Tajuk : Jika Kau Tiada
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elin Nadia
ISBN: 978-983-124-479-1
Sinopsis:
SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya.
Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.
Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. Dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu.
Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. Namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?
Tajuk : Cinta Kepala Batu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ayu Emelda
ISBN: 978-983-124-473-9
Sinopsis:
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.
Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.
Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.
Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...
Tajuk : Cinta Seorang Kekasih
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elee Mardiana
ISBN: 978-983-124-486-9
Sinopsis:
NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa.
Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh.
Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?
7 comments:
Tahniah Ayu!!!
lama dah tak ada buah tangan kan..
welcome back =)
Moga CKB lebih hebat n matang dr yang sebelom ni.
Tahniah Kak Emm!!
Moga CSK juga bisa menyengat ;)
And Elin, Tahniah jugaa!!
Selamat datang ke dunia penulisan :)
gud luck for u =)
Tahniah Ayu...dgn kelahiran novel ke 3. Rasa macam dah lama Ayu x ada novel baru. Cover novel ayu menarik...Pertama kali Alaf 21 buat gbr bunga mcm ini.
Jua & DD sedih gak yg kita tunggu x muncul juga... tapi masih ada peluang lagi adakah dlm kategeri "BONUS"... hu hu hu
salam kak kicapz
bile sye cek web alaf,xjmp pn iklan ni.hehe
novel bonus ape ya?
suspen ni
sll yg dinanti novel bonus..=p
kak ayu~tahniah!da lame xdgar berita psl akk
tahniah ayu, Emm and Elin utk trinovel Disember....
Dunia penulisan bertambah meriah dengan kehadiran Emm dan Elin...
kak noor...mmg sedih sgt ingatkan yg dinanti akan muncul...huhuhu
wsalam cik pearl,
hehheh mmg xde lg
ni sumber dr facebook alaf :)
biasanya bila dah bersedia di pasarkan baru la alaf akan promo kt web.
tak dapat agak la dik bonus mana kali ni..rasanya macam dh cukup round..humm..hum..
apa pun ..sabor!!
Salam Dyea & Ju'A...
Terima kasih. Mudah-mudahan masin mulut Dyea. Amin.
tq semua... hrp CKB diterima seadanya. plan nak buat cinta komedi kot!
Post a Comment