Saturday, October 8

Terbaru daripada Fajar Pakeer


Tajuk : Seindah Pelangi
Penulis : Aini Atiera
ISBN 978-967-365-087-3
Sem. Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00

Kematian Najihah telah banyak merubah kehidupan Nu’aim. Rahsia yang disimpan Najihah terbongkar dengan kematiannya. Dan Nu’aim berjanji, dia akan mencari penyebab dan punca segalanya.

Dalam Nu’aim mencari jawapan atas segala yang berlaku, pertemuan demi pertemua berlaku antara dirinya dan Amna. Amna, gadis yang berjaya membuatkan hati kecil milik Nu’aim menyanyi riang. Nu’aim tekad mahu memliki Amna biarpun gadis itu mempunyai banyak alasan.

Cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila ia dibiarkan terbang, ia akan menghampiri kita di saat kita tidak menduga. Cinta mampu membahagiakan kita, tapi sering pula ia menyakitkan. Tapi cinta itu akan menjadi istimewa bila kita berikannya kepada seseorang yang kita rasa boleh membahagiakan kita hingga ke akhir hayat.

Kalau dah jodoh, lari ke mana pun, jodoh tetap jodoh. Namun, dugaan datang melanda. Kewujudan Razif membuatkan api cemburu Nu’aim diuji. Rahsia Najihah yang melibatkan Ammar, abang kandung Amna, membuatkan Nu’aim hilang akal dalam membuat keputusan.

Siapakah Razif yang muncul dalam hidup Nu’aim dan Amna? Rahsia apakah yang melibatkan Ammar hingga Nu’aim hilang pertimbangan? Akan adakah sinar seindah pelangi dalam rumah tangga yang dibina Nu’aim dan Amna?

No comments: