Monday, August 23
Kucc Reviews: MeLur BunGa iVy...
"sesungguhnya hidup ini umpama kembang yang hidup didalam pasu, tidak bisa
memilih ditanah mana ia akan tumbuh, tidak berdaya memilih dipasu mana ia bakal
disemai..."
Apa kata saya:
Hidup ini tidak pernah sunyi dari dugaan, cabaran dan rintangan. Segalanya ini menjadi penanda aras samaada manusia itu cekal,kental, waja dan sabar. Kalah dengan permasalahan hidup bererti kita manusia yang rugi kerana selagi hidup, selagi masih bernyawa, selagi masih bernafas rahmat dari-Nya tidak pernah sekali menjauh. Dia sentiasa ada dan dekat disisi. Pintalah dari-Nya, tawakal sahaja pada-Nya namun jangan sesekali putus asa biar badai yang menghentam kehidupan bukan calang-calang. Inilah saya kira initipati/mesej yang cuba dirungkai
penulis didalam naratif terbaharu beliau ini kepada khalayak pembaca juga penggemarnya. Seindah tajuknya; Melur Bunga Ivy seharum itu jugalah teladan yang dititipkan buat pembaca sebagai renungan.
Satu persembahan yang saya kategorikan amat mengagumkan. Si ratu air mata dari selatan tanahair ini kembali dengan sentuhannya yang sentiasa bisa membuatkan genangan air mata bermukim di pinggir kolam mata biarpun kisah kali ini bukanlah tergolong dalam kumpulan tangkap nangis tapi pada babak/dialog tertentu sentuhan beliau cukup menumpahkan rasa pilu!
Penulis saya kira sudah semakin matang dan bijak mencipta naratif yang berbeza dari dua naskhah beliau yang terdahulu. Dengan mengangkat isu yang saya kira sensitif, permasalahan didalam kehidupan sosial masyarakat terutama perihal peralihan akidah yang diangkat sebagai antara tema didalam naskhah ini wajar kita perhalusi. Hal ini bukan baharu di telinga kita, malah sejak sekian lama ia sudah bertapak didalam masyarakat. Mata kita mungkin cuba dikaburkan agar perihal yang begitu mencemarkan ini tidak terlihat dipandangan namun hakikatnya ia tetap sudah berlaku. Tanggungjawab tetap terpikul jika kita mengetahuinya. Usah dikira sebab atau punca ianya terjadi kerana kita ini manusia lemah. Menyelamatkan akidah itu satu fisabilillah...itu paling utama!
Perwatakan di dalam naratif ini memfokuskan pada dua watak utama Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida dan Azam Adham. Watak Stephanie/Khalida dibangunkan dengan cukup berhati-hati namun cemrlang dipersembahkan pada pembaca. Stephanie mewakili segolongan insan diluar sana yang tiada landasan hidup dan sering kali mengundang persepsi negatif masyarakat. Hidayah ditiupkan di jiwa untuk menjejaki kembali sejarah diri yang hilang. Saya sukakan kemisterian watak Stephanie/Khalida, saya sukakan kekentalan jiwa wanita ini
di dalam memperjuangkan hidupnya. Keampuhan jiwanya menerima setiap dugaan yang hadir berjaya dipotretkan menerusi wataknya ini. Azam Adham bagi saya sangat indah dilakarkan penulis. Azam anak yang budiman, patuh pada keluarga, namun bila sudah nekad sangguh menempuh apa jua cabaran! Watak pembantu Valentina dan Jane yang kelakar dan spontan begitu melucukan, Attia Khalilah yang comel dan adakala meruntun jiwa dengan dialog pilunya juga Hajah Azimah yang menyimpan rindu pada anak yang telah pergi dijemput illahi memberi sumbangan yang mencemerlangkan lagi naskhah ini. Penampilan cameo Tasha dari Lily buat Najah juga Ikhmal dari Rahsia Hati Sofea pasti mengubat rindu pembaca pada
kedua-duanya.
Persembahan plot cerita menarik dimata saya, penulis bijak membuat pembaca bermain teka-teki. Dibiarkan tertanya-tanya siapa Stephanie Ivy Gabrielle.. siapa pula Khalida? Apakah kaitan antara Khalida dan Stephenie Ivy Gabrielle?.. Plot cerita banyak berlatarkan lokasi di kedai bunga Loving an Ivy milik Stephanie. Olahan plot yang kemas di dalam menjalin rantaian cerita serta bagaimana penulis merungkai tiap konflik yang tercipta digarap cemerlang.
Aplikasi gaya bahasa penulis cantik berseni dan saya kira sangat masuk dengan lenggok cerita. Diskripsi beliau pada bahagian tertentu seperti kala menggambarkan gubahan bunga yang dirangkai cukup teliti hingga pembaca boleh melihatnya di depan mata! Penulis saya fikir sudah melakukan kerja rumah dengan baik sekali sebelum menarikan penanya di kanvas!
Melur Bunga Ivy menyusuri hidup seorang balu muda; Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida Azlan yang kematian suami semasa dia berada di berada US. Dibuang keluarga, dinafikan hak sebagai anak hanya kerana dia memeluk Islam dan berkahwin dengan pemuda islam. Satu tamparan yang sukar diterima ayahnya; Tan Sri Gabrielle Anthony yang suatu ketika dahulu pernah melakukan perkara yang hampir sama..melarikan ibu Stephanie; Lara Rizal Gabrielle aka Wardah Hj Rizal
dari keluarga dan menukarkan pegangan agamanya! Kegetiran hidup di rantau selepas suami tempat bergantung meninggal dunia dalam kemalangan ngeri mengakibatkan dia bangkit demi kelangsungan hidup...demi anak yang dikasihi sepenuh jiwa. Atas bantuan ibu saudara, aunty Celia yang simpati pada nasib yang menimpa dia dibawa balik ke tanahair bersama-sama puterinya Attia Khalilah Amir. Dia berusaha menjejaki pusara suami dan mencari keluarga mertuanya di Johor Bahru. Dengan sokongan aunty Celia dan sepupunya Jane dan Tina serta bersama sisa ringgit yang masih ada, Khalida bangkit dan membuka sebuah kedai bunga 'Loving an Ivy'. Di sini kita diperlihatkan erti dan makna kasih sayang, keakraban dan kekuatan ikatan kekeluargaan biarpun berlainan pegangan dan fahaman. Didalam misinya menjejak keluarga arwah suami tanpa sengaja dia
pertemukan dengan Azam Adham yang membawa 'wajah" suami yang telah tiada sedangkan dirinya itu telah lama diintai dari jauh oleh Azam. Azam Adham; akauntan yang tak pernah jatuh cinta,tetapi insiden kemalangan kecil yang menimpa temannya telah membuat Azam jatuh cinta pandang pertama pada Khalida sedangkan tanpa diketahui wanita muda itu punyai kaitan rapat dengannya. Wanita itulah kunci pada amanah arwah adiknya yang cuba dijejaki sekian lama. Azam berusaha untuk mendekati Khalida walau awal-awal sudah ditolak. Demi membuktikan kesungguhannya Azam sanggup meletakkan jawatan yang bergaji lumayan dan menjadi pemandu dan penghantar bunga 'Loving an Ivy'. Dendam si ayah tidak surut walau Stephanie sudah menjauh. Tindakan Stephanie sukar diterima, kedegilan Stephanie mencabar maruah dirinya dan kerana itu dia sanggup merenggut nyawa si anak demi kepuasan diri!
Buat penulis muda berbakat besar ini, tahniah buat anda untuk naratif yang begitu menyentuh nurani ini. Keberanian anda mengutarakan isu berat dan sensitif ini dengan penuh ketelitian amat mengagumkan. Teruskan berkarya, teruskan keberanian anda mengupas isu-isu kemasyarakatan dengan cara anda yang tersendiri. Buat khalayak pembaca diluar sana, Melur Bunga Ivy ini sesungguhnya bukan sahaja mengajak kita menghirup keharuman jambangan-jambangan kembang di Loving an Ivy namun lebih dari itu ia mengheret kita menyusuri kisah pilu insan-insan yang memayungi Loving an Ivy!
Friday, August 20
Akan Datang Dari Buku Prima dan Kaki Novel
---------------------
Kirimkan Aku MalaikatMu
Penulis: Muliati Abdul
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
Harga Semenanjung: RM19 Ahli KN: RM15
Harga Sabah/Sarawak RM22 Ahli KN: RM18
Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.
Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.
Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.
Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.
Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.
Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?
Bacalah KIRIMKAN AKU MALAIKATMU....
-----------
Gelak Tergolek
Penulis: Wann Azlan
Terbitan Kaki Novel
RM18.00
Harga Semenanjung: RM18 Ahli KN: RM14
Harga Sabah/Sarawak RM21 Ahli KN: RM17
Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.
Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.
Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.
Gelak Tergolek… wajib dimiliki!
Wednesday, August 18
Buku ke2 Ogos dari Jemari Seni: Kristal Kristal
Tajuk: Kristal Kristal
Penulis: Misdhiaz
Terbitan: Jemari Seni Publishing
ISBN: 978-967-5118-45-6
Harga: RM17.00 (Sem. M'sia)/RM20.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 30 Ogos 2010.
Someone!
Someone tu siapa?
Someone to love... is DR Luv...
Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.
Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?
Aduhai hati,
Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?
DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!
Kristal. Kristal.
masih bergaung dalam hiba
saat mencari suatu petanda untuk bahagia
Kenapa dia harus suka dalam duka?
* * *
MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorang perempuan yang ditinggalkan.
Friday, August 13
Thursday, August 12
Wednesday, August 11
Review: Antara Benci dan Rindu by Ida Farisya
Antara Benci dan Rindu
Penulis: Ida Farisya
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
537 mukasurat.
"Aku benci zaman silamnya tapi aku rindu pada kasih sayangnya."
Buku ni aku baca tanpa meletakkan sebarang expectation kerana secara umumnya aku tahu ni cerita kawin paksa. Mungkin jugak sebab sebulan dua ni, buku2 yg aku capai kebanyakannya membicarakan cerita kawin paksa sehingga aku susah nak differentiate setiap satunya. But this one somehow stood out.
