Thursday, May 31

Promo Mari Beli Novel baru hingga Mei 2012


INFO DAN GAMBAR DARI http://www.alaf21.com.my/

Alahai, Mat Salih!
Zan Zarida

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-772-3
Halaman: ~496
Sinopsis
Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!
Cinta ABC
Emma Maizura

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-783-9
Halaman: ~528
Sinopsis
Seorang ABC, seorang lagi Sewel. Camila tidak pernah menduga kutukan itu akan mendekatkan dirinya dengan lelaki-lelaki itu. Seorang digelar ABC kerana sikap angkuh, bongkak dan cerewetnya. Seorang lagi dicop Sewel kerana aksi merapu ketika cuba memikatnya.

Dua pertemuan membawa dua episod cerita yang memualkan hati Camila. Sikap ABC banyak menggores hatinya manakala sikap si Sewel menyebalkan dirinya. Mujur pertemuan itu terjadi dalam waktu yang singkat. Sebelum dirinya dilabel tidak waras, Camila berjaya membebaskan diri daripada lingkaran kisah ABC dan Sewel.

Camila sering berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan ABC dan Sewel. Namun, badi kebencian itu mengekori dirinya ke mana sahaja. Kuasa ALLAH telah menemukan Camila, ABC dan Sewel semula di Tanah Suci Mekah. Lebih membingungkan, Sewel dan ABC berebut-rebut cuba meraih cintanya. Menyedari di mana mereka berada, dia terpaksa akur pada situasi. ABC bukan seperti tanggapannya dan Sewel sebenarnya tidak sewel.

Cinta tak kenal rupa mahupun siapa. Walaupun dia cuba membina tembok sekukuh Tembok Besar China, cinta tetap datang bagaikan cahaya kilat yang memanah terus ke dasar hatinya. Antara ABC dan Sewel, siapa yang akan menjadi mahram cinta Camila?

Sunan Musafir
Ramlee Awang Murshid

Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-789-1
Halaman: ~480
Sinopsis
ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

3 Kata Hati
Norzailina Nordin

Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-780-8
Halaman: ~576
Sinopsis
Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

INFO DAN GAMBAR DARI FAJARPAKEER.BLOGSPOT.COM

PRIMADONA ORANG MUDA

 

ISBN 978-967-365-114-6

Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21

Primadona? Dia? Hilang akal ke apa Abang Kama si pengarah dengan Rose si tukang usung kipas itu. Bila masa pula dia pandai berlakon. Berladen ialah kut. Berladen itu berkait dengan melayan. Tahulah dia, sebab dia kan budak Penulisan. Jadi, takkanlah dia nak pandai berlakon macam budak Teater atau budak Filem itu—Mike He dia, Sanaa.

“Primadona. Itulah watak awak mulai sekarang, Sanaa Abdul Rahim.”

Jadi, Sanaa sangat tak boleh percaya apabila dengan cakap begitu, dia dipilih menjadi primadona Produksi Bangsawan tahun itu. Di samping orang muda yang semua tahu layak berlakon dan berladen, Mike He Sanaa, Muhammad Falah. Tambah bila orang muda itu tak suka Sanaa jadi primadona, tak layak. Kaku. Keras. Sebab itu Falah asyik nak hentak pintu sampai berganti baru. Alahai… patahnya hati…

“Walaupun awak berlakon dengan baik tadi, tapi belum cukup baik. Jadi, tak banyak manalah suka awak tu kan. Saya ingatkan awak paling suka saya…”

Alamak! Macam mana hati Sanaa lepas dengar ayat macam ini. Falah nak Sanaa tunjuk sukanya dalam lakonannya selaku primadona. Primadona kepada orang muda. Primadona kepada Falah. Tambah pula lepas itu Falah kata dia primadona Falah, primadona orang muda itu. Kemudian Falah kata suka dia, sayang dia…

Macam mana ni…? Sanaa memanglah suka, tapi sayang Falah…?

