Monday, November 3

Di Langit Cinta by Lily Haslina Nasir




DI LANGIT CINTA
Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun: 2008
Harga: RM19.90
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6




"Bahagianya bersemayam di sebalik awan menyulam kasih kita"


Di Langit Cinta mempunyai susur galur cerita yang rancak dan tidak membosankan. Hero heroinnya dari latar yang tidak glamor atau kaya. Mereka adalah anak2 muda di sebuah kampung. Tak terasa nak tutup atau letak buku ini selagi tak baca sampai habis kerana semua kita nak tahu apa terjadi akhirnya dalam situasi kehidupan yg seperti ini. Lily Haslina seperti berkongsi pengalaman kewartawanannya dan menyingkap kisah gelap kelab2 malam dan kelab2 dangdoot.


Hani & Raiz adalah pasangan ideal yg sama cantik sama padan. Kalau nak bandingkan dengan couple2 lain ciptaan kak Lily Haslina, mereka ini paling hangat percintaannya. Byk scene yg bukannya hanya membuat Hani tersipu-sipu, saya pun tersipu-sipu jugak, hehe.


Cinta pandang pertama, Raiz tu nampak dari belakang jer si Hani tu, terus dah jatuh hati walaupun gadis itu digelar langsuir bawa keranda (Hani jln tengah panas sambil menggalas dua beg besar). hehe.. kata2 gurauan Raiz memang melucukan tapi kadang2 tu macam keterlaluan dan sinis.


Sebaik saja menyedari kelembutan Hani di sebalik kekasaran yg sentiasa dipamerkan, Raiz tak membuang masa utk meluahkan perasaan. Thanks to Dayang dgn Awang yg 'membantunya' melihat insan 'caring' dalam diri Hani. (Dayang ngan Awang tu sepasang angsa)


Seri Bunga mengumpulkan Hani & Acun dengan Zie, Jujun dan Nicky. Kumpulan Pang5 ni memang ada saja benda yang nak menggamatkan suasana. Kadang2 tak terasa pulak Seri Bunga tu tempat kerja. Macam alam persekolahan pun ada jugak, tambah2 dgn sikap Raiz (anak tokey seri bunga) yang macam Ketua Pengawas. Tapi saya rasa di usia belasan tahun, mungkin perangai begini agak biasa. Watak Hani dalam lingkungan 18thn so saya assume kawan2nya dalam kelompok usia yg hampir dengan Hani. Kelakar pulak scene Hani beria-ia main SNAP dgn geng pang5nya sebab nak menang gula2 getah yg byk utk adiknya, Maya. Tapi last2 tengah belakangnya yg kena SNAP dengan Raiz sebab curi tulang masa kerja.


(spoiler alert: This part onwards may reveal too much tentang isi cerita novel ini. Kalau nak rasa saspen masa baca novel ni nanti, jangan baca bahagian bawah ni ye?)


Ini bukan kisah remaja riang ria semata-mata, Raiz terperangkap dgn keputusan ibunya utk menikahkan dia dgn sepupunya Meriam demi utk melangsaikan hutang. Meriam yg selalu mencari salah Hani membuatkan dia menjadi watak yg sangat kita benci. Hani membawa diri ke KL dan bekerja di kelab dangdoot. Di sini kisah ini telah beralih ke kisah gelap. Hani walaupun dia melayan pelanggan tapi dia tak pernah menyerah diri pada pelanggan2nya.


Raiz tidak bahagia dgn Meriam dan isterinya menyedari hakikat itu. Setelah mengandung perwatakan Meriam seperti berputar 360 darjah. Dia lebih byk berfikir yg baik yg buruk, siapa dia di antara Raiz dan Hani. Dia merelakan Raiz pergi mencari Hani, dia seperti memahami kesengsaraan Raiz. Entah kenapa saya agak kagum dgn evolusi watak Meriam. Dari watak yg kita benci jadi watak yang kita kesian & simpati. Pd masa yg sama tak derlah pulak benci pada Raiz dan Hani yg berkahwin secara rahsia di Bali. Scene Hani-Meriam kat hospital mengundang air mata, pertemuan mereka bukan utk bermusuh tapi berdamai. Terharu membayangkan Hani menyuap makanan kat Meriam dgn perasaan hiba. Seperti utk menamatkan konflik, Hani menderma darah B- kpd Meriam, tapi lepas melahirkan anak, Meriam meninggal dunia. Hani menghilangkan diri selepas kematian Meriam. Sedikit sebanyak rasa bersalah menyelubungi diri. Raiz (yg koma earlier) direstui utk mencari Hani dan sama2 menjaga Karina. Tapi nak cari kat mana?


Sebenarnya terlalu byk yang terjadi dalam kisah ini. Kena baca sendiri utk menghayati segala2nya.


Penulisnya: Lily Haslina Nasir, hmm pengalamannya sbg wartawan membuatkan penulisan kisah ini kelihatan sangat real. Kak Lily makin jiwang la. hehe.


Sure fine whatever
Rinn

10 comments:

Lily Haslina Nasir said...

rinn
nanti akak hadiahkan dgn telur angsa ya... si dayang tu tengah mengeram biarpun awang dah arwah...

thank you darling utk review yg penuh perasaan itu.. terharulah pulak kita

RinnTis said...

hoh? telur angsa? hehe kalau nak pos kena rebus dulu.

lar.. dayang dah jando ko? awang sakit apa? Maya wrestling ngan dia lagi ke?

kak lily tulis dgn penuh perasaan saya pun review jadi penuh perasaan la.. good luck kak lily with DLC.

Lily Haslina Nasir said...

rinn
dayang tu cerai matilah..
Jadi dia tu balu bukan janda.
Mati bertarung ngan pak panjang rasa akak.

Hah, akak rasa kau memang review dgn penuh perasaan sampai aku jatuh perasan!

Hero dan heroin aku kali ni gatal ya! Tak apalah sesekali kan...

RinnTis said...

owh yeke? selama ni saya ingat balu tu utk org bkn Islam. heh heh.

ha'ah gatai mmg gatai... dia ikut mood penulis kot ;)

Nora said...

weeiii... korang cakap pasal angsa mcm cakap pasal orang daaa...
kekekeke
yea kak lily... aku lebih suka DLC dari MKM wpun dalam MKM aku suka surat kamali... ngeh ngeh ngeh

RinnTis said...

kira watak penting gak tu dlm DLC, mesti dipandang serius.

Nora said...

ha ah laa... baru aku tingat... watak angsa tu penting dalam DLC... pagutannya telah menimbulkan rasa cinta dalam ati Raiz dan Hani... muahahha...

Lily Haslina Nasir said...

woi bincang pasal angsa macam bincang pasal benda ilmiah gitu.
rinn, rose,
kalau tak gatal nanti tak laku keras gitu..

kucc_aprilsnow said...

"kalau tak gatal nanti tak laku keras gitu.."..adeh lily, statement ko ni tahap berani mati yg tak mati weii..erk, apa yg kerasnye puan lily oooi...kuikuikui

Lily Haslina Nasir said...

kucc..
kau buat aku gelak guling guling,
hish, sensor lah part tu!