Thursday, May 5

Rinn Reviews: Pilihan Mama by Umie Nadzimah


Pilihan Mama
Penulis: Umie Nadzimah
Editor: Jabatan Editorial KNE
412 muka surat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675067693


"Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."


Kisah Muhammad Aiman yang mencari cinta tapi tidak berjumpa. Jadi terpaksalah ibunya campurtangan setelah ada cubaan memerangkap Aiman dan akhirnya dia ditunangkan dengan gadis pilihan mamanya. Selepas bergelar tunangan orang barulah hatinya terpaut dengan kesopanan dan kecantikan Adila. Nak ikut pilihan hati atau nak teruskan dengan hasrat mama yg telah mengikat janji? Dia seorang anak yang dibesarkan ibu tunggal, takkan tergamak dia menghancurkan hati wanita yg telah bersusah payah membesarkannya. Dia redha menerima Aishah sebagai isteri. Hadiah paling manis buat dirinya apabila mendapati Aishah dan Adila ada orang yang sama. Dia merasakan mama sangat memahami kehendak dirinya dan memilih menantu mengikut citarasa anaknya.


Mereka hidup bahagia dan diberkati dengan kelahiran sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidup. Dugaan hebat menimpa Aiman setelah Aishah terlibat dalam sebuah kemalangan yang telah meragut nyawanya. Aiman hilang arah dan mendedikasikan seluruh hidupnya untuk bekerja dan bekerja sehingga terlupa dengan kehadiran anak kembarnya. Nasib baik mama dan ibu mertuanya sangat prihatin. Kehadiran Doktor Mia, sahabat baik Aishah telah merawat kedukaan anak-anak yang kehilangan kasih sayang itu. Demi anak-anak, mama dan ibu mertuanya meminta Aiman berkahwin dengan Doktor Mia. Dengan berat hati Aiman sekali lagi menerima pilihan mamanya.


Kisah Aiman dan Aishah kelihatan lebih mudah dan lebih manis berbanding kisah Aiman dengan Doktor Mia. Tapi mainan emosi lebih banyak dalam hubungan Aiman-Mia Khadijah dan lebih unik. Watak anak-anak aiman banyak membantu dalam menyemarakkan suasana hiba dan menyentuh hati.


Mereka kekok untuk bersama kerana Doktor Mia lebih selesa bersama anak-anak Aiman. Mia menerima Aiman kerana Aishah tidak pernah jemu membantunya ketika dia sedang sakit malah disebabkan Aishahlah dia terus hidup pada hari ini.


Perasaan kasih kepada Doktor Mia wujud dari rasa hormat. Mia Khadijah seorang yang berdikari, bertimbang rasa dan penyabar. Aiman sendiri kagum dengan Doktor Mia yang dapat menenangkan anak-anaknya yang menangis hanya dengan satu pelukan yang penuh kasih sayang. Ketika itu Aiman tidak tahu yang jantung yang sedang berdegup di dada Doktor Mia adalah milik Aishah.


Aku suka dengan cara penulis mengakhirkan cerita bukan hanya dengan menumpukan kepada Mia Khadijah dan Muhammad Aiman, malah watak-watak sampingan di sekeliling watak-watak ini juga ada penutupnya tanpa kita tertanya-tanya apa terjadi kepada mereka. Jarang-jarang kita dapat baca pengakhiran yang disimpulkan dengan sangat baik di akhir cerita. :)


Cerita heart transplant macam ni aku penah tonton dalam cerita "Return To Me" lakonan David Duchovny dan juga cerita korea yang bertajuk "Stairways to Heaven".


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cuc-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.


Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!


Mama... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat kumiliki... Pilihannya tepat sekali.


Namun bahtera rumah tangga mesti diuji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit hati? catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?

No comments: