Monday, December 27

Rinn Reviews: Lovin' You by Haruno Hana


Lovin' You
Penulis: Haruno Hana
Editor: kaki novel enterprise
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama 2010
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
409 mukasurat


"Simfoni kita akan terus berlagu selagi ianya kekal di hati kita..."


Membaca novel ni terasa sedang menonton cerita drama bersiri remaja Jepun yg dialihbahasa ke bahasa Malaysia. MEmang 100% tentang cinta remaja Jepun. Penceritaannya sangat teliti sehingga kita dpt visualize scene2 nya atau mungkin sbb apa yg diceritakan terasa seperti pernah ditonton. Aku kagum bila baca di helaian terakhir novel ni kerana penulisnya baru berusia 16 thn! Penulisannya kemas dan tidak memeningkan kepala walaupun dia menceritakan tentang remaja sekolah di Jepun. Bagi yg meminati cerita remaja Jepun/Korea/Taiwan tentu akan enjoy cerita ni. Teringat masa balik kg baru2 ni aku tengok astro tayang citer My Girl cakap Melayu. Terlopong gak aku. Walaupun paham apa yg diorang ckp tapi rasa sgt kekok dan nak tergelak :)


Cerita ini tentang Kinimoto Kotomi, gadis miskin yg bekerja sambil belajar. Dia tinggal di sebuah mansion besar milik keluarga Masashi. Masashi Kira adalah Tuan Muda yg menjadi harapan keluarga utk meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka. Dia sentiasa tunduk pada kehendak bapanya sehingga terpaksa melepaskan cita2nya utk menjadi seorg pemain piano spt yg diingini datuknya yg telah pergi utk selama-lamanya.


Kehadiran Kotomi telah menambah perisa dalam hidupnya. Irama piano makin kerap bergema di mansion itu dan Kira sgt senang hati tetapi sentiasa menolak hakikat yg dia semakin jatuh cinta pada seorg gadis miskin. Tragedi yg kerap menimpa Kotomi di sekolah membuat Kira susah hati dan menjadi seorg yg suka mengongkong pergerakan Kotomi tambahan pula bekas teman baik Kira, Setsuna turut menaruh hati pada Kotomi. Kira ni jadi double jeles dgn Setsuna yg kini menjadi penyanyi popular sedangkan dia tak dapat mengejar cita2nya seperti Setsuna.


Sebenarnya Kotomi tu asyik kena sabotaj ja kat sekolah sbb ada sorang budak ni dah syok giler kat Kira tapi Kira reject dia awai2. Bila tengok Kira kamceng dgn Kotomi, budak tu jeles dan nekad nak buat macam2 utk pastikan Kotomi dibuang sekolah. Baginya gadis miskin tidak layak utk putera kaya spt Kira dan Setsuna.


Memang geram la dgn sikap Kira yg cepat putus asa dan terlalu memendam perasaan. Ego dia tak bertempat. Mungkin sbb terlalu tertekan dgn sikap bapanya yg suka mengongkong. Satu kemalangan telah menambah duka Kira dan menyingkir Kotomi dari hidupnya kerana dia rasa dia sudah tidak layak utk mendampingi Kotomi.


Sebelum meninggalkan Kira, Kotomi nekad berdepan dgn bapa Kira dan meluahkan pendapatnya. Tanpa diketahuinya, kata2nya telah memberi perubahan besar pada keluarga itu. Kotomi pergi tanpa meletakkan sebarang harapan kepada Kira. Kira mengambil masa yg lama utk mencari kekuatan diri dan dia mahu kembali ke dalam hidup Kotomi sbg lelaki yg lebih baik dan kali ini dia mendapat sokongan keluarga sepenuhnya.


Cerita yg ada kronologi yg tersusun kemas tetapi emosi sedih agak kurang menonjol mungkin kerana emosi remaja riang ria tu lebih diutamakan penulis.


Cerita ini ada terpengaruh dgn citer Boys over Flower (Korea), Meteor Garden (Taiwan) and Hana Yori Dango (Jepun)


masa taip nama Kinimoto Kotomi tu macam nak tersasul jer taip Kinomoto Sakura haha aku ni gila tengok anime Sakura CardCaptor. Kawaiiiiiiiiiiii *mata tukar jadi diamond besar penumbuk*


Tahniah buat penulis muda ini. Dia menyalurkan minatnya dalam bentuk penulisan dan berkongsi hasilnya dgn mereka2 yg ada kecenderungan yg sama :) Mungkin terhad pada group2 tertentu tetapi tentu memberi kepuasan kepada penulisnya sendiri. Semoga cemerlang dlm SPM tahun depan :)


sure fine whatever
rinn


blurb/gengkicap/sinopsis belakang buku:


"Apakah perasaan kau kalau orang yg paling kau sayang halang niat kau utk capai impian kau?" - Kira


* Dibesarkan sbg anak tunggal pemilik syarikat yg bertaraf dunia, menghalang dia utk mencapai impiannya yg tersimpan sejak kecil. Dia seperti sebuah robot yg diprogramkan utk menuruti segala arahan bapanya.


"Awak tak patut begini. Datuk awak sayangkan awak, tentu dia tidak setuju kalau dia tahu awak bermusuhan dgn bapa awak sendiri hanya semata-mata kerana perkara ini." - Kotomi.


* Dia hanyalah seorg gadis biasa yg tiba2 sahaja terjebak ke dalam dunia Kira. Seorg gadis yg sentiasa cuba menghargai persahabatan. Bagi dia, Kira mungkin lebih daripada seorg kawan selepas mengenali peribadi sebenar lelaki dingin itu.

Friday, December 24

Rinn Reviews: Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid


Rayyan Fantasi
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Apa yang terfikir... itu ada!"


Lebih kepada kisah misteri dan science fiction. Bagi penggemar genre sci-fi, memang wajib baca novel ni. Sentuhan thriller RAM yg disulam sci-fi adalah sesuatu yang menarik :)


RAM membuka cerita dengan misteri siapa Ibrahim? Siapa Aiddin? Apabila dia menyembuhkan bapa mertuanya, aku ingat ker dia ni dari future. Dia datang ke zaman sekarang bersama ubat/penawar yg diguna pd masa akan datang. but i was totally wrong. Bunian? lagi lah bukan! Persoalan-persoalan begini membuat aku tak sabar nak abiskan novel ni, biar semua persoalan tu terungkai. Bacaan menjadi fast-phased kerana rasa ingin tahu yg dijana oleh cara penceritaan RAM. Bila dikatakan diorang ni mungkin dari Alam Fantasi, ni buat aku terfikir pulak, diorang ni tak real? tapi memang langsung tak meletakkan diorang sebagai alien dari planet lain. Bacaan ini akan lebih menghiburkan kalau anda mengenepi persoalan bahasa pertuturan. Diorang tak da masalah nak blend dalam bahasa di sana dan bahasa melayu di sini :)


Kisah ini tentang Ibrahim dan Aiddin yg terpaksa melarikan diri dari tempat asal mereka setelah rampasan kuasa berlaku. Nama org Melayu tu dikutip Mij Gillion (Ibrahim) ketika menumpang kenderaan yg dipandu Ibrahim dan Maidin. Aku terfikir jugak, nasib baik la dia tak bubuh nama anak dia Maidin! hehe Aiddin yg dipilih :) Kalau tak, sah2 la nama hero citer ni MAIDIN. Ibrahim dan Aiddin datang dari suatu tempat yg tak pernah kenal Allah. Pak Markum dan Supinah menjadikan hidupnya bahagia dalam naungan Islam.


Aiddin meningkat dewasa dan menjadi anak yg baik. Konco2 dari tempat asal mereka berjaya menjejak mereka, malah mereka yg tertindas di sana turut menjejak Aiddin utk membantu mereka menewaskan kekejaman yg semakin bermaharajalela. Sempat la Aiddin ni bertunang sebelum disahkan mengidap barah tahap kritikal. Impiannya utk menakluki gunung kinabalu berjaya tetapi pada hari yg sama dia lenyap dari muka bumi secara misteri. Feena (tunangnya) mulanya tu memang setia menanti tapi biler dah lebih tigapat tahun tu, dia terpaksa memutuskan pertunangan.


Zaidan memang watak yg sgt menjengkelkan. Kesian la Feena dpt suami mcm tu. Zaidan ni memangla sygkan Feena sepenuh hati tapi kalau tercetus rasa cemburunya, memang makan hati la Feena. Dan cemburu yang diimaginasi sendiri. Adus.


Mika adalah watak warrior princess yang sgt menarik. tapi action dia tak der la banyak sangat dan aku rasa dia memang saaaaaaaaaangat padan dgn Rayyan/Aidin. Aku suka Mika.


Aku sebenarnya tak tau nak citer yg mana satu kat sini. Memang padat kisah dlm novel ini. Cerita dunia realiti (bumi) dan dunia fantasi dipecahkan kepada dua bahagian menjadikan penceritaan lebih kemas dan selari antara satu sama lain.


Kemunculan semula Aiddin 5 tahun kemudian menimbulkan misteri baru apabila satu demi satu kematian ngeri berlaku apabila Aiddin ada di situ. Endingnya membuatkan aku rasa semuanya di reset semula. Realiti yg sebelum ini sangat kental menjadi fantasi yg samar2 dalam ingatan. Aiddin lebih selesa di bumi. Pak MArkum dgn Supinah tu jadi awet muda lah ye? :)


sure fine whatever
rinn





sinopsis/novelcinta.multiply/blurb


Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yg bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yg gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan mengidap barah otak tahap 4. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dlm tempoh yg sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.


Aiddin yg berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yg berjanji akan setia pada ikatan cinta. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah utk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.


Selepas 5 tahun, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.


RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dlm lingkaran saspens, seram dan misteri dlm novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre berbeza dlm karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Rinn Reviews: Iman Suraya by Areila Sahimi


Iman Suraya
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Kaki Novel Enterprise
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama: 2010
RM19.00
Sabah/sarawak: RM22.00
476 mukasurat
isbn: 978967506617


"Benarkah, cinta sejati walau telah pergi akan datang lagi...?"


Whoa sejak penulis ni dikenali melalui "Baju Pengantin Mak Andam", cepat jer karya kedua dan ketiganya muncul di pasaran. Rasa macam baru jer pesta buku pwtc Mac lalu saya dapatkan karya kedua beliau "2x5" kini karya terbarunya muncul dgn tajuk "Iman Suraya". Penulis2 e-novel memang ada banyak stock cerita lah :) Setahun sampai 2 buku boleh publish tuuuu.


Secara umumnya novel ketiga Areila Sahimi ini lebih kemas dan matang pendekatannya jika dibandingkan dengan BPMA dulu yg terlalu banyak menggunakan perumpaman dan peribahasa yg diubahsuai. kalau boleh nak BPMA pun sekemas ini, tentu lebih menarik ceritanya. :)


Iman Suraya mengetengahkan cerita cinta kedua yg menjadi cinta sejati. Tak semua cinta pertama membawa ke jinjang pelamin.


heroin citer ni nama suraya. dah bertunang dgn Azim. Azim ni memang faham la sikap suraya ni and terima dia seadanya. Kira set lelaki baik2 dan sgt caring lah. B4 kawin suraya ni pegi makan angin kat langkawi sorang2, dia suka amik gambar guna DSLR. masa kat langkawi tu dia berkenalan dgn Iman, lelaki yg baru frust sbb x-tunang dia kawin dgn abg dia. kes 'ex ku kakak iparku'. kat langkawi diorang jadi kawan travel sama2. Suraya mmg dah bgtau awai2 dia tunang org dan dia mmg syg giler ngn tunang dia. Iman pon x kisah, dia faham kedudukan suraya and at the same time dia citer gak la kisah duka dia tu. Suraya ni mcm byk nasihat dia la suruh terima kenyataan, jgn sisihkan keluarga sbb benda2 mcm ni.


Selepas pulang ke tempat masing2, diorang meneruskan hidup. Iman belajar menerima kenyataan bahawa Amelia kini kakak iparnya. Dalam diam dia amat menghargai pertemuannya dgn Suraya yg serba sempoi tu, tapi sayang dah nak jadi milik org.


Suraya gembira dapat pulang dan tak sabar2 nak menempuh hari bahagia tetapi tiba2 saja sikap Azim berubah. Mereka sudah jarang bertemu malah Azim sudah jarang menghubunginya melalui telefon. Bila dia tahu hal sebenar, segalanya sudah terlewat. Azim menghembuskan nafas terakhir dan berharap abangnya Norman dpt membahagiakan Suraya.


Walaupun Norman tu ensem, Suraya tak berkenan dgn tingkah laku Norman yg pernah cuba ngorat dia walaupun dia telah bertunang dgn Azim. Norman sering mengungkit wasiat Azim dan membuat Suraya serba salah. Walaupun bertahun-tahun berlalu Suraya masih merasakan cintanya masih kuat utk Azim sehinggalah Iman muncul semula dan membuat dia berasa seperti telah menduakan Azim.


Iman memang nekad nak memenangi hati Suraya setelah mengetahui dia masih belum berpunya, tapi rasa sgt tercabar dgn kehadiran Norman yg kelihatan seperti mengongkong Suraya.


Norman baran lah. sikit2 angkat tangan, sikit2 angkat tangan. kalau kena pelempang dia sah2 tergolek. Iman tu plak sanggup jer kena lenyek ngan Norman sbb nak menguji perasaan Suraya pada dia. Walaupun lebam sana sini tapi dia bahagia sbb Suraya sanggup mempertahankan dia.


halamak takkan Umairah ngan Norman kot? ala Umairah tu baik la.


Bahasa utara dalam novel ni ok tapi ada part yg perkataannya tak wujud pon dlm loghat utara. Ketawaq. apa tu? editor tak perasan ke? adusss.




sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb


Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorg isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dan berkawan. Sekembalinya ke tempat masing2, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suraya sudah bersedia utk menjadi isteri, Iman pula sedang belajar utk menerima realiti.


Takdir Tuhan, mungkin sudah tertulis jodoh Suraya bukan dgn Azim apabila lelaki itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki itu. Iman pula, sekembalinya ke rumah, seringkali kenangan bersama kekasih lama yg dikahwini abangnya sendiri datang bertubi-tubi.


Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin. Isyarat dari tingkah Suraya meyakinkan Iman yg dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Mereka jatuh cinta kali kedua. Namun, di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yg punya potensi utk mana2 gadis di luar sana jatuh cinta padanya.


Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yg sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...

Wednesday, December 22

Trionovel Alaf21 - Disember




Harga: RM 18.00
Halaman: 464
Penulis: Hani Fazuha
ISBN: 978-983-124-635-1

Sinopsis: KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?




Harga: RM 19.90
Halaman: 528
Penulis: Meen Zulaikha
ISBN: 978-983-124-625-2

Sinopsis: JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?




Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-619-1

Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin
sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

Friday, December 17

Januari 2011 Dari Kaki Novel


AKULAH CINDERELLA – NOZI DANISYA
TERBITAN KAKI NOVEL
ISBN: 978-967-5067-66-2
SEMENANJUNG: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00


Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara.


SINOPSIS :
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?


“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”


Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.






HATI BILA CINTA- LYNN ALLYNA
TERBITAN KAKI NOVEL
ISBN: 978-967-5067-64-8
SEMENANJUNG: RM 20.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00

Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang.
Sehari tak pandang, mulalah jadi gila bayang.


Sinopsis panjang:-
Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?


Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.


Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.


“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Wednesday, December 8

Kucc Reviews: 3 Campur Satu = Satu



Kata Kucc:


Naratif ini kaya dengan elemen kasih sayang. Naratif ini sarat dengan nilai kekeluargaan yang amat menyentuh perasaan biarpun dipersembahkan dengan nada yang cukup selamba. Naratif ini mengheret pembaca mendalami dan memahami erti sebuah ikatan yang disimpulkan atas nama adik-beradik. Inilah tema yang menunjangi naratif yang diberi judul comel tapi penuh makna tersirat. Kasih sayang antara keluarga ibarat air yang dicincang. Tiada tarikh luput. Tiada sempadan. Deminya segala sanggup dilakukan. Inilah mesej yang saya kira cuba disampaikan penulis pada khalayak pembaca.


Plot cerita cukup mudah digarap. Tiada yang menyukarkan perjalanan pembaca menyelusuri kisah yang dipenakan penulis. Suntingan yang baik memberikan satu kelebihan pada sesuatu naskhah agar tidak menyulitkan pembaca memahami isi cerita dan pada naskhah ini ia telah dilakukan dengan cukup baik. Flashback yang diselitkan punya makna tersirat demi merungkai sebuah persoalan yang telah menjadi antara sub plot didalam naratif ini dan ternyata ia dijalin dengan baik demi menyampaikan maksud tersebut pada pembaca.


Gaya bahasa yang digunapakai sememangnya seratus peratus gaya pertuturan muda-mudi semasa. Jangan ditanya elemen personifikasi jauh sekali unsur metafora..takkan berjumpa!Saya sedikit tidak gemar bahasa-bahasa sapaan yang digunakan didalam naratif ini terutama bila ia membabitkan dialog antara watak-watak utama; adik beradik along, angah, acik dan Rin. Terus terang saya kira ia sedikit "kurang manis" dan tidak sesuai diaplikasikan kerana penggunaan "aku" dan "kau" tidak manis digunakan bila kita berbicara dengan insan yang lebih tua dari kita lebih-lebih lagi dikalangan anggota keluarga.


Perwatakan didalam naratif ini semudah gerak persembahannya. Selamba potret tiap wataknya yang menunjangi naskhah ini. Rin @ Khairina si adik bongsu yang bekerja di kaunter pejabat pos menjadi kesayangan tiga abangnya yang bertindak sebagai pelindung dan melindungi dirinya demi amanah dari ibu dan ayah.