“Awak kata, suka awak. Kat saya. Saya jawab, sayang awak. Kat awak.”

Kata Falah itu, bagaimanakah patut dibalas Sanaa? Dia hanya mahu jadi primadona orang muda di atas pentas sana, bukan pentas nyata. Dalam kepala sakit memikir, datang pula dugaan keluarga. Dia jadi rebutan dua keluarga dan Falah ajak dia k… Alamak, Sanaa tak boleh lengkapkan perkataan yang ejanya begini—K.A.H.W.I.N.—itu.

CERITA CINTA KITA

 

ISBN 978-967-365-116-0

Sem. Malaysia RM22
Sabah/Sarawak RM25

Humayra, gadis biasa yang tanpa sedar dapat mengubah sikap yang dulu begitu teguh dalam diri Hasif Harraz. Gadis yang memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hasif Harraz. Gadis yang seboleh mungkin mahu meletakkan dirinya di hati Hasif Harraz. Tapi, siapa dia mahu mencorak hidupnya sebagai isteri andai lelaki yang dipuja tidak sudi.

Dendam lama dan harta, dua sebab utama Hasif Harraz bersetuju menerima Humayra sebagai isteri. Jika diturutkan rasa hati, wajah perempuan itu tidak mahu ditatapnya. Namun, sedalam mana benci yang ditanam dalam hati? Dia sedar, dia takkan mampu mengatasi rasa cinta yang semakin bercambah. Dia mula menyayangi Humayra.

“Demi Allah, abang cintakan Mayra!”

Andai dua mata saling bertatapan, dua hati saling menyimpan rasa, mana mungkin rasa sayang itu tiada. Kasih disulam, cinta disemai. Namun, saat kebahagian mula dikecapi, satu rahsia terbongkar. Hati Humayra terluka. Kemaafan buat Hasif Harraz bagaikan tiada. Kehadiran Ridwan dan Camelia makin menambah kerumitan yang ada.

“Sayang awak dah tak ada maknanya pada saya!”

Apakah rahsia yang terbongkar itu? Siapa Ridwan dan Camelia dalam hidup Humayra dan Hasif Harraz? Mampukah Humayra menghulurkan kemaafan kepada Hasif Harraz? Apakah Hasif Harraz akan berusaha menambat kembali hati si isteri yang sememangnya telah lama bertakhta di hati? Adakah cerita cinta Humayra dan Hasif Harraz yang baru bermula, akan terkubur begitu saja?

INFO DAN GAMBAR DARI KAKIONLINE.BLOGSPOT.COM

novel terbaharu bulan JUN 2012..



 


 


 

 

HATIMU MILIKKU - ELIZA AB (1088 M/S)

Sinopsis:


 

“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.”– Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.


 

“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.


 

“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.


 

“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.


 

“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.


 

Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.


 

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.


 

Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.


 

Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?


 

“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.


 


 


 


KAU PEMILIK HATI - AYUMI SYAFIQAH (568 M/S)SEMENANJUNG: RM 20.00 AHLI KN: RM 16.00

SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00


 

Sinopsis:


 

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.


 

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya. 


 

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.


 

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela. 


 

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.


 

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.


 

 

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?

 

