Sunday, December 5

Terkini daripada Alaf21

CINTA AKAN INDAH

Penulis: Rini Syanira
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-611-5

Sinopsis:

Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah ‘Lina’.


CINTA USAH DINANTI

Harga: RM19.90

Penulis: Aimi Husna
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-608-5

Sinopsis:

Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dan membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan. Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya. Fasa kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang, lalu menjelmakan dirinya yang lain. Doa memakan diri, namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti.

Budi, lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha Mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak semanis impiannya. Tamrin, dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam. Aina pasrah menerima ketentuan. Demikian kehidupan, tiada yang mustahil akan terjadi jika sudah ditakdirkan. Sebagai insan yang ada rasa cinta, kecapilah kebahagiaan yang masih tersisa dengan sepenuh jiwa agar hidup lebih sempurna.

No comments: