Saturday, September 10

Terbaru daripada Karya Seni

Tajuk : Jauh Dari Cinta
Penulis : Adah Hamidah


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!



Tajuk : Kau Ditakdirkan Untukku
Penulis : Gee Muszisya


Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.

Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.

"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?

Tajuk : Dan Hati Pun Berkata
Penulis : Nurriez


ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.
"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."

"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."

"Kalau Irra lari jugak?"

"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"

"Irra tak nak masuk lubang cacing!"

"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"

RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.

"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang…?"
"Sudi, tapi bersyarat."
"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"
"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."
"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"
"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."
"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"

Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing..

Wednesday, August 17

Peraduan Cinta Pandang Ke-2

aku jumpa poster ni masa jalan2 makan angin kat website alaf 21 tadi :)




Review: Hati Bergetar Rindu by Dhiya Zafira


Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
530 mukasurat


"Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?"


Kalau anda kali pertama membeli dan membaca karya Dhiya Zafira, tentunya tak menyangka ianya novel romantis thriller kerana kulit buku ini tidak langsung menggambarkan sentuhan thriller dalam novel ini.


Awal-awal lagi kita sudah diperkenalkan kepada 'Angel' pembunuh bersiri. Dia adalah pemburu wanita-wanita cantik yang curang. Ari yg berada di tempat yang salah, di waktu yang tak kena, menyebabkan dia turut terseret sama dalam senarai buruan Angel. Kes ini juga membawa kita mengenali Sid yang bertanggungjawab untuk kes Angel. Ari yang ditemui dalam keadaan separuh mati membawa kita menyusuri kisah silam yang terselindung antara Sid dan Ari. Kisah Angel, Sid dan Ari diceritakan secara bersulam dalam teknik 'flashback' yang disusun kemas. Bukan senang nak menceritakan 'past' dan 'present' secara 'back to back' seperti ini tanpa mengelirukan pembaca. Terima kasih kepada penulis dan editor kerana sangat teliti dalam menyusun kronologi kisah ini dan membuat aku tidak pening malah merasa untuk terus membaca hingga helaian terakhir :)


Kisah silam Sid-Ari yang disulam dengan aktiviti-aktiviti Angel yang mendebarkan membuat pembacaan menjadi rancak dan lancar. Rasa tak sabar nak menyingkap rahsia pertelingkahan Sid dan Ari. Segalanya didedahkan sedikit demi sedikit seperti mengumpan kita untuk terus menyelak setiap helaian novel ini dengan penuh rasa ingin tahu. Aku faham apa yang Fauzan rasa bila Sid tu asyik buat cerita tergantung saja. Memang rasa nak sekeh kepala Sid :) kenapa la Fauzan tak tolong kita sekeh Sid sedas.


Selepas Angel tertangkap, terasa rentak cerita ini jadi tidak meriah dan jalan cerita jadi biasa-biasa, mungkin kerana dah selalu jugak baca novel yg ada kisah watak-watak utama dibawa ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kemunculan semula copycat Angel setelah Ari dan Sid kembali dari mengerjakan ibadah umrah menghidupkan semula suasana bertenaga kisah ini. Bab-bab terakhir memang mendebarkan dan happy ending di penghujung ceritakan merupakan hadiah yang paling manis buat pembaca yang penat-penat tumpang panik.


Kalau nak banding kisah 'Hati Bergetar Rindu' dengan 'Jauh Kau Pergi', aku lebih suka JKP. JKP telah meletakkan penanda aras yang agak tinggi buat Dhiya Zafira.


Reunion watak-watak hero & heroin dari novel-novel Dhiya Zafira yang lalu kelihatan meriah :) Scene Jimmy tengok mms anak-anak buahnya yang dihantar oleh Afi kelihatan tidak ada kena mengena dengan kisah dalam Hati Bergetar Rindu. Bagi yang tidak mengikuti kisah mereka dalam 'Jauh Kau Pergi' mungkin akan berasa keliru mengapa scene itu menumpu kepada mereka 'out of the blue'. Apa-apa pun memang tak sabar nak baca kisah Jimmy :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/novelcinta @ multiply/sinopsis belakang buku:


Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yg sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yg lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.


Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yg mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yg paling dipercayai dan disayangi.


Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah ALLAH sudah memilih yg terbaik buat kita.


Ini kisah mereka yg mencari kebahagiaan. Kisah mereka yg terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yg mencari keampunan. Kisah mereka yg mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yg harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.



