Thursday, May 5

Novel Baru

Novel baru Norhayati Berahim, Aleya Aneesa dan Haslinda Ismail yang mula dipasarkan pada pesta buku pwtc yang lalu.






Kucc Reviews: BLuEs ReTro...




"saya dah biasa susah. Saya manusia yang tak rasa apa-apa kalau baca novel sad ending.Jadi saya manusia yang boleh hidup dengan kesedihan.Jiwa saya kuat, seteguh karang, insyaallah."

Kata Kucc:


"kesian tak pada Ghazi?" Itu soalan pertama yang dilontar penulis pada saya. Saya memang tak jawab soalan saudara Imaen masa tu. Saya sebenarnya banyak terdiam seusai membaca naskhah ini. Seperti ada yang tersangkut di lubuk hati. Tak terluah. Jika mahu menjawab soalan penulis, saya akan kata perasaan saya ada macam-macam pada Ghazi. Bukan setakat kasihan. Lebih dari itu. Sungguh!


Kisah ini bukan setakat masam manis kehidupan. Masin, pahit, kelat, payau juga tidak terkecuali. Semuanya bercampur-gaul. Kata penulis, ini kisah benar. Kisah seorang teman yang dipenakan didalam naskhah nukilan terbaharu beliau ini. Saya cuba membayangkan teman penulis dan cuba meletakkan diri pada jarum kehidupan temannya pada waktu itu. Tidak terjangkau dihati rasa itu. Sukarnya membayangkan perasaan "G" yang ditubi dengan pelbagai rintangan, dugaan juga hambatan hidup. Kiri dan kanan, Atas dan bawah. Yang melihat tidak akan sama dengan yang menelan. Justifikasi tidak akan berpaksi pada garis linear yang sama kerana kiblatnya berbeza.


Blues Retro (BR), buah tangan terbaharu penulis yang sangat saya kagumi pena sinisnya bila berkarya. Sinis beliau kali ini melankolik warnanya. Kisah kehidupan dua darjat yang diangkat sebagai tema utama. Mungkin bukan satu tema yang asing didalam karya penulisan kreatif namun bila ia disandarkan dari sebuah realiti dan bukannya ciptaan semata-matanya, lakon layarnya pasti lebih hidup dan terkesan dihati. Berlatarkan Universiti Lembah Pantai sekitar tahun 1987-1990, BR dibangunkan dengan gambaran suasana mahasiswa dan mahasiswi disekitar latar masa berkenaan. Sinematografi jalan kisah ini berkembang cemerlang dan disunting dengan begitu teliti agar tiada lopak-lopak pada hamparan naratif yang boleh mengganggu perjalanan bacaan pembaca.


BR menobatkan Ghazi; si anak kampung miskin sebagai peneraju naskhah. Penuntut jurusan tidak glamour; antropologi Universiti Lembah Pantai yang seawal jejak ke menara gading sudah ditempelak dengan budaya suai kenal yang tidak memihak padanya. Perwatakan Ghazi mampat dan jitu ditangan penulis. Optimisnya mengujakan, langkah pantang undurnya mengagumkan dan kental jiwa juga semangat juang anak muda ini meruntun naluri. Peribadi luhurnya memikat, keunikan personaliti menggamit hati untuk dekat padanya. Sisi manis dirinya yang tersendiri menghiburkan. Ghazi hidup dimata pembaca dan sememangnya wajar begitu kerana dia bukan watak ciptaan biar hanya dilakar di kanvas lembar putih.


Nik Farhana @ Hana. Awal pembuka bicara watak gadis cantik bakal doktor yang ada bau istana ini memikat. Perwatakannya jernih dimata. Personaliti sederhananya sejuk mata. Buah hati Ghazi yang pada awal kata bicaranya teguh mempertahankan kasih mereka. Tidak kisah biar tahu betapa besar jurang beza status sosial dia dan arjunanya itu. Tidak kisah biar tahu tentangan besar yang bakal datang dari bondanya. Pada tahap ini Hana mengagumkan. Teguh prinsip dirinya yang tidak mudah goyah pada asakan dan dugaan hebat yang menimpa diri arjuna hatinya itu
membuai rasa. Tetapi bila akhirnya kata lidah tidak sekata dengan kata hati, jiwa mula goyah pada dugaan yang terzahir didepan mata, mana mungkin boleh bersatu dua jiwa menjadi satu. Hidup ini bukankah perkongsian rasa antara dua jiwa.


Tengku Nordin. Aduhai menjengkelkan betul kerabat yang satu ini. Antagonisnya sekelam-kelam alam. Lagaknya memualkan. Egonya tidak kena tempat. Hipokritnya lelaki ini meletakkan darjah diri di sepatu sahaja layaknya. Sepupu Nik Farhana ini seburuk-buruk potret diri seorang lelaki. Mungkin begini juga sebenarnya doktor gigi ini diluar sana. Eei, menyampah sungguh!