Cerita ini bermula setelah penceraian berlaku antara pasangan yg awalnya berkahwin secara paksa. Ceritanya diselangseli dgn flashback bagaimana tersiksanya Ifa menjadi isteri kepada lelaki seperti Yusrizal. Penceritaan present-past yang dipersembahkan sangat kemas dan tidak mengganggu pembacaan. Malah kisah Ifa sangat menyentuh perasaan dan tangkap nangis lah.
Ifa menghilangkan diri selama kira2 5 tahun. Dan kemunculannya semula telah menarik perhatian Yusrizal dan keluarganya yg mahu dia kembali sbg isteri Yusrizal. Ifa sudah serik dan bertegas tidak sekali-sekali akan menerima Yusrizal semula. Penceraian mereka dulu berpunca dari Yusrizal yg menduakan Ifa, malah memadu asmara dgn kekasihnya, Anne di rumah mereka. Nasib baik lah masa Rizal kantoi tu adiknya ada sekali. Tak dapatlah Rizal nak mereka2 cerita utk memburukkan Ifa.
tempoh 5 tahun nyata telah merubah Rizal yg sudah bercerai dgn kekasihnya Anne. Perubahan itu juga menjadikan Rizal tekad utk menerima Ifa semula demi menebus segala dosanya terhadap Ifa.
Daniel, bekas kekasih Ifa sebelum dia berkahwin dgn Rizal, cuba memikat semula Ifa tetapi Ifa menolak kerana Daniel tu dah bertunang. Dia tak nak melukakan hati tunangan Daniel. So semasa ibunya memerlukan wang segera utk menampung kos pembedahan, Ifa langsung tidak menghubungi Daniel, tapi sebaliknya mencari Rizal utk bantuan kewangan. Bagi aku RM30,000 utk seorg pensyarah spt Ifa bukanlah sesuatu yg membebankan. Rasanya nilai tu agak rendah, lainlah kalau dia memerlukan RM100++ ribu dengan segera. Rizal setuju menyerahkan RM30ribu dgn syarat Ifa menjadi isterinya semula. Ifa terpaksa bersetuju demi menyelamatkan ibunya.
Menjadi isteri Rizal buat kali kedua memang jauh bezanya. Dia dilayan bagai puteri dan Rizal adalah lelaki yg sgt budiman tetapi Ifa masih lagi tidak dapat melupakan Rizal yg dulu. Dapatkah Rizal yg gentleman dan romantis tu mencuri hati Ifa?
scene Ifa kena culik tu aku rasa mcm 'add on' saja, tapi scene tu menambahkan elemen thriller ke dalam cerita ini. Aku lebih suka cerita ini sebelum Ifa dan Rizal berkahwin semula. Lepas diorang kawin tu biasala, Rizal tu terlebih romantik lah pulak.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb belakang buku:
Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorg lelaki yg dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yg sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorg wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.
dlm usahanya mengelak utk jatuh cinta dgn Yusrizal, semakin banyak sifat positif yg terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dgn kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.
sinopsis di website Kaki Novel:
Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.
Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?
Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.
Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.
Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.
Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.
Review: Terbanglah Sayang by Aina Emir
Terbanglah Sayang
Penulis: Aina Emir
Terbitan KarnaDya
Cetakan 1 & 2: Tahun 2010
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
568 mukasurat
hmmm jenis novel yg membuat aku terkedu sbb tak sangka penulis akan membawa kita ke satu konklusi yg kita langsung tak jangka di sepanjang pembacaan. Smart! There's a little devil in every soul. And this one is a very very smart one.
Fiya dan Inaz adalah sepupu dan jiran. Diorg ni mempunyai rupa yg hampir sama tapi karakter diorang jauh berbeza. Inaz lebih kepada jenis yg loud dan Fiya lebih kepada jenis yg low profile. Memang Fiya lebih menonjol sbg heroin cerita ini kerana Inaz kelihatan sgt gelojoh dan gedik walaupun dia baik hati.
Pertemuan diorang dan kawan2 dengan Arash dan kawan2 mencetuskan perasaan baru di hati setiap mereka. Inaz memang awai2 dah booking Arash yang menepati citarasanya. Dia nak pasangan yang badan berketul dan hensem. Arash bagaikan bonus terbaik utk nya dah la hensem, muscular, pilot jet TUDM pulak tu.
Fiya kelihatan selesa dgn Faris walaupun sebenarnya dia sendiri ragu2 menerima lamaran Faris. Inaz memang awai2 reject Faris dan tak setuju Fiya kawin dgn Faris. Dia berjaya menggagalkan perkahwinan Fiya di saat2 akhir. Dan tanpa diketahuinya yg sebenarnya dia telah didorong berbuat begitu. Tapi Inaz tak pernah tahu bagaimana dan siapa.
Arash yg mula berbaik dgn Inaz kelihatan lebih tertarik pada Fiya. Ketika mengetahui Fiya tak jadi berkahwin sedangkan tarikhnya sgt hampir, Arash pergi menawarkan diri sbg pengganti Faris sbg pengantin.
Mereka jatuh cinta dan bahagia tapi kembalinya Inaz setelah menghilangkan diri (kerana rasa bersalah menggagalkan perkahwinan Fiya) telah menimbulkan rasa menyesal di hati Fiya. Dia menjauhi Arash dan seperti nak bagi chance utk Arash berbaik dgn Inaz. Arash mencari pengganti terbaik utk Inaz yg sudah dilanda depressi. Fiya pulak hidup dgn pelbagai spekulasi yang berlegar dgan sendirinya dlm kepala otak dia. Walaupun dia cuba menjauhi Arash, tapi dia sentiasa mencari semula Arash apabila rindu sudah tidak tertanggung.
Kisah cinta ini turut diselit dgn pencarian Arash. Dia mencari ibu bapa kandungnya setelah mengetahui dia anak angkat. Pencariannya berakhir dgn sesuatu yg amat membahagiakan :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Best Friends Forever (BFF)... merupakan ungkapan yg sering diucapkan 2 org teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yg sering mendpt gelaran 'kembar'; ke mana-mana shj, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.
Pun begitu, mereka bagaikan sedang dlm satu pertandingan utk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing2 berentap utk berada di depan.
Inaz, suka yg rancak dan kecoh, sedang mencari seseorg yg baik budi, menambat hati. Suka kpd yg bertubuh tegap... asal tidka mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dgn tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yg diimpikan?
Fiya pula, seorg yg pintar, suka kepada 'nature', minat aktiviti lasak, sayang kpd haiwan sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.
Munawarah dan Melissa, teman baik yg cuba menjadi org tengah, penasihat... mungkin juga pembelot?
Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel... dgn 4 org jejaka di atas gunung lagenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai persoalan dan teka teki.
Novel ini akan temukan pembaca dgn pelbagai karakter yg berbeza kerjaya, mendekatkan kita dgn wira-wira negara, yg mgkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yg dirasai oleh seorg anak angkat yg cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yg menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yg akhirnya terpaksa lakukan transformasi?
Sukarkah utk menerima kekalahan dan payahkah utk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yg bergelar insan yg disusun indah dlm novel 'Terbanglah Sayang'.
Review: Melur Bunga Ivy by Nazurah Aishah
Melur Bunga Ivy
Penulis: Nazurah Aishah
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
473 mukasurat
Bila ada cerita yg ada tersisip konflik keagamaan, murtad, convert spt ni aku mesti teringat kat karya2 John Norafizan. Mgkin sebab cerita yg ada isu2 begini aku baca buku JN saja. Di tangan Nazurah Aishah konflik ini dihuraikan dgn teliti dan tidak mengelirukan. Sentuhan feminin genre berat begini mampu membuat aku tak sabar nak mengetahui perjalanan cerita ini.
Kali ni Nazurah tidak banyak mewujudkan scene romantis antara watak2 utama iaitu Khalida dan Azam. Dia banyak membawa kita menyelami hati Khalida yg mahu bangun dari runtuhan hidupnya. Khalida bertuah kerana insan2 yg terdekat dgnnya sangat memahami jiwanya dan empati dgn apa yg dialaminya walaupun di suatu sudut, insan yg amat disayanginya mahu melihat dia musnah kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.
Azam seorg lelaki yg setia dgn cinta. Walaupun jatuh cinta pandang pertama, rasa cinta nya kita tetap rasa mekar tak kira bila dan di mana. Walaupun nampak seperti tiada harapan utknya cintanya bersahut, rasa setia cinta itu tetap terserlah.
Nasib cinta Azam berubah apabila rupa2nya Khalida itu ada pertalian dgn keluarganya. Pertemuan mereka sentiasa ada namun jodoh ada jugak ke? Attia menyembuhkan banyak hati yg pernah terluka dan meniup sinar bahagia ke dalam keluarga Azam yg suram dgn pemergian Azlan.
Watak Stephanie hanya kelihatan sangat misteri di mata Azam, tapi sbg pembaca penulis sudah mula mendedahkan siapa Stephanie sedikit demi sedikit sejak di awal cerita. Cara itu membuat rasa terkejut pembaca di peringkat yg minima kerana segalanya diceritakan dengan revealation yg sedikit2 tetapi tidak meleret atau dilengah-lengahkan.
Pengaruh Khalida sgt besar dlm hidup Azam sehingga dia sanggup meninggalkan kerjanya dgn Tabung Haji dan menjadi rakan kongsi kedai bunga merangkap driver van delivery! Besarnya pengorbanan Azam demi gadis yg dicintainya.
Sentuhan thriller dlm karya ini menambahkan debaran dlm menghayati kisah ini dan aku suka endingnya. Tak sangka Azam boleh pengsan! Yer la, lama betul dia menahan perasaan, last2 diduga begitu hebat mau tak pengsan. Nasib baik bukan kat majlis nikah dia. Kalau tak, buat malu kat tok kadi saja.
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Dereta pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagi palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dgn juntaian pokok2 ivy.
Sebuah impian yg menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna warni serta harumnya bunga2 di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini. Dia ingin berjaya. Dia ingin baagia. dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yg sungguh berazam itu adalah 'masalah' baginya. Namun Azam adalah kunci utk membuka pencarian pada 'dia' yg sudah pergi. Sukar utk dia melupakan 'dia', seperti sukarnya dia meletakkan Azam dlm hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dgn abaikan kehenda Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya? Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati2 itu disatukan, Khalida?
------
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yg berbeza utk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida utk belajar mengubah bunga di Loving an Ivy, sambil 'sertai' babak cemas yg penuh emosi di situ. Sebuah kisah cinta sewangi melur!
Marhaban Ya Ramadhan
Monday, August 9
Review: Coke And Sundae by Ilya Abdullah
Coke And Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
368 mukasurat
isbn: 9789675067518
'Syakir:
"Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh kucari,
mana nak sama dgn Miss Coke ku seorg."
Azyan: "Pak Sameon menoreh getah,
pigidah!!!"
Tengok tajuk jer kita dah terasa-rasa keselambaan cerita ini. Heroin yg ditampilkan dalam cerita ini memang lain dari yg lain. Dia sangat kuat. hehe. Selalunya bila heroin dirujuk sbg kuat adalah ketika dia tabah menerima dugaan dlm hidupnya. Tapi si Azyan ni kuat as in mencepuk, membelasah dan menghadiahkan lebam2 fizikal kpd org yg cari pasal dgn dia. Rasanya physically dia tak lah kuat, cuma dia mahir teknik2 tertentu utk menjatuhkan lawan so itu menjadikan dia kelihatan kuat.
Alam remaja yg semakin ditinggalkan menjadikan Azyan mahu berubah mjadi lebih feminin hinggakan tiga jejaka (bapa dan 2 abgnya) istimewa dlm hidupnya terlopong. Walaupun perubahan dia macam jadi tak jadi, tetapi dia tetap mencuba.
Syakir ni sejak zaman skolah lagi dah syok kat Azyan. Tapi tak penah rasa takut akan kehilangan Azyan wpun dia tak penah confess cinta dia kat Azyan tapi dia yakin suatu hari nanti Azyan akan jadi isteri dia. Tapi perubahan Azyan yg jadi lebih feminin tu membuat Syakir sgt bimbang kerana rupa cute yg sebelum ni hanya dia sorang nampak sudah terserlah di mata semua org tambah2 jejaka2 saingannya spt Haziq, Zekri, Rizlan, malah Syamir, adik Syakir yg baru masuk 13thn tu pun jatuh hati dgn Azyan.
Jejaka idaman hati Azyan adalah lelaki yg lebih kuat darinya. Azyan jatuh hati dgn luaran Haziq tapi syg Haziq tu lari lintang pukang bila diganggu sekumpulan samseng, last2 Azyan yg kena mblasah diorg semua utk selamatkan Haziq. Reject! Zekri? Romeo tahap tak hengat. Reject! Rizlan? Mamat hensem yg kaya dgn badan macho berketul2. Perfect!
Syakir? Tak masuk list langsung. Azyan bencikan Syakir sbb Syakir selalu memaksa dan setiap kali Syakir berjaya membuat dia melakukan benda2 yg dia sendiri tak terfikir nak buat seperti jadi heroin utk teater dan pegi berkhemah. Syakir tu terer bab mengugut. Tambah2 dia ngam ngan bakal2 abg ipar dan pandai approach bakal pak mentua dia, Mejar Idris yg bermisai melintang tu.
Rasanya kalau Syakir tu tak garang sangat dan gentleman sikit, mesti azyan suka. Wpun dulu masa skolah Syakir ni cicak kobeng, tapi la ni dah macho. Macam mana akhirnya cik gorilla jatuh cinta ngan encik doktor cicak kobeng? Mula2 jatuh lubang dulu lepas tu baru jatuh cinta. heran aku gak mula2 cemana tengah2 utan tetiba ada lubang. memang ganas idea budak2 teater tu. Nak buat cemana, dah hero heroin pun ganas semacam.
Biasanya hero mcm Syakir tu aku tak suka sgt sbb suka buli dan menyakitkan hati heroin, tapi memandangkan heroin nya adalah Azyan yg sama jer tahap buli dgn Syakir so aku rasa diorang sangat perfect 2gether! :) gila-gila la penulis citer ni, nasib baik dia tak pilih tajuk Gorilla vs. Cicak Kobeng! haha... Coke and Sundae adalah tajuk yg sangat catchy ;)
Paling lawak part masa Azyan mengigau dlm hutan tu. Tetiba jer dia bangun dan jerit nak bunuh syakir n then dia tido balik. Bebudak camping tu nak gelakpun tak berani sbb takut kena cepuk dgn Syakir. hehe.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis/blurb belakang buku:
Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...
Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.
Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!
Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.
Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.
sinopsis di web kaki novel
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
Promo: Terbaru dari Aleya Aneesa :)
Tajuk: Tanpamu Aku Rindu
Penulis Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
"jarak dan waktu tak mungkin jadi pemisah"
ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.
Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan.
Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya. Bila dugaan ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan. Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.