Review: Anaknya Anakku Jua by Anarif


Anaknya Anakku Jua
Penulis: Anarif
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25
9789675067785
662 mukasurat


"Indahnya cinta... pada yang memberi dan menerima"


Kisah Nisa' yang tiba-tiba menjadi ibu segera kepada Hana, anak kepada bekas teman lelakinya, Badri yang telah meninggal dunia. Isteri Badri menjejak Nisa' kerana percaya Nisa' dapat menjaga Hana sebaiknya. Isteri Badri menghembuskan nafas terakhir setelah menyampaikan amanatnya. Hana, anak yatim piatu telah memaut kejap hati Nisa'.


Nisa' yang sudah merancang untuk bertunang dengan Daniel akhirnya tidak menjadi kerana Daniel tidak dapat menerima hakikat yang Nisa' mahu menjaga anak kepada Badri, memori lama yang mahu dipadamkan dari ingatan Nisa'. Dia tidak mahu Hana menjadi bayangan Badri dalam rumah tangga mereka nanti.


Nisa' dibenci ibu sendiri kerana menolak lelaki sesempurna Daniel semata-mata untuk Hana, anak kecil yang ibunya bekas seorang GRO manakala ayahnya adalah Badri yang pernah mengecewakan Nisa'.


Demi Hana, Nisa' berdikari sebagai ibu tunggal. Hana yang diserah kepada pengasuh yang dipanggil mak su telah memikat hati Irfan, anak saudara maksu. Nisa' juga telah berjaya mencuri hati Irfan tanpa sedar. Irfan pernah kehilangan isteri tercinta bersama anak dalam kandungan dalam sebuah kemalangan. Kehadiran Nisa' dan Hana bagai mengembalikan apa yang dia telah hilang.


Cadangan maksu agar mereka berkahwin dianggap gurauan oleh Nisa' namun cadangan itu dianggap serius oleh Irfan. Dia memberanikan diri untuk melamar Nisa' dengan alasan agar Nisa' dapat mengambil Hana sebagai anak angkat secara sah (setelah permohonan Irfan ditolak kerana lelaki yang tidak berkahwin tidak dibenarkan mengambil anak angkat perempuan). Nisa' akan diceraikan setelah segala urusan selesai. Cadangan itu menarik perhatian Nisa' tetapi dia tidak mahu ada ikatan hati dengan Irfan kerana dia tidak mahu melukakan hati seorang lagi lelaki yang baik. Irfan meyakinkan Nisa' yang dia tak akan dan tak pernah jatuh cinta dengan Nisa' malah membawa Nisa' berjumpa dengan 'kekasihnya'.


Berkahwin untuk bercerai kemudiannya adalah haram dalam Islam. Irfan tak sepatutnya menyuarakan rancangan ini dan Nisa' sepatutnya tidak bersetuju untuk meneruskan perkahwinan dengan alasan ini. Mungkin penulis sepatutnya menggunakan pendekatan yang berbeza untuk 'memaksa' Nisa' bersetuju berkahwin dengan Irfan dan bukannya dengan alasan mereka akan bercerai setelah berkahwin.


Perkahwinan Nisa'-Irfan telah membuka mata dan hati banyak pihak. Hana tidak lagi dipandang serong walaupun masih ada mulut jahat berkata-kata. Irfan tidak kekok menjalankan peranan sebagai seorang bapa dan ketua keluarga. Hati Nisa' amat tersentuh dengan sikap prihatin Irfan. Gambar Shila dalam bilik Irfan telah membuat Nisa' merasa tertipu. Siapa Shila?


Interaksi Nisa'-Irfan ketika persiapan perkahwinan dan selepas berkahwin memang menarik untuk dibaca dan mengundang senyum :)


Cara penceritaan penulis ketika Suraya menyerahkan Hana kepada Nisa' kelihatan tidak realistik dan terlalu mudah. Badri sengaja berpisah dengan Nisa' setelah tahu dirinya sakit akan meninggal dunia, tetapi berkahwin dengan Suraya yang ditemui di kelab malam dan dia meninggal dunia ketika Suraya sedang mengandungkan anak mereka. Dengan Nisa' dia tak nak kawin, dengan Suraya nak pulak. Macam tak konsisten pendirian Badri, tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana ya? :)

sure fine whatever
rinn

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/366-2009-07/3971-03-julai-islam-larang-kahwin-kontrak.html
http://altazkirah.blogspot.com/2010/08/kahwin-mutaah-adalah-haram.html


sinopsis/blurb/novelcinta @ multiply


Nisa'... hidupnya normal, mempunyai pekerjaan tetap serta perhubungan yang direstui dengan teman lelaki yang bakal bergelar tunangannya beberapa bulan saja lagi. Satu panggilan telefon di hening pagi mengubah segala-galanya. Silamnya menjengah kembali, cuma kali ini, bukan tanpa kesan. Hadirnya bersama seorang bayi yang kini berada di dalam tangannya. Luka lama berdarah kembali, bicara hati mula berbisik songsang. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana? Adakah Hana akan kekal bersama Nisa' walaupun ditentang hebat oleh uminya sendiri, Hajah Rubiah? Yang mana satukah pilihan Nisa'? Menjadi anak yang soleh, atau menjadi ibu mithali?