Tengku Zainun. Bonda Nik Farhana ini bukan spesies mesra alam. Antagonisnya sama naik dengan anak saudara yang satu itu. Warna potret diri gelap. Hatinya juga sama. Tidak mungkin boleh cerah biar dicuci air tujuh lautan sekalipun. Melihat manusia pada tingkat-tingkat sosial. Bangga pada darah keturunan yang merahnya sama sahaja dengan insan-insan kelas bawahan. Bukan kuning atau hijau jingga!


Bahasa naratif bersahaja namun melankoliknya terserlah tanpa sedar. Sinisnya disulam penuh berhemah tapi tepat ke sasaran!


BR menebarkan layar tentang kisah Ghazi, si mahasiswa antropologi. Pemuda miskin harta namun kaya budi dan kental jiwa. Demi kelangsungan hidup dan menampung kos pengajian, bersama teman sekepala Alias, gerai burger melayu; Wrap & Roll Express terbina. Berdiri megah dari usaha tangan dua anak muda ini. Berkenalan dengan Nik Farhana, pelajar jurusan perubatan sewaktu minggu suai-kenal, persahabatan mereka makin mekar hingga melangkah ke frasa yang seterusnya. Biar adakala wujud pertentangan pendapat antara mereka lantaran prinsip yang tidak
selari, ia tidak pernah menjejaskan perhubungan. Saling memahami diri masing-masing adalah pendekatan selamat yang diambil antara kedua-duanya. Jika Hana tetapkan pendirian dan berpegang pada kata janji yang dilafaz, mungkin bukan begini kesudahan mereka. Namun siapa kita mahu menolak takdir. Yang tersurat sudah tercatat tintanya di loh mahfuz.


Hidup ini landasannya berliku. Bukan satu garisan lurus. Inilah mesej yang saya kira cuba diterap penulis didalam naratif terbaharu beliau ini. Mesej yag menjadikan kita para insan pembaca berfikir tentang kehidupan dan bagaimana rentetan kehidupan itu bisa membantu kita menjadi tabah hati dan paling utama menghargai kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan.


Buat pembaca yang belum menelaah naskhah ini, ia wajib anda baca kerana bagi saya ia sememangnya mempunyai tarikan kontemporari tersendiri. Ia menebar jiwa yang masih mencari ruang dan makna kehidupan agar bangkit membakar semangat diri dan jangan sesekali berputus asa, biar nyawa sudah meniti dihujung jari!


Nota buat penulis:
Saya akan menunggu Blues Retro 2 anda, sebagaimana yang telah anda sebut pada saya dan teman-teman pada perbualan di PBAKL minggu lalu.

Rinn Reviews: Pilihan Mama by Umie Nadzimah


Pilihan Mama
Penulis: Umie Nadzimah
Editor: Jabatan Editorial KNE
412 muka surat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675067693


"Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."


Kisah Muhammad Aiman yang mencari cinta tapi tidak berjumpa. Jadi terpaksalah ibunya campurtangan setelah ada cubaan memerangkap Aiman dan akhirnya dia ditunangkan dengan gadis pilihan mamanya. Selepas bergelar tunangan orang barulah hatinya terpaut dengan kesopanan dan kecantikan Adila. Nak ikut pilihan hati atau nak teruskan dengan hasrat mama yg telah mengikat janji? Dia seorang anak yang dibesarkan ibu tunggal, takkan tergamak dia menghancurkan hati wanita yg telah bersusah payah membesarkannya. Dia redha menerima Aishah sebagai isteri. Hadiah paling manis buat dirinya apabila mendapati Aishah dan Adila ada orang yang sama. Dia merasakan mama sangat memahami kehendak dirinya dan memilih menantu mengikut citarasa anaknya.


Mereka hidup bahagia dan diberkati dengan kelahiran sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidup. Dugaan hebat menimpa Aiman setelah Aishah terlibat dalam sebuah kemalangan yang telah meragut nyawanya. Aiman hilang arah dan mendedikasikan seluruh hidupnya untuk bekerja dan bekerja sehingga terlupa dengan kehadiran anak kembarnya. Nasib baik mama dan ibu mertuanya sangat prihatin. Kehadiran Doktor Mia, sahabat baik Aishah telah merawat kedukaan anak-anak yang kehilangan kasih sayang itu. Demi anak-anak, mama dan ibu mertuanya meminta Aiman berkahwin dengan Doktor Mia. Dengan berat hati Aiman sekali lagi menerima pilihan mamanya.


Kisah Aiman dan Aishah kelihatan lebih mudah dan lebih manis berbanding kisah Aiman dengan Doktor Mia. Tapi mainan emosi lebih banyak dalam hubungan Aiman-Mia Khadijah dan lebih unik. Watak anak-anak aiman banyak membantu dalam menyemarakkan suasana hiba dan menyentuh hati.


Mereka kekok untuk bersama kerana Doktor Mia lebih selesa bersama anak-anak Aiman. Mia menerima Aiman kerana Aishah tidak pernah jemu membantunya ketika dia sedang sakit malah disebabkan Aishahlah dia terus hidup pada hari ini.