SEMENANJUNG: RM 36.00 AHLI KN: RM 32.00

SABAH/SARAWAK: RM 39.00 AHLI KN: 35.00






----------------------

INFO DAN GAMBAR DARI JEMARISENI.COM

Novel Umum Jun 2012: Buka Mata Hati ~ Miqael Arshad

COVER-BukaMataHati-web



Penulis: Miqael Arshad
ISBN: 978-967-5118-70-8
Harga: RM18.00 (Sem. Malaysia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Jun 2012
Ryan atau nama sebenarnya Nuriyana binti Solehuddin, anak kepada penternak lembu yang berjaya. Sangat suka dengan bola sepak dek pengaruh daripada abang-abangnya. Namun dia terpaksa memendamkan minatnya terhadap sukan bola gara-gara ingin berlagak ayu di hadapan jejaka idaman.
Di kolej, Ryan menyukai Shukor, pemain bola sepak kolej yang tidak pernah mengendahkan kewujudan Ryan yang kasar dan lasak itu. Shukor lebih memandang kepada perempuan ayu yang lemah lembut dan sopan santun. Azram pula teman sekelas Ryan yang sentiasa mencari fasal dengannya. Namun tanpa Ryan sedar, ada mata yang sentiasa memandang. Ada hati yang sentiasa merindu.
Siapalah yang dapat menerima Ryan itu seadanya? Mampukah Ryan meninggalkan hobi lasaknya demi cintanya kepada seorang lelaki? Dan, dapatkah Ryan membuka mata hatinya untuk menerima si dia yang sabar menunggunya?
Ryan pun ada hati dan perasaan juga. Walaupun lasak dia tetap perempuan. Hati dan perasaannya tetap untuk kaum Adam.


***


MIQAEL ARSYAD menelusuri realiti dunia remaja dengan garapan lucu dan berani. Beliau membawakan kisah yang boleh membuatkan kita bukan sahaja tersenyum malah tergelak kala membacanya.  

Novel Umum Jun 2012: Secantik Balqis ~ Nur Sufi

COVER-SecantikBalqis-web



Penulis: Nur Sufi
ISBN: 978-967-5118-92-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Jun 2012
Pada penantian letaknya nilai kesetiaan…
Pada pengorbanan letaknya nilai kejujuran…
Pada cinta letaknya nilai kasih sayang…
Pada rindu letaknya apabila kita berjauhan….


Sejak kecil Balqis tidak tahu apa erti bahagia yang sebenar. Dia tidak tahu mengapa dia dimusuhi, tapi Balqis tidak pernah memusuhi. Tuhan telah tumpahkan dalam hatinya, kasih sayang yang sangat luas.
Setiap kali musibah melanda, ada sahaja insan yang datang menghulurkan bantuan seikhlas hati. Sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang teraniaya. Dugaan yang datang dilalui dengan penuh sabar dan menguatkan imannya kepada Sang Pencipta.
Sikap polos Balqis inilah yang membuahkan cinta di hati Sulaiman sejak dulu.
Umpama mawar putih, sesuci dan seharum itulah cinta Sulaiman.
Umpama Sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalir, begitulah setianya kasih Balqis.
Apakah akan utuh cinta mereka, seutuh cinta Ratu Balqis kepada Raja Sulaimannya?


****
NUR SUFI bercerita tentang wanita yang sering diduga namun tetap sabar kerana cintanya kepada Yang Maha Pemberi Cinta. Telusurilah kisah Balqis, agar kita juga mampu menjadi hamba yang cantik pada pandangan Tuhan, Secantik Balqis.
Novel Umum Mei 2012: Senyum Sampai Langit ~Syasyaja

Senyum_Ke_Langit-web


Penulis: Syasyaja
ISBN: 978-967-5118-88-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Mei 2012

kebahagiaan akan datang
kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan

Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."

Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

***
SYASYAJA yang dikenali sebagai BULANHIJAU di weblognya, menulis tentang gadis muda yang mencari bahagia dengan gaya santai yang membuat kita senyum sampai ke langit!


Novel Umum Mei 2012: Nah, untuk Awak! ~ Nirrosette

Cover-Nah_untuk_Awak-web


Penulis: Nirrosette
ISBN: 978-967-5118-86-9
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Mei 2012 

Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru

Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”

Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.
Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.
***
Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.
Novel Umum Mei 2012: Velvet di Durham ~ Aishah Madadiy
COVER-VelvetDDurham-web
 