"Sampai hati umi... Hana anak yatim piatu, umi. Berdosa kita membencinya!"


Irfan... silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati bertambah sayang. Sukarnya untuk dia melepaskan, sukar lagi untuk dia mengakui apa yang terlintas di hati. Tapi dia mula keliru. Kerana Hana dia begitu, atau kerana Nisa' dia berubah? Irfan tiada jawapan pasti, namun dia yakin. Hana dan Nisa' harus dilindunginya selagi nyawa dikandung badan, walau apa juga taruhannya, walaupun dirinya menjadi korban.


"Lepas kahwin, kita cerai. Jadi awak boleh jaga Hana, kan?"



Friday, August 12

Selamat Hari Lahir, Kak Jua Darling

Happy Birthday Myspace Comments



Baru dari Kaki Novel: Ogos dan September 2011



Bos memang macam tukan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes, boss!”

Sinopsis:-

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?




Apabila pandang bertukar sayang, siang terbayang malam termimpi, BILA ingatan sering terbayang, CINTA kan membara sehangat api.

Sinopsis:

Fatin;

Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.

(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?)

Hafez Azfar;

Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, kalau benar aku menjadi penghalang.
(Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.)

Haikal Azlan;
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?

(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?)

----
AKAN DATANG SEPTEMBER 2011



Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi aku hanya ingin tahu, kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?

Sinopsis:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?




Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu….

Sinopsis:-

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

Saturday, July 23

Terbaru daripada PTS

Tajuk : Mahar Cinta Cinderella
oleh Maya Iris
Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-408-009-9
Tarikh Terbit: 11 Aug 2011
Jumlah Muka Surat : 400

Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.


Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?


Tajuk : Akukah Snow White itu?
oleh Lily Haslina Nasir
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-401-014-0
Tarikh Terbit: 27 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 295

Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan. Bukankah itu impian setiap gadis?

Namun Lisa masih dibuli kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White.

Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini?
Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa?
Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju!



Tajuk: Si Gadis-gadis First Class
oleh Elisha
Harga: RM 8.90 / RM 9.90
ISBN-13: 978-967-408-004-4
Tarikh Terbit: 11 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Kisah seorang perempuan yang bernama Alyah. Dia seorang yang sederhana sahaja. Wajahnya sederhana, kepintarannya sederhana, pergaulannya sederhana serta keluarganya sederhana. Kemudian, datuknya berpesan kepada Alyah, dia seorang yang sangat bertuah kerana hidupnya dijadikan sederhana. Datuknya menyuruhnya menjadi orang yang sederhana. Walaupun dia kurang percaya dengan nasihat datuknya, dia tetap memegang nasihat itu bagi menyedapkan hatinya sendiri.

Alyah menyambung pelajaran di kolej swasta. Dia juga tinggal serumah dengan dua orang lagi rakan perempuan. Kedua-duanya sangat berbeza dan sangat esktreme dalam soal melihat hidup. Seorang sangat oportunis dan seorang lagi sangat negatif. Alyah pula yang sederhana menjadi orang tengah kerana kedua-duanya sering bergaduh.

Pada waktu itulah, Alyah sedikit demi sedikit mula bersyukur kerana menjadi sederhana, pada masa yang sama dia perlu melawan hasutan rakan-rakan serumahnya yang sangat ekstrem. Akhirnya, ketiga-tiga rakan serumah itu menjadi orang yang sederhana pandangan hidupnya.


Tajuk : Dan Gerimis Berbisik
oleh Mardihah Adam
Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-5783-93-7
Tarikh Terbit: 12 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 416

Sinopsis :
Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu menyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.

Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba. Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.
Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hamba-Nya yang memenuhi hidup dengan
kesabaran.

"Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata."

Review: Syurga Di Wajahmu by Laila Hanni


Syurga Di Wajahmu
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Julai 2011
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
539 mukasurat


"Suamiku, sesungguhnya cintaku untukmu adalah bukti cintaku kepada-Nya,
redamu padaku ingin sekali kuraih agar bisa kugapai reda-Nya.
Kerana sesungguhnya... syurgaku ada di wajahmu.


Penulis ini ada gaya bahasa syahdu yang membuai perasaan, mungkin akan terasa perbezaannya kalau anda sudah membaca beberapa karya baru terbitan Kaki Novel yang lebih banyak mengalunkan rentak bahasa yang santai dan tidak formal. Penceritaan yang berhati-hati tetapi tidak membosankan. Watak seperti Engku Lokman dan Idayu memang selalu kita jumpa dalam novel-novel melayu. Rasanya tentu mudah sekali watak-watak ini memikat hati pembaca. Gaya penulisan penulis ini menarik namun beliau banyak menumpukan penceritaan kepada saat-saat intim Engku Lokman dan Idayu. Tidak sesuai dibaca oleh anak-anak di bawah umur. Idayu adalah watak yang kelihatan agak lemah dan pasrah. Mungkin sifat lemah lembut dan pemalunya membuat dia kelihatan begitu. Namun sifat lemah lembat dan pemalu itulah yang menawan Engku Lokman yang selama ini ke hulu ke hilir dengan wanita-wanita yang 'daring' dan berani. Terasa seperti Idayu terlalu cepat jatuh cinta kepada Engku Lokman, mungkin sebab selama ni kalau saya baca cerita kahwin paksa, mesti dah beberapa lama barulah jatuh hati. Tapi cinta itulah yang telah merubah Engku Lokman ke arah yang jauh lebih baik.


Penulis mengangkat Idayu, seorang gadis kampung yang dijaga rapi ibu dan bapa angkatnya, sebagai heroin dalam kisah ini. Dia lahir dari hasil kerakusan lelaki. Dia tidak pernah tahu hal itu hinggalah suatu hari segalanya terbongkar. Rahsia itu membuat Idayu merasakan harga dirinya runtuh, malah memilih untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi demi untuk mengelak krisis di kemudian hari. Hairi berprasangka buruk dengan keputusan Idayu.


Idayu enggan bekerja di tempat yang ramai orang, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja di rumah Engku Maryam. Menjaga kebajikan harian Engku Maryam. Idayu berjaya mencuri hati Engku Maryam dengan sikap prihatinnya malah menjadi peneman terbaik untuk Engku Maryam. Kehadiran Engku Lokman mengocak ketenangan hidup Idayu. Idayu yang sebelum ini kelihatan biasa-biasa, tiba-tiba jadi begitu menyerlah di mata Engku Lokman yang gemar menggoda wanita. Dia gagal mengawal nafsunya lalu meragut kehormatan Idayu. Dia berjanji akan bertanggungjawab namun tidak menyangka akan dipaksa menikahi Idayu.


Engku Lokman ni membesar di luar negara dan mengamalkan gaya hidup bebas. Kepulangannya ke tanah air tidak langsung mengubah gaya hidupnya. Dia sangka dengan menyanggupi untuk mengambil tanggungjawab menjaga Idayu sudah cukup untuk menebus kesalahannya. Bapanya, Engku Badrul, membuat tawaran yang tidak dapat ditolak. Menikahi Idayu, dia akan menerima wasiat separuh dari harta kekayaan ayahandanya. Baginya itu tawaran lumayan yang tak mungkin ditolak. Dah la dapat bini lawa dan baik, dapat harta pulak tu.


Engku Badrul dan isterinya berhasrat untuk mengahwinkan Idayu dengan Engku Lokman kerana percaya Idayu akan dapat menundukkan Engku Lokman dengan sifat semulajadinya yang serba memikat. Idayu bukan sahaja bersopan santun dan baik hati, dia juga seorang yang mementingkan solat dan membaca al-Quran. Malah dialah peneman setia ketika Engku Maryam membaca al-Quran setiap kali selepas solat. Mereka tidak kisah dengan asal usul Idayu kerana Engku Lokman pun bukannya jenis yang baik-baik.


Engku Lokman sanggup berkampung selama seminggu di rumah kampung Idayu. Sangkanya dapatlah mengintai-ngintai bakal isterinya namun Idayu diarah pulang ke rumah Engku Maryam dan tinggalah Engku Lokman di situ untuk dibasuh dan dicuci oleh bapa Idayu. Bapa Idayu tahu Engku Lokman mudah diajar. Membesar di luar negara telah merosakkan agama Engku Lokman walaupun dia seorang lelaki yang sangat budiman. Engku Lokman diajar asas bersuci, berwuduk dan bersolat. Baru berangan nak mandi dengan Idayu, sekali kena mandi dengan bakal pak mentua kat perigi. haha. Walaupun separuh hati menghadiri sesi ceramah dan tazkirah, isi kandungan penyampaian sedikit sebanyak menyentuh sanubari Engku Lokman.


Idayu enggan bersuamikan lelaki seperti Engku Lokman. Tambahan pula, setelah mengetahui gaya hidup bebas Engku Lokman, lagilah dia seram nak bersuamikan lelaki itu. Dia impikan lelaki yang dapat memandu hidupnya agar menjadi isteri solehah. Namun, dia tidak dapat menolak arahan bapanya yang pernah kecewa ketika dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi dulu.


Engku Lokman ada perancangan sendiri dengan teman wanitanya, Astri, namun setelah bernikah dengan Idayu, dia lupa segala-galanya. Tumpuannya hanya berpusat pada Idayu malah solatnya semakin terjaga apabila dipantau dengan penuh berhemah oleh Idayu. Apakah yang bakal mengocak kebahagian mereka? Sebab yang agak tipikal iaitu sikap tidak berterus terang dan kisah silam yang kembali tanpa dijemput...

Anak yang lahir dari sebuah kemungkaran akan menjadi suci dan unggul dengan didikan agama yang sempurna manakala anak yang lahir dari sebuah ikatan suci, belum tentu akan dewasa sebagai manusia suci. Begitulah 'contrast'nya Idayu dan Engku Lokman, namun jodoh menjadikan mereka saling melengkapi.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan.


Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.


Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?

Tuesday, July 19

Akan DaTang dAri AisYa SoFea..peWittttt


Uda & Dara
Aisya Sofea
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-695-5
Halaman: ~560
Terbit: 20 Jul 2011

Sinopsis

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Wednesday, July 6

Terbaru daripada Jemari Seni


Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-967-5118-62-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/
RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Babak 1:

Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!

Babak 2:

Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.

Babak 3:

Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

* * *

KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.


Penulis: Lili Norlaili
ISBN: 978-987-5118-64-7
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia)/
RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya

Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.

Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati?

Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.
“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”
Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.

* * *
LILI NORLAILI memilih Hanya Dia Sufi untuk ‘melukis’ hati Sufi Najiha – gadis manis yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Lalu Hanya Dia Sufi telah mematangkan Sufi Najiha dan juga tulisan LILI NORLAILI.

Penulis: Nazurah Aishah
ISBN: 978-967-5118-63-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/
RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 27 Jun 2011


Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.
Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?

Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?
Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!

* * * *

Ini kisah Ellina Azura Abdullah; NAZURAH AISHAH telah mencanai hatinya menjadi wanita kental yang istimewa dalam Bening Merah Jingga.

Terbaru daripada Alaf21


Tajuk : Sebelum Nafas Terhenti
Penulis : Juriah Ishak

Sukar menerima musibah jika tidak benar-benar beriman kepada TUHAN. Kehadiran Nurlisa, gadis tempang sebagai pembantu rumah, telah membawa sirna kepada Aldi yang merana jiwa kerana kematian isteri dan separuh lumpuh akibat kemalangan. Nurlisa telah menginsafkan Aldi tentang hakikat, seorang hamba ALLAH yang kerdil, mesti redha meneri...ma dugaan dan mengharapkan kekuasaan serta rahmat ALLAH untuk apa juga perkara. Mereka berpisah apabila Aldi yang telah sembuh menyambung pengajian ke luar negara.

Nilai murni yang menghiasi keperibadian Nurlisa telah menawan hati Aldi. Impiannya untuk menjadikan gadis tempang sebagai suri hidupnya ditentang oleh ayahnya kerana Nurlisa gadis cacat. Harapannya hampir musnah apabila dia kembali dari luar negara, Nurlisa telah berhenti kerja di rumahnya. Perasaan Aldi terhadap Nurlisa tidak pernah berubah walaupun pintu hatinya diketuk oleh Ain Wahida seorang gadis cantik jelita yang ingin menagih cintanya.

Rahmat daripada ALLAH. Mereka bertemu kembali. Di saat ayah Aldi telah bersetuju untuk melestarikan impian hati Aldi menyatukan cintanya dengan Nurlisa, gadis itu pula disyaki mengidap barah darah. Datuk Haris kembali menghalang, bimbang Aldi akan kehilangan isteri sekali lagi. Bimbang kelukaan dan kemeranaan anaknya itu akan berulang. Hati Aldi seolah dicengkam oleh tangan yang tajam dan kejam. Impian dikalbu seolah tidak akan tercapai.Akhirnya dia pasrah..


Tajuk : Cinta Pandang Ke-2
Penulis : Laila Kamilia



Tajuk : Berita Dari Hati
Penulis : Nurassyi Rasyid


Tajuk : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila


Terbaru daripada KaryaSeni


Judul : Cinta Kontrak
Penulis : Nurul Ain Syuhada
Semenanjung : RM20
Sabah / Sarawak : RM23

( Pembelian online potongan harga sebanyak RM3 )

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.



Judul : Cantiknya Si Comot
Penulis : Miazal Zahra
Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.


Judul : Bila Hati Kata Sayang
Penulis : Marissa
Semenanjung : RM18
Sabah / Sarawak : RM21

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.


Judul : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Semenanjung : RM18
Sabah / Sarawak : RM21

Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?


"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."
"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"
"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."
"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.
"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.
"Seronok."
"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.
"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.

