Tajuk: Aku Cinta Dia
Halaman: 512
Harga: RM19.90
Penulis: Sharifah Abu Salem
DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, bapanya mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, ibunya melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di sana, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.