnim Tidak Pernah Kering. Merebut Cinta Jeffrey Dia Dibenci Keluarga Lelaki Itu. Namun Jodoh Mereka Kuat. Dia Bahagia Kerana Jeffrey Janji Syurga. Malangnya Takdir Menentukan Jeffrey Disahkan Menghidap Leukimia.

Setiap Hari Menunggu Mati, Jeffrey Hiba Melihat Derita Tasnim. Dia Merencana Sendiri. Isterinya Berhak Memiliki Bahagia Kedua. Jadi, Tasnim Mesti Dilepaskan. Tasnim Akan Dipaksa Kahwin Lain. Dia Sendiri Sudah Memilih Lelaki Yang Bakal Menjadi Suami Baru Tasnim. Cinta Tasnim Cinta Mati. Berulang Kali Dia Menolak Kemahuan Jeffrey. Dia Rela Jadi Balu Daripada Mereka Bercerai Hidup! Namun, Jeffrey Tetap Melafazkan Talak. Tasnim Pasrah. Hatinya Remuk-Redam... Mereka Berpisah Bukan Dek Sengketa! Cuma, Dia Bingung Disuruh Mengahwini Lelaki Yang Memang Dikenalinya. Kuatkah Jeffrey Melihat Dia Bersama Lelaki Itu? Bahagialah Tasnim. Cinta Matimu Hidup Dalam Hatiku.
  ------
Balada air mata
Angela Ungkuan

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-807-2
Halaman: ~464
Berat: 200 gram
Tarikh Terbit: 20 Ogo 2012
Kategori: Novel


Sinopsis
Namanya Kesuma. Sebaik Sahaja Dilahirkan, Ibunya Pergi Berganti Nyawa. Anak Yatim Ini Ibarat Piatu Bila Ayahnya Pula Pergi Membawa Diri. Sejak Itu Hanya Datuk Dan Nenek Sahaja Tempat Dia Bermanja. Wajah Ibu Tidak Pernah Ditatap. Kasih Si Ayah Jauh Untuk Didakap.

Enam Tahun Kemudian, Kamal Pulang. Dia Bertegas Membawa Kesuma Pergi. Dia Mahu Anak Itu Membesar Bersama Keluarga Baharunya. Mulalah Episod Duka Datang Satu Per Satu. Banglo Mewah Kamal Ibarat Neraka Bagi Kesuma. Asal Usulnya Diungkit. Kerana Fitnah Dan Hasutan, Kamal Terkhilaf Membenci Anak Sendiri.

Redha Dengan Apa Yang Berlaku, Kesuma Pasrah Memujuk Hati. Andai Ada Orang Lain Gembira Atas Penderitaannya, Biarlah! Dia Percaya, Derita Ini Akan Bertukar Bahagia Jika Dia Tetap Sabar Dan Terus Berdoa.   ---------
Encik Abangku Romantik
Elee Mardiana
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-810-2
Halaman: ~576
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 20 Ogo 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan…

Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Widea… apa sebenarnya yang kau mahu? ----  
Legasi Pejuang
Arman Jazee

Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-805-8
Halaman: ~592
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.

Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.

Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.

Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan   -------  
Sayang Si Lanun
Erin Zehana

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-802-7
Halaman: ~512
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

WAFIYA WAFA - Dia tidak mahu mewarisi harta peninggalan Haji Wahid. Dia tidak betah menghadap air laut walaupun di situlah tempatnya dibesarkan. Hatinya lebih gembira menatap lukisan kaku berbanding air masin. Tapi impiannya musnah apabila terpaksa menunaikan wasiat abahnya untuk menguruskan Sun Beach Resort. Paksaan yang menemukan dia dengan Lanun Pulau Sibu, Ghazi Faiq. Si lanun itu tidak akan dapat mengaburi matanya untuk menjual tanah Sun Beach Resort. Itu tekadnya.

GHAZI FAIQ - Dia akan pastikan jiran sebelah itu menjual tanahnya. Dia akan lakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan tanah Sun Beach Resort. Dia tidak akan mengalah pada gadis kepala batu seperti Wafiya Wafa. Gadis itu pasti akan tunduk dengan pujuk rayu dan ayat manisnya. Tanah itu akan menjadi milik Hotel Diamond. Itu azamnya.

Pulau Sibu menjadi huru-hara gara-gara Wafiya dan Ghazi. Tanpa diduga, perasaan kasih mula hadir dalam diri masing-masing. Namun, banyak halangan yang menyekat perasaan kasih itu daripada berkembang. Berjayakah si lanun memecahkan tembok halangan itu agar dia dapat bersatu dengan puteri hatinya?   --------  
Setelah Hati Dimiliki
Rozita Abd. Wahab
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-801-0
Halaman: ~560
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Disebabkan onar yang dibuat oleh Amni, Auni yang terpaksa menjadi galang-gantinya. Dia dipinta meneruskan sebuah perkahwinan tanpa kerelaan hati. Demi maruah keluarga dan rahsia yang selama ini tersimpan kemas, dia menerima jua Fikri sebagai suaminya. Tiada secubit pun rasa kasih yang wujud di ruang hati tatkala lafaz akad itu bergema. Auni berasa kesal kerana menerima lelaki yang tidak dikasihinya. Dia cuba memujuk hati untuk menyayangi Fikri, namun dia takut diusik rasa kecewa. Dia dapat merasakan bakal menjadi janda sebaik saja cerita yang satu itu terbongkar.

Seiring masa berlalu, lelaki yang diterima tanpa rela itu akhirnya berjaya juga meraih kasihnya. Namun, semuanya musnah sebaik sahaja Fikri mendapat tahu status dirinya yang sebenar. Dia diceraikan tanpa sedikit pun rasa simpati. Setelah hatinya dimiliki, mengapa begitu mudah ia dilukai? Kenapa dia harus merasakan kesakitan itu lagi? Namun, jatuh sekali tidak bererti akan rebah sekali lagi. Dia bangkit membina semangat untuk meneruskan kehidupan. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya yang abadi.   ------  
Tragedi Cinderella
Amylin Asykin

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-800-3
Halaman: ~480
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari.

Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand.

Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana. Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka... ---
Hei... Aku Kenal Cinta
Xeera Feeqa
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-803-4
Halaman: ~528
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 15 Jul 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Ellisa!

Terkejut Ellisa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasan bagus disebabkan kepopularannya di kampus. Menyampah! Tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai ‘kekasih’ Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat!

Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq? Lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan ‘mean girl’ terbesar kampus - Arianna. Teruk tekanannya.

Dan apabila akhirnya dia menerima tawaran Ashriq atas sebab-sebab tertentu, ada perasaan indah melatari hati. Cintakah itu? Oh, tak mungkin! Habis, kenapa dia ingin sentiasa bersama lelaki itu? Sedangkan dia tahu segala-galanya akan berakhir sebaik sahaja Arianna kembali pada Ashriq.

Cinta? Taklah... Cinta? Ya kot... Cinta? Err... (malu nak mengaku!)
-----  
Antologi Jiwa Kacau
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lynn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh

Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-785-3
Halaman: ~560
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 5 Jun 2012
Kategori: Novel


Sinopsis

Tragedi Di Lampu Isyarat

Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.



Menari Dalam Duka

Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.



Dendam Bunga Dahlia

Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.



Buru Bayangan Luka

Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.



Cinta Berdarah

Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

------  
Bait-bait Kasih
Syasya Zainal
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-793-8
Halaman: ~496
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Tanpa diduga dari teman sepejabat, perasaan Nellysha dan David bertukar menjadi cinta. Namun, agama menjadi penghalang. David tersepit antara keluarga dan kasih. Keluarga dia sayang, Nellysha dia kasih. ‘Oh, hati. Tolonglah aku untuk membuat keputusan.’

Dalam diam-diam, David mula mempelajari agama Islam. Rasa kasih pada agama ini mula muncul di hati. Tapi tegakah dia melukai hati mama dan papa yang membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh? Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Apabila Tan Zhou Jeng, papa David mendapat tahu yang anaknya sedang mempelajari agama Islam, kata dua diberikan kepada lelaki itu. Akhirnya, David mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari rumah orang tuanya.


Tindakan David membuatkan Nellysha berasa serba salah. Dia mengambil keputusan untuk mengundur diri. Namun, ada sesuatu yang menghalang. Dapatkah dia dan David bersatu, sedangkan di hadapan mereka pelbagai halangan menanti?

-----  
Rasa Paling Indah
Durrah Fatiha
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-791-4
Halaman: ~496
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 5 Jun 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Sopan santun, lemah lembut, tinggi pengetahuan agama, rapat dengan keluarga dan tidak suka berkawan dengan lelaki. Inilah kombinasi lima ciri-ciri utama yang menjadi paksi pada keperibadian Amani.

Kedatangan Amani ke sebuah majlis perkahwinan bersama ibu bapanya telah menguntumkan senyuman dua jejaka. Dirinya menjadi halwa mata kepada Isyraf dan Thaqif. Mereka berdua tidak menyangka setelah jarang bertemu, gadis yang dulunya berpenampilan biasa-biasa sahaja, kini cukup memikat. Masing-masing datang ‘mempromosikan’ diri kepada orang tua Amani.

Salah seorang daripada mereka memang sudah menjadi pujaan Amani sejak sekolah menengah lagi. Namun, yang seorang lagi hanya membuatkan dia menyampah. Serba-serbi menyakitkan hati.

Dua pemuda itu bertekad mencari jalan untuk berhubung dengan Amani. Kerana bimbang ada insan lain yang akan ‘potong line’, Thaqif menghantar utusan untuk meminang Amani. Selang sehari, datang pula wakil meminang daripada Isyraf.

Sudahnya, Amani yang kebingungan. Siapa yang mahu dipilih? Yang nyata, hanya seorang calon yang akan gembira sakan.

-----  
Benci! Benci! Benci!
Ayu Emelda
Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-759-2
Halaman: ~464
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

“Benci! Benci! Benci! Kalau Zarif datang merisik sepuluh kali pun jawapannya tetap sama.

Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara.

Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela.

Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa.

Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci.

----  
Atin, Jom Kahwin!
Iffa Zalia
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-790-7
Halaman: ~512
Berat: 600 gram
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel


Sinopsis

Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.

Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu? ---
Curi-curi Suka
Liyana Zahim
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-777-8
Halaman: ~512
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Apr 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

------  
Jujur Aku Setia
Eka Fahara
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-774-7
Halaman: ~640
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 15 Apr 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

PULANGNYA Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup. Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing.

Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta? Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati. Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?
------  
Sayang Sekelip Mata
Hasreeyati Ramli
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-778-5
Halaman: ~588
Tarikh Terbit: 1 Mei 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

SAFA menyesal menerima tawaran kerja barunya. Nak ditolak, sudah terlambat. Dia enggan merempat dan mengaggur lebih lama lagi. Lebih parah apabila dia berdepan dengan Maliki yang dibencinya ketika melapor diri.

“Safa, boleh tak awak jangan panggil saya encik?”

“Tapi encik kan anak majikan saya? Jadi, saya rasa lebih sesuai kalau saya panggil Encik Maliki.”

Hati Maliki tercabar kerana dilayan dingin. Dia mahu mencuba nasib untuk memenangi semula hati wanita itu yang dirasakan sudah keras seperti tunggul kayu. Rasa cemburu mula membara di hatinya apabila melihat Daniel seperti mahu mendekati Safa. Mana boleh dibiarkan rakan karibnya itu memenangi hati wanita itu!

Hubungan antara Safa dan Maliki agak kompleks dan rumit. Ada rahsia lampau yang disimpan dan sukar untuk dibongkarkan. Lima tahun yang lalu, mereka berkasih sehingga sanggup menentang adat dan budaya. Namun kini, rasa cinta dan benci bercampur aduk pada masa yang sama. Mengapa Maliki tidak kenal penat mengejar sedangkan Safa ligat melarikan diri?