Tuesday, July 5

Terbaru daripada PTS

Tajuk : Cinta Kembali Bertasbih
oleh :A. Ubaidillah Alias
Harga: RM 25.50 / RM 28.50
ISBN-13: 978-967-5783-79-1
Tarikh Terbit: 5 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 736

Novel yang menceritakan perjalanan hidup Sofiy ar-Rahman yang merupakan abang kepada Fatimah az-Zahra yang membesar sebagai anak yatim piatu. Selepas kehilangan ibu bapa semasa kecil, Rahman membesar dengan agresif dan baran kerana mahu menjadi pelindung kepada adiknya Fatimah. Sikap samseng Rahman menjadikan pelajar dan guru di sekolah mengenalinya sebagai budak baran.

Selepas dia memasuki sekolah menengah, Rahman mula berubah sikap apabila dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Rasima. Malangnya, kawan baik Rahman iaitu Safuan cemburu dan membuat fitnah padanya. Akibat fitnah itu, Rahman tersedar bahawa perjalanan hidupnya masih panjang dan dia mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya Fatimah.

Di Kaherah, dia berkenalan dengan seorang dato' yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya. Secara tidak langsung dia diperkenalkan kepada anak dato' tersebut iaitu Uswatu 'Ulya yang belajar di Korea Selatan. Selepas pulang ke Malaysia, Rahman bertemu semula dengan watak-watak silam iaitu Rasima dan terhimpit dalam beberapa insiden. Konflik semakin sukar apabila beberapa watak lain muncul dalam hidup Rahman.

Bagaimana Rahman mengambil pendekatannya yang dahulunya agresif dalam mendepani semua situasi ini?

Tajuk : Aku, Dia & Gaun Pengantin
oleh : Lily Haslina Nasir
Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-5783-74-6
Tarikh Terbit: 29 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 232

"Selamat pagi Cikgu Zaza!" Wah, bahagianya menjadi cikgu!
Tetapi yang tidak seronoknya apabila murid-murid juga pandai mengkritik! “Mengapa muka cikgu nampak bulat seperti glob di sudut geografi?”

Kisah Zaza dilamar oleh Fariz heboh di sekolah. Musuh tradisi Zaza, Maliz dan Asyikin berasap kepala mendengar khabar itu. "Zaza tidak sesuai untuk Fariz! Gadis gempal tidak boleh bersama jejaka terhangat." Itu kata Maliz dan Asyikin. Zaza semakin berserabut, namun sempat berangan-angan.

Mahu gaun pengantin beropol-ropol ataupun yang kainnya berekor panjang seperti duyung? Oh, mahu berbaju kurung songket bunga tabur sahaja atau memakai gaun? Tetapi badan perlu kurus dahulu! Oh, peningnya!Bertambah ribut apabila Maliz dan Asyikin 24 jam sehari dan 7 hari seminggu mengekorinya. Ada-ada sahaja dua sahabat ini merancang misi sulit. Haih!


Tajuk : Dairi Cikgu Ayu
oleh : Ilya Alias
Harga: RM 9.90 / RM 10.90
ISBN-13: 978-967-401-027-0
Tarikh Terbit: 30 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 168

Mengisahkan kehidupan seorang guru baru bernama Ayu. Dia terpaksa berhadapan dengan murid-murid yang kurang memahami bahasa Inggeris dengan baik. Pelbagai cara dilakukan demi memandaikan anak-anak muridnya. Itulah pengorbanan seorang guru.

Di samping itu dia juga sentiasa menerima kiriman ucapan daripada 'seseorang' membuatkan dirinya sentiasa berdebar-debar. Maklum sahaja di sekolah itu hanya Cikgu Ayu yang pandai bergaya dan sentiasa menjadi contoh kepada guru-guru lain. Bahkan guru besar pun memujinya.

Ikuti kisah Cikgu Ayu dalam diari merah ini.


Tajuk : Diari Mat Kilang ; Dari Mersing ke California
oleh Ahmad Fairoz Daud
Harga: RM 9.90 / RM 10.90
ISBN-13: 978-967-401-024-9
Tarikh Terbit: 30 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 192

Mengisahkan Wan Mohd Musyris Bin Wan Embong ataupun nama timangannya Rambo, yang kembali bersemangat menulis diari. Semangat ini berpunca daripada rasa keterujaan dia mahu menaiki kapal terbang yang diidam-idamkannya selama ini.

Pelbagai pengalaman yang dilalui semasa Wan Mohd Musyris berada di California. Semasa di California, dia perlu juga menyampaikan hajat salah seorang penduduk kampung bagi melangsaikan hutang. Di samping itu juga Wan Mohd Musyris menerima kiriman sms yang tidak menyenangkan hati daripada seorang perempuan yang pernah disukainya suatu masa dahulu.