Review: Pada Angin Aku Berpesan by Adileah
Pada Angin Aku Berpesan
Penulis: Adileah
Cetakan pertama 2010
Terbitan Jemari Seni Publishing
501 mukasurat
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
Ada yang mencari cerita kawin paksa ke? haaa kalau ada sesuailah cari buku nih. Apa bezanya dgn karya2 lain? well ni dari Adileah. Cara dia menutup cerita ini pastinya mengejutkan sesiapa yg terbiasa dgn ending2 tipikal cerita kawin paksa.
Ariel telah lama bercinta dgn Nelly. Tindakannya membawa Nelly berjumpa ibu bapanya telah menimbulkan kerisauan hati kedua org tuanya tu. Nelly tu seksi giler, org tua2 kampung tengok memang fikir berjuta kali nak buat menantu.
Yasmeen anak sahabat bapa Ariel menjadi calon terbaik utk Ariel. Ibu bapa Ariel berharap Ariel yg semakin sesat itu akan menjadi lelaki yg lebih bertanggungjawab. Yasmeen menolak kerana dia sudah ada Adam yg dicintainya sepenuh hati. Namun pinangan sudah diterima dan tak akan ditarik balik lagi.
Ariel tu kelihatannya spt anak yg menurut kata walaupun ada gak cubaan2 membantah tapi bila jauh dari ibu bapanya dia ni rajin gi clubbing dan memang keja mengulit si Nelly tu saja.
List Ariel yg kena cantas oleh Yasmeen tu kelakar jugak :)
Yasmeen menyesal tak tengok gambar Ariel terlebih dahulu sbb rupa2nya Ariel tu one of the bosses kat tempat keja dia. Ariel memang ada tengok gambar yasmeen tapi memang yasmeen hantar gambar yg paling teruk dia ada.
Kisah diorang selepas kawin tu memang tipikal cerita kawin paksa kerana diorang ni saling membenci dan cuba saling menyakiti. Ariel besar egonya. Yasmeen bijak melawan tetapi at the same time dia menjaga rahsia Ariel yg masih meneruskan hubungn cinta dengan Nelly hingga tak diketahui langsung oleh familinya atau famili Ariel. Biar pecah di perut jgn pecah di mulut!
Yasmeen cuba berubah tapi tak dapat melupakan Adam. Ariel memang tersentuh dgn kebaikan dan kesungguhan Yasmeen, tapi dia masih merasakan cintanya terlalu kuat utk Nelly. Jika disuruh memilih, akan tetap memilih Nelly.
Apa beza cinta Adam dan cinta Ariel? Bagi Adam, dia menjauhi Yasmeen supaya Yasmeen tidak menjadi isteri yg berdosa. Dia terlalu sayangkan Yasmeen utk membiarkan Yasmeen berdosa begitu. Bagi Ariel pula kemanjaan dan keseksian Nelly telah mengikat hatinya, namun pada masa yg sama dia semakin terpikat dgn Yasmeen. Dia nak kedua2nya. Diri sendiri pun tak betul ada hajat nak pasang dua.
Nelly bagi aku adalah seorg wanita yg baik hati. Dia tidak menjengkelkan. Ariel tu lebih menjengkelkan. Nelly walaupun manja tapi dia seperti boleh dibentuk, cuma Ariel tu lebih banyak mengikut daripada memperbaiki Nelly. Ariel mengaitkan cinta dgn tarikan fizikal. Nelly lebih seksi dan dia lebih tertarik kpd Nelly walaupun pd masa yg sama Yasmeen yg tidak pernah cuba memikatnya tu kelihatan sempurna sbg isterinya.
Nelly yg kelihatan baik hati tu rupa2nya jadi beast bila tau Ariel menolaknya dan memilih utk bersama Yasmeen. Mgkin dia terlalu geram kerana sudah lama tertipu dgn lakonan Yasmeen dan Ariel. Perut Yasmeen dirodok dgn gunting (di perut sudah pecah tapi rahsia tetap rahsia). Hmmm semua kat pejabat tu kelihatannya seperti menyalahkan Yasmeen walaupun diorang semua menyampesss dgn aksi2 romantis Ariel dgn Nelly. Rasa mcm diorang lagi benci dgn lakonan Yasmeen dan Ariel yg spt tak ada hubungan apa2 sedangkan diorang suami isteri. Mcm pelik lah pulak.
Sejujurnya aku suka ending cerita ni. Yasmeen bertemu cinta yg terbaik utk dirinya. Walaupun Yasmeen terpaksa melalui fasa yg mendera jiwanya tetapi ia adalah utk sesuatu yg jauh lebih baik.
Aku tercari-cari jugak part Nelly dan kawan2 sepejabat Yasmeen diceritakan keadaan sebenar Yasmeen dan Ariel supaya kesalahan tak diletakkan di bahu Yasmeen semata-mata.
Di hujung cerita barulah ibu bapa Yasmeen menyesal menyerahkan satu2nya anak kesayangan mereka kepada lelaki seperti Ariel. Mesti nyesal gak tu sbb dulu tak terima Adam.
Apa jadi pada Ariel? huh! Ada aku kisah???
Aku rasa mgkin ramai pembaca yg lebih mengharapkan Ariel yg bersama Yasmeen kerana dia sudah menunjukkan perubahan2 positif. Kalau Ariel dan Yasmeen berpisah sebelum Nelly menikam Yasmeen, mungkin kurang sikit rasa terkilan. Tapi tak kiralah dilihat dari sudut mana pun, Adam jauh beribu kali lebih baik dari Ariel :)
tahniah buat Adileah utk novel ni :)
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah org begitu kikir sekali utk menzahirkannyya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!
Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?
Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada pada org lain yg menggerakkannya.
Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorg sahaja yg lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?
Ada apa pula dgn Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.
Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dgn cara yg bagaimana, Yasmeen?
Bencikah ini...?
Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.
Atau... cintakah itu?
------
Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: "Aku benci kepadamu," dgn caranya yg tersendiri.
Akan Datang Dari PTS: Tuhan Masih Mencintaiku
Tuhan Masih Mencintaiku
Penulis: Lily Haslina Nasir
Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5783-20-3
Tarikh Terbit: 25 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 576
PTS Litera Sdn Bhd
sinopsis/blurb:
Azrul Rasyid mengalami perubahan 360 darjah dari segi sikap dan peribadi. Namun berhijrah dari kelaziman kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak semudah yang disangkakan. Ketika inilah ramai mengambil peluang membalas dendam dan memulangkan paku buah keras kepada Azrul. Hubungan dengan Khalida Atikah ada pasang surutnya. Dari meja hiburan yang sentiasa mengintai dan mengekori artis dan bermain dengan gosip, Azrul Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan. Malah Azrul dan Khalida berpeluang menyaksikan sendiri kegetiran pelarian perang sewaktu membuat liputan akhbar. Azrul berusaha mengumpul dana dan derma dari artis kenalannya dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan. Akan tetapi ramai mempertikaikan... duit artis, duit hasil nyanyian. Apakah layak dijadikan sumbangan ke arah kebaikan?
Hidup peribadi Azrul Rasyid juga tertekan apabila kisah sejarah hitam ibunya menjadi buah mulut ramai. Baru kini Azrul memahami betapa sakitnya diri apabila difitnah dan dijadikan bahan gosip. Dia akhirnya mendapat tahu dia bukan anak kandung orang tuanya. Dia adalah anak yang tidak diingini. Ibunya satu ketika dahulu dirogol oleh bekas kekasih biarpun sudah bergelar isteri orang. Masalah bertambah sukar apabila yang kenangan bersama arwah Nureen sering menganggu tidurnya. Dosa silam tidak terbasuh dengan air mata biarpun saban malam dia menekur di sejadah memohon ampun. Cik Latifah yang sudah keluar dari wad sakit jiwa kembali mengganas. Dendamnya sampai mati!
Hanya kekuatan iman dan ketabahan yang luar biasa membantu Azrul Rasyid bangkit dari puing-puing luka cerita lama.
Review: Tenggelamnya Warna Pelangi by Sharina Elisa
Tenggelamnya Warna Pelangi
Penulis Sharina Elisa
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
393 muka surat
"Tiadakah warna ceria di penghujung cerita? Suramnya bagaikan tenggelamnya warna pelangi..."
Menghabiskan naskah setebal 393 muka surat ni terasa spt telah membaca sesuatu yg sepatutnya mencecah 600 muka surat! Penulis menghidangkan kisah yg panjang tapi diceritakan dgn pantas dan tidak meleret. Tak sampai sehari aku menghabiskan masa menelek buku ni :)
Kisah Eidena yg ditunangkan oleh arwah kakaknya dgn seseorg yg langsung tidak dikenalinya. Tetapi kepercayaan Eide terhadap Iqlin sgt utuh dan menyerahkan segalanya utk Iqlin tentukan, termasuklah memilih bakal suaminya. Dia yakin Iqlin takkan memilih lelaki yg bukan2 utk dirinya.
Rupa2nya selama ini dia bekerja di bawah pentadbiran bakal suaminya, Izlan Zakrin. Setelah rahsia siapa Izlan terbongkar, Eide cuba menyemai rasa kasih buat Izlan tambahan pula ibu bapanya sgt menghormatinya dan dia pula anak yatim piatu yg rindukan kasih ibu bapa.
Tempoh pertunangan mereka diduga hebat apabila video Izlan dgn seorg wanita diedarkan kepada keluarga Iz dan Eide. Iz sgt takut kehilangan Eide dan sungguh2 menidakkan yg dia bukanlah lelaki dlm video itu. Eide bukanlah wanita yg mudah melatah. Dia bertindak bijak menyelidik video tu dan terbukti lelaki dlm video tu bukan Iz. Iz sgt2 menghargai kepercayaan Eide terhadap dirinya. Dia yakin memilih Eide sbg isterinya. Aku sedikit musykil, wanita mengandung yg mengirim video kepada keluarga Iz hilang begitu saja dan isu ini lenyap begitu saja setelah Eide menunjukkan bukti bhw Iz tukan org dlm video tu. Rasa spt tergantung sedikit part ni.
Kepercayaan Iz pada Eide pula teruji apabila Iz ternampak Eide kelihatan sgt mesra dgn seorg lelaki. Dia terus menuduh Iz dgn kata2 yg melukakan perasaan malah menghadiahkan tamparan sulung buat Eide tanpa usul periksa. Sangat berbeza tahap kepercayaan Iz dlm hubungannya dgn Eide berbanding kepercayaan eide terhadap Iz. Perwatakan Iz dlm keadaan tertekan dan marah berjaya dilakarkan oleh penulis dgn baik. Membuatkan kita pun rasa nak bagi penumbuk sebijik kat Iz tu. Melulu betul! geram aku.
Banyak lagi ujian melanda dan setiap kali kepercayaan Eide makin kukuh, Iz pula mudah melatah dan menuduh melulu. Eide menerima Iz sbg suami tetapi meletakkan 4 syarat utk dipatuhi. Iz akur dan sabar menanti Eide menerimanya sbg suami dlm erti kata sebenar. Tetapi cemburu buta telah membawa Eide pergi jauh dari hidup Iz.
Watak Nazmi yg muncul di beberapa bab terakhir Eide seperti mengisi kekosongan hidup Eide. Nazmi seorg yg percaya pada cinta tetapi syarat keluarganya membuatkan dia terpaksa pergi dari hidup Eide. ni lagi satu musykil. Famili Nazmi boleh benarkan dia bekerja jauh di Malaysia sdgkan keluarganya di Kanada, tapi bila dia nak kawin dgn Eide, famili dia letakkan syarat mesti bawa Eide balik ke Kanada.
Kronologi cerita ini sgt padat dan ada ketikanya 'shaky' dan terlalu pantas. Kadang2 saya blum habis memproses kejadian sebelumnya kejadian baru pula menimpa dan resolusinya spt dibiarkan begitu saja seperti mahu pembaca paham2 sendiri.
contoh macam kes Datuk yg nak 50% share dari syarikat IH dan dua lelaki yg mendakwa arwah kakak Eide meminjam duit mereka. Isu itu ditamatkan dengan hujah dan kata2 Eide semata2 tanpa ada lanjutan mengenai isu itu di tempat lain. Yg part dua lelaki tu mgkin sekadar utk menimbulkan rahsia yg sekian lama terpendam mengenai latar belakang sebenar kakak Eidena yg telah meninggal dunia.
Bagi aku, watak Eide sangat menarik. dia bukan tipikal heroin2 novel melayu. Dia tidak mudah diperkotak katikkan. Bekas teman wanita bakal suaminya yg cuba meremehkan kedudukannya sampai lintang pukang lari dikerjakannya. Background character ini sangat menarik dan terselit misterinya. Tetapi ada plotnya yg sedikit longgar dan kurang dikembangkan utk membina elemen 'believable' buat pembaca.
Cetusan cerita yg tidak membosankan sepanjang kisah ini menunjukkan penulis mempunyai kolobrasi idea yg berterusan dan mampu membina satu cerita yg sgt menarik. Saya berharap dpt membaca lebih banyak lagi karya penulis ini di masa yg akan datang. :)
Sebenarnya saya sangat sukakan chemistry antara Ili dengan Edham. I kinda hoping good ending utk diorang sbb Eide is not lucky in love. Edeh, this is typical me, nak happy ending for everybody. hehe.
sure fine whatever
rinn
Blurb/sinopsis belakang buku:
Bahagia hanya sementara. Kecewa perkara biasa. Ketakutan menutupi segalanya. Begitulah kehidupan Tengku Eidena Alaisya. Pertunangan dan perkahwinan yg terpaksa dilaluinya diterima dgn hati terbuka lantas menyayangi si suami sepenuh jiwa sehingga tidak mampu digambarrkan dgn kata-kata. Mampukah bunga2 bahagia berkembang selamanya?
izlan Zakrin, sang suami yg tidak tahu menghargai kejujuran dan kesetiaan sang isteri. Puncanya hanyalah salah faham. Tengku Hazryl yg dikejar penjahat, meminta tempat berlindung buat sementara waktu daripada Eidena Alaisya semasa Izlan Zakrin tiada di rumah. Malang tidak berbau, izlan zakrin terus menceraikan Eidena Alaisya sebaik sahaja mengetahui isterinya itu ditangkap khalwat dgn Tengku Hazryl.
Adakah Eidena Alaisya akan memaafkan dan kembali kepada Izlan Zakrin setelah kebenaran terbongkar? Adakah Eidena Alaisya akan bertemu dgn cinta sejatinya sendiri? Apakah takdir cinta mereka?
Friday, August 6
Ogos : Antara Safa dan Marwah - Ismad Astar
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 10 Ogos 2010.
usah diulang cerita lama, usah dituil keruping luka, usah dipaksa hati yang parah berdarah kembali
Ini kisah teganya hati seorang ibu meninggalkan anak yang baru berusia enam bulan; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yang menghilang itu.
Kenapa ya sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca keenamnya?
Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun. Ah, dia rindu sangat pada umi.
Ini cerita seorang perempuan yang terpaksa membuat pilihan hati – Muaz yang disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yang dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yang pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!
* * * *
ISMAD ASTAR mengajak pembacanya ‘berhijrah’ untuk kehidupan yang lebih bermakna. Antara Safa dan Marwah memperlihatkan kasihnya ayah juga membawa ke syurga.