Penulis:Aishah Madadiy
ISBN: 978-967-5118-83-8
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online:
mulai 8 Mei 2012
Dia melihat indahnya langit di atas, terangnya dengan cahaya, gemerlapan dengan kerlipan. Begitu pun dia menikmati keajaiban rasa, bumi yang dipijak ini lebih nikmatnya.
Dia telah berpijak dengan kaki, berasa dengan deria, hidup menimba pengalaman di sini.
Dia itu Fid.
Fid itu Velvet.
Fid kehilangan keluarga. Emosinya bercelaru. Fid telah sugul dan ‘mati’… sehinggalah, dia menerima sebuah hadiah, yang telah mengubah persepsinya terhadap kehidupan.
Dari Cardiff, Fid Si Gadis Melayu yang penuh 'misteri' ini membawa diri ke Durham… 
Di Durham, Aiden hadir mewarnai hari dengan idea dan falsafah. “You’re insane, Fid!”
Alif muncul dengan senyuman terapi yang membahagiakan. “Just pay me a smile...”
Mahdi masih dengan ukhuwah yang berpanjangan. “Mungkin lebih baik kalau ada seseorang di sisi Fid...” 
Dapatkah Fid mencari jawapan kepada makna sebuah kehidupan? Jiwa? Persahabatan? Cinta? Impian? Cita-cita?
Credo Ergo Possum!’ dan langkah diteruskan…
***
AISHAH MADADIY, anak muda yang bijak menyusun kata dalam menyampaikan ilmu dan pemikiran dalam Velvet di Durham dan bijak juga menyelitkan babak-babak manis yang menyentuh hati.

 

Rinn Reviews: Bawah Pohon Sena by Nisyah

Bawah Pohon Sena
Penulis: Nisyah
Editor: Habibah Meliani
RM20.00
sabah/sarawak RM23
452 mukasurat




Kisah cinta ini ditangani Nisyah dengan nada yang matang dan comel sekali. Kisah cinta dlm novel sekarang banyak kelihatan muda mudi riang ria kanak2 ribena walaupun usia watak2nya menghampiri 30-an. Cara Nisyah menceritakan kisah Lili adalah lebih bersesuaian dengan umur watak dan sangat dekat dengan kehidupan realiti namun tetap merasa keindahan perasaan Lili dan Gibran dan kisah hati mereka yg comel. kisah cinta ini bukan cinta yang dari mata turun ke hati semata-mata, ia lebih kepada hati terus ke hati ;)


Kisah ini tentang Lili yang sudah 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan Harith. Perkahwinan aturan org tua ini tidak menjadi seperti yg diharapkan Lili kerana dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Harith. Cinta Harith terlalu utuh untuk Suraya. Utk apa meneruskan sedangkan perkahwinan itu mendera perasaan mereka. Harith dilepaskan seikhlasnya dan dia pasrah meneruskan kehidupan. Malah dia cukup berani untuk hadir sama ke majlis perkahwinan mereka. Suraya dpt melihat cinta yang masih mekar untuk Harith. Suraya bersimpati dengan Lili namun semuanya telah berlalu.


Lili menemui ketenangan di satu sudut di lorong belakang pasar seni. Suara Gibran mendamaikan. Perkenalan mereka membawa kepada persahabatan. Teh tarik di bawah pohon sena mengeratkan lagi persahabatan mereka. Kedua-dua mereka adalah pencari bahagia namun tak terluah dalam kata-kata.




Gibran terasa tergugat apabila Hrith muncul mengumpan perhatian Lili dengan hadiran Puteri Diyana. Dia tak dapat meneka di mana letaknya hati Lili.




sure fine whatever
rinn





meRinnTis Blurb :

Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga. memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.


Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yg mengubat hatinya dgn Ghazal Asmara.


Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji dgn permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar rasa simpatinya pada seorg teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan


Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang...
Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?


Harith cuba utk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.


Kini NISYAH membuai perasaan kita dengan bahasa yang indah dalam melakar cinta bersama mereka di Bawah Pohon Sena.