Perwatakan Rinn cukup baik dilayarkan penulis baik dari segi luaran mahupun dalaman. Konflik emosi yang melanda Rin disebabkan tragedi silam nan hitam cukup baik dipotretkan penulis dan saya kira penulis berjaya membawa pembaca menyelami hati kecil Rin juga gelora yang melanda dirinya. Along, Angah juga Acik baik ditangani penulis didalam menggambarkan keutuhan hubungan antara mereka berempat. Saya kagum pada nilai kasih sayang antara mereka berempat. Tidak nampak seperti dibuat-buat. Ia begitu semulajadi. Hakimi tidak kurang juga memberi sumbangan yang menghidupkan naratif ini biarpun wataknya cukup terbatas.


Buat penulis, tahniah untuk sebuah persembahan yang cukup baik dari anda. Kasih sayang Along, Angah,Acik dan Rin anda cukup istimewa dimata saya. Moga akan terus mencoret jutaan kasih sayang yang pelbagai genre untuk tatapan para
pembaca.

Sunday, December 5

Akan datang daripada Fajar Pakeer

Tajuk : Jangan Pernah Berubah
Penulis : Qaseh Qaisara



Tajuk : Hingga ke Disember
Penulis : Wannie Nordin

Tajuk : Cinta Dari Istana
Penulis : Adah Hamidah

Terkini Daripada Fajar Pakeer


Tajuk Semakin Rindu Semakin Sayang
Penulis Umaira Dzul Widad
ISBN:978-967-365-028-6
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah / Sarawak: RM25.90

Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bahagi saat cinta itu bakal disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkah rindunya sudah kehilangan bisa?

“Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh cinta pada Elis, tapi abang tak akan paksa Elis untuk cintakan abang.”

“Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar, bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang.”

Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan Syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindanan di jiwa, membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.

“Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon, dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni? Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali.”

Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?



Tajuk : Seharum Bunga Rampai
Penulis Wijdan Syauqina & Nor Rafishah Md Hassan
ISBN:978-967-365-036-1
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah / Sarawak: RM22.90

Adam tidak pernah menghargai Marissa selaku tunang. Layanan hatinya juga tidak selayak itu. Dia hanya tahu dingin. Luqman bertemu Aisyah dalam keadaan yang tidak terduga. Dan ia membenih benci di hati gadis itu.

Apabila tunangnya, Marissa, mengalami amnesia setelah terlibat dalam kemalangan kereta dan tidak dapat mengingati dirinya, Adam mula berasa bimbang jika situasi itu akan membuatkan dia tersingkir dari hati Marissa. Lebih-lebih lagi apabila Salman yang menyelamatkan Marissa semasa kemalangan itu cuba merapati tunangnya.

Pertemuan yang membibitkan cinta di hati Luqman malangnya benci di hati Aisyah. Perjalanan cinta ke hati Aisyah tidak semudah yang disangka, namun kalau jodoh itu di tangan Tuhan tiada siapa yang dapat menolaknya. Namun, rumah tangga yang di bina putus di tengah jalan.

Dan kini, niat dua lelaki ini hanyalah satu, mengejar semula cinta hati mereka. Adam sedar dia sebetulnya mencintai Marissa. Lupa Marissa menyedarkannya. Luqman pula tahu cintanya hanya untuk Aisyah. Hilang Aisyah memberitahunya. Seharum bunga rampai, mampukah kasih sebegitu jadi milik Adam dan Luqman dalam memenangi hati insan tercinta? Akankah ada peluang kedua daripada Marissa dan Aisyah untuk lelaki yang masih bertempat di hati?

Terkini daripada Alaf21

CINTA AKAN INDAH

Penulis: Rini Syanira
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-611-5

Sinopsis:

Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah ‘Lina’.


CINTA USAH DINANTI

Harga: RM19.90

Penulis: Aimi Husna
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-608-5

Sinopsis:

Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dan membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan. Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya. Fasa kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang, lalu menjelmakan dirinya yang lain. Doa memakan diri, namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti.

Budi, lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha Mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak semanis impiannya. Tamrin, dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam. Aina pasrah menerima ketentuan. Demikian kehidupan, tiada yang mustahil akan terjadi jika sudah ditakdirkan. Sebagai insan yang ada rasa cinta, kecapilah kebahagiaan yang masih tersisa dengan sepenuh jiwa agar hidup lebih sempurna.