Tajuk : Tok Kenali
oleh : Hayati Ridwani
Harga: RM 24 / RM 27
ISBN-13: 978-967-5783-89-0
Tarikh Terbit: 24 Jun 2011

"Kisah Tok Kenali ulama tersohor ini dirungkai sendiri oleh cicit beliau dengan gaya penceritaan yang menarik, segar dan menyentuh sanubari. Menelusuri kisah hidup wali Serambi Mekah yang ditulis penulis baru yang berbakat besar ini membuktikan ilmu itu akar umbi kejayaan hidup...." - Abdul Latip Talib

Terbaru daripada NB Kara

Tajuk : SETELAH DILUKAI
Penulis : SA'ADIAH ANI
RM19.90 (Sem. M'sia)/RM22.90 (Sabah & Sarawak)

ATILIA- 'Salahkan seorang anak menerima pemberian daripada seorang ayah?' Atilia berbicara sendiri. Walaupun jauh di sudut hati dia terpaksa akur bahawa Dato' Mukriz memberikan segalanya bukan bermaksud pemberian daripada seorang ayah, tetapi seorang lelaki yang akan menjahanamkan hidupnya sebagaimana musnahnya hidup Mama Zah di tangan lelaki itu suatu ketika dahulu. Atilia memejamkan matanya. Betapa pahitnya laluan hidup yang terpaksa ditempuhinya, namun dia tiada pilihan lain kecuali menelannya walau dengan penuh kepayahan. Itulah hakikat kehidupan.

LUQMAN- "Man, aku rasa kau perlu datang ke kelab malam di Bukit Bintang ni sekarang." "Ada apa, akukan sedang bercuti ni. Lagipun itu kawasan kau, bukan kawasan aku." Cif ispektor Luqman menjawab serius. Lenanya terganggu dengan panggilan telefon itu tadi. 'Aku rasa gadis yang separuh dedar ni sama dengan potret yang kau letakkan atas meja dalam pejabat kau." Suara itu masih tegas. "Kau biar betul!" Mata Cik Inspektor Luqman yang masih memberat tadi tiba-tiba sahaja mencerlang apabila mendengan berita tentang Atilia.

Apa yang dibuat oleh Atilia? Kenapa Atilia berada separuh sedar? Kenapa dengan gadis yang dicintainya itu? Luqman menjadi buntu.


Tajuk : Sejam RM2.50
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5229-25-1


"Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali."

"Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!" Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!

"Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!"
"Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pu."

Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu.

"Aku hairan sungguh kau ni."
"Hairan apanya?"
"Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata sahaja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!"

Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu!.

Ya. Memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

Terbaru daripada Fajar Pakeer

Tajuk : Maknakanlah Cinta
Penulis : Rohani Abd Aziz
ISBN 978-967-365-078-1
Sem. Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00

Afiqa terasa amat dikhianati oleh Aiman. Dugaan dan gangguan yang diterimanya bukan sedikit. Lalu, Nur Afiqa mencurah emosi dan duka lara kepada Shahrizal, teman yang lebih dahulu dikenalinya berbanding Muhammad Aiman.

“Itulah, bodoh sangat. Mangkuk! Eh, jangan nak jadi bodohlah...”

Kata-kata lelaki yang ego lagi angkuh itu sering membuatkan air mata Afiqa gugur.
Aiman pula semakin hari semakin bertindak di luar jangkaan Afiqa. Sungguh tak dijangka dia akan bertindak nekad. Mana perginya Aiman yang rasional, yang berhemah suatu ketika dulu? Benar, cinta membuatkan seseorang hilang pertimbangan diri. Baik Aiman mahupun Shahrizal.

Nur Afiqa, will you marry me? Saya tunggu sehingga awal Muharam untuk mengambil keberkatan bulan hijrah ini. Saya mengharapkan sinar bahagia buat saya.

Sesungguhnya, Allah telah mengangkat hasrat yang terpendam di hati Afiqa. Dia yang Maha Mengetahui telah melorongkan dengan isyarat selepas sujud istikharah yang dilakukan oleh Afiqa dan lelaki yang telah diutuskan oleh-Nya. Adaptasi semangat hijrah menyerlahkan lagi kebahagiaan dalam mengenal erti penghayatan sebenar kehidupan yang menanti dengan tenang di hadapan.

Tajuk : Kalau Sudah Sayang
Penulis : Fieyza Fadlina
ISBN 978-967-365-079-8
Sem. Malaysia RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00

Tanpa kenal, Ariff Zulkarnain dan Maisarah Ernieza disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan.

“Aku sebenarnya sudah ada pilihan sendiri. Tapi disebabkan kau, pilihan hati aku ditolak mentah-mentah oleh ibu dan abah. Aku terpaksa terima kau. Aku tak ada sekelumit pun perasaan terhadap kau!”