Rinn Reviews: Dia Segalanya by Sha Ibrahim

Dia Segalanya
Penulis; Sha Ibrahim
terbitan kaki novel enterprise
RM37
sabah sarawak rm40
1112 mukasurat
9789675067976

"kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki
semakin kuingin terus menghampiri... semakin jauh dia melangkah pergi..."

lepas baca 2 buku sha ibrahim, terus dah stamped dlm kepala sha = tebal, sangat tebal. lebih 1000pages tuuuu

kisah kali ni terasa lebih heavy dari Biarkan Ia Berlalu. Konflik hubungan Faizul dan Suraya dibina dengan baik dan menyentuh hati. namun ada juga ketidak sesuaian perwatakan Suraya dengan perlakuannya. Dia digambarkan seorang yg menjaga solat dan aurat malah rajin bangun sepertiga malam untuk bersolat dan mengaji al-Quran tetapi dia bebas berpelukan dengan abg angkat dan bapa angkatnya yg bukan muhrim. Kalau korang boleh put aside that type of thinking, you will enjoy this book sampai ke akhirnya.

TAk sangka Sha berjaya membuat aku turut bersedih mengenangkan nasib Faizul dan Suraya. Tangkap nangis cara penutupnya dan ending yang terbaik utk Faizul dan Suraya. Dugaan cinta mereka memang kuat, namun kalau dah jodoh tidak ke mana :)

Terasa watak V, atau Reena itu ditamatkan dengan begitu mudah sekali dan tak sangka watak Jessi Messi memainkan peranan yang sangat penting di hujung cerita. She ain't messy at all :) Dia lah penyelamat kisah cinta ini yang membuat kita senyum kerana ada penamat yang 'happy ending' :)

Rinn Reviews: Isteri Separuh Masa by Suri Ryana

Isteri Separuh Masa
Penulis: Suri Ryana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel
RM22.00
sabah Sarawak: RM25.00
551 muka surat


"Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi,
aku terus rela menjadi isterinya...
walaupun hanya isteri separuh masa"


Suri Ryana masih membawa nada yang sama seperti M.A.I.D, rentak dan manisnya masih sama. Bagi yang enjoy M.A.ID tentu sekali akan menyukai kisah manis ini. Medina Izwani membawa kita mlayar kisah hidupnya sebagaimahaiswi yng periang dan ceria. Nmun dia meyimpan kisah peribadi yang kelat untuk diceritakan. Segalanya disimpan rapi agar tidak terbongkar, namun kehadiran Nazrin Shah sebagai pensyarah di kuliahnya dan kehadiran nenek di rumah Nazri Syah membuat segala-galanya terbongkar sedikit demi sedikit.




Nazrin syah tidak dapat memaafkan Wani yang telah memburuk-burukkan kekasihnya, Zita, di mata keluarganya. Wani telah menyebarkan fitnah yang memusnahkan harapannya untuk hidup bersama kekasih pujaan hatinya itu. Sedikitpun dia tidak percaya dengan cerita Wani. Dia terlalu percayakan Zita.




Wani menjadi mangsa salah sangka. Namun keluarga Nazrin sentiasa menyokong Wani yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya sbg anak dan cucu dlm keluarga itu walaupun kenyataannya dia hanyalah anak angkat. Wani takkan mengencewakan harapan keluarga itu. Hinggakan terpaksa menikahi Nazrin Shah atas kehendak keluarga. Keluarga itu bimbang kisah lalu yang pernah tercetus dlm keluarga itu akan berulang semula gara-gara sikap Nazri. Wani dianggap sebagai penyelamat sekiranya menikahi Nazrin.




Sure fine whatever
rinn




meRinnTis Blurb/sinopsis:




Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya ke luar negara.


Dapatkah anjiing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapantkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dngan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tuga sebagai seorg pelajar dan seorg isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambug pelajran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.




Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dgn Medina Izwai. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih jug a gagal


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorg mahasiswi. Hidupnya menjadi huru hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila tinggal sebumbung dgn lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.


Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?


Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa.. wlaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.


Tetapi sampai bila dia dapat bertahan dgn sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Kehadiran bunga-bunga orkid misteri beserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yg sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah Menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?