Perasaan kasih kepada Doktor Mia wujud dari rasa hormat. Mia Khadijah seorang yang berdikari, bertimbang rasa dan penyabar. Aiman sendiri kagum dengan Doktor Mia yang dapat menenangkan anak-anaknya yang menangis hanya dengan satu pelukan yang penuh kasih sayang. Ketika itu Aiman tidak tahu yang jantung yang sedang berdegup di dada Doktor Mia adalah milik Aishah.


Aku suka dengan cara penulis mengakhirkan cerita bukan hanya dengan menumpukan kepada Mia Khadijah dan Muhammad Aiman, malah watak-watak sampingan di sekeliling watak-watak ini juga ada penutupnya tanpa kita tertanya-tanya apa terjadi kepada mereka. Jarang-jarang kita dapat baca pengakhiran yang disimpulkan dengan sangat baik di akhir cerita. :)


Cerita heart transplant macam ni aku penah tonton dalam cerita "Return To Me" lakonan David Duchovny dan juga cerita korea yang bertajuk "Stairways to Heaven".


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cuc-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.


Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!


Mama... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat kumiliki... Pilihannya tepat sekali.


Namun bahtera rumah tangga mesti diuji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit hati? catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?

Rinn Reviews: M.A.I.D by Suri Ryana


M.A.I.D
Penulis: Suri Ryana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
753 mukasurat


"Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
Haih... habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat Noorul"


Tebalnya novel nih! lebih 700 muka surat tuuuu. Memang seronok melayan kisah Noorul yang terpaksa bekerja sbg maid. Tak terasa ketebalan novel ni sehinggalah sampai ke part diorang saling meluahkan perasaan ketika berada di kampung Noorul. Lepas pada tu rasanya diorang ni pagi petang siang malam asyik dok meluah perasaan ailebiu ailebiu saja sampai aku rasa macam ulang baca page yang sama pulak.


kisah nyer cenggini... Noorul dah menganggur sejak kilang kicap tutup. So dia berusaha mencari kerja lain. Dia terpanggil utk bekerja sbg maid sebab gajinya RM1200, dapatlah dia menghantar duit lebih kepada ibu di kampung. Dia hanya bertugas di siang hari dengan majikannya, Harris. Noorul berusaha mengelak bertemu Harris sebab masa first day dia dah terlanggar bos dia masa kat lif, kemudian pada hari yang sama dia tertuang sos kat baju bos dia semasa kat pasar malam. So utk mengelak dia dipecat, dia berusaha menyembunyikan diri dari Harris.


Haikal berkenan dengan Noorul tetapi Noorul hanya menerimanya sebagai kawan. Iman, kawan baik Noorul yang berkenan dgn haikal yang lebih mesra berbanding Harris yang kelihatan sombong. Rahsia Noorul pecah juga akhirnya sehingga Harris nekad mahu memberhentikan Noorul. Namun memandangkan susah nak mendapatkan maid tempatan dan boleh dipercayai spt Noorul, Noorul diterima semula sbg maid. Sejak itu Harris kerap terserempak dengan Noorul di rumahnya.


Ibu Asyraf berkenan untuk bermenantukan Noorul tapi Asyraf sudah ada kekasih hati dan meminta Noorul memberitahu ibunya yang Noorul sudah ada pilihan hati dan enggan bertunang dengan Asyraf. Noorul enggan kerana dia yang akan dipersalahkan, bukannya Asyraf. Asyraf akhirnya tertangkap basah dan menuduh Noorul sbg dalangnya. Dia nekad mahu membalas dendam terhadap Noorul.


Setelah Noorul dan Harris semakin selesa bekerjasama, mereka telah dituduh bersekedudukan dan berita itu telah mencacatkan reputasi perniagaan keluarga Harris. Demi menjaga maruah keluarga Noorul dan Harris dikahwinkan. Ayah Harris memang no hal dengan Noorul sbg menantunya, tapi ibu Harris lebih berkenankan Elisa yang lebih moden dan bergaya berbanding Noorul.


Zaura, adik Harris memang sukakan Noorul. Dia pun tak berkenan dengan Elisa tu. Tapi peristiwa Noorul dan Harris dipaksa berkahwin tu Zaura tak tau, dia sangka mereka berkahwin dengan restu keluarga.


Harris memang berkenan kat Noorul tapi selepas Haikal bagitau yang dia penah meluah perasaan kepada Noorul tapi Noorul menyatakan yang dia sudah ada lelaki lain di hatinya. hal itu membaut Harris rasa kecewa. Tapi segala salah faham terlerai setelah Noorul mengakui Harris lah lelaki yang bertakhta di hatinya. Terlalu banyak sesi meluah perasaan selepas scene confession tu membuatkan aku rasa cerita ini mula meleret. Tapi masa ni dah muka surat 500 lebih so sudah menghampiri hujung2 cerita. Aku suka ending untuk Iman dan Haikal :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/alongside/sinopsis


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kpd Harris Tan Sri Hamdan. sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).


Daripada berbalas-balas nota berkaitan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sbg menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengaru-birukan hidupnya.


apakah perisai Noorul utk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?