Kata-kata Ariff Zulkarnain kepada Maisarah Ernieza membuatkan Maisarah sedar diri.
Dia tahu siapa dirinya. Dia sedar, dirinya tidak setanding Ariff. Masakan pipit sepertinya boleh terbang bersama Ariff, si enggang yang angkuh. Tuntutan tugas Ariff yang sentiasa berada di laut membuatkan hubungan mereka yang sudah renggang jadi lebih renggang.

Perkhabaran buruk yang menimpa Ariff membuatkan Maisarah mendapat kembali statusnya sebagai isteri orang. Namun, kebahagiaan yang diimpikan berkekalan hingga ke akhir hayat tidak terjadi. Apa yang terjadi seterusnya? Kenapa hubungan baik itu terpaksa diputuskan? Adakah sayang yang mula bercambah dalam diri dapat disempurnakan? Atau, perasaan itu harus dikuburkan?

Tajuk : Semilir Rindu Berlagu
Penulis : Millie Nazri
ISBN 978-967-365-073-6
Sem. Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00

Hanani sering terkeliru antara perasaan sayang dan cinta terhadap Fakhrur Raziz dan Syed Zaqimi yang sering mendambakan ungkapan cinta daripadanya. Dalam kekeliruan untuk membuat pilihan, dia sentiasa disapa mesra oleh Ilham Pujangga yang dikenalinya di alam maya. Tanpa sedar, kepulangan Rifa’iel, rakan kecilnya, mula mengocak perasaan.

“I suka orang macam you, ada ciri-ciri kewanitaan, keibuan, pandai menjahit, memasak, beragama...”

“Yalah tu, belum dapat semua baik dan sempurna. Nanti, bila dah kahwin, semua habis terbang.”

Hanani yakin, keputusannya bulat, Fakhrur Raziz adalah penawar rindunya, tempat untuk dirinya menaburkan rasa cinta tanpa rasa ragu. Namun, kebahagiaan mereka mula berkocak saat kelopak kebahagiaan mula menjelma. Dengan rela hati dia mula menerima kedatangan Rifa’iel sebagai pelindung diri. Tetapi, rayuan dan kata cinta yang sering diungkap oleh Syed Zaqimi, sering buat hatinya gundah dan gulana. Dalam kegusaran untuk memilih siapakah yang bakal menduduki istana kasihnya, Hanani mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. Memohon agar hatinya ditetapkan.

Siapakah yang berjaya memiliki hati kudus seorang wanita yang bernama Hanani? Berjayakah Syed Zaqimi atau Rifa’iel dalam merebut kasih Hanani? Siapakah pemilik di sebalik nama Ilham Pujangga? Akan adakah semilir rindu yang berlagu dalam hati

Tajuk : Saat Hati Merelakan
Penulis : Emma Rusdi
ISBN 978-967-365-071-2
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

Wes dan Qismyna, masing-masing punya kisah silam. Kisah percintaan yang tidak bisandiluputkan daripada ingatan. Wes yang masih mencintai Farahymma terus mengejar cinta gadis itu. Qismyna yang masih belum melupakan Adam terus cuba membuang lelaki itu daripada hatinya.Dalam mereka cuba meneruskan kehidupan, tanpa disedari, mereka telah dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangka. Sehingga memaksa untuk mereka hidup sebagai suami isteri, hanya dengan pertemuan beberapa minit.

“Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga.”

“Baiklah, saya pula akan hias setiap sudut bilik dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak.”

Itu perjanjian yang dilakukan antara Wes dan Qismyna. Biarpun perkahwinan mereka tanpa kehendak hati, namun perkahwinan itu tetap diteruskan. Demi maruah keluarga, dalam tempoh tertentu. Saat hati mula merelakan, muncul Farahymma sebagai penghalang, muncul Adam ingin mengotakan janji.

Qismyna mula tersepit dengan perasaan sendiri. Wes berbelah bahagi antara janji yang dibina dan perasaan yang mula timbul. Apakah Qismyna dan Wes akan terus bersatu? Bertahan lamakah perkahwinan tanpa sengaja antara mereka berdua? Akan adakah antara mereka yang akan merelakan segalanya? Saat hati merelakan, sebarang kemungkinan bisa berlaku. Pahit atau manis, akan direlakan segala.
Tajuk : Sumpahan Dewi Bumi
Penulis : Cempaka Meerniz
ISBN 978-967-365-072-9
Sem. Malaysia RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00

“Sumpahan Dewi Bumi tidak dapat dihindari lagi. Darah telah menitis ke bumi dan saat darah itu menyentuh lantai bumi, sumpahan Dewi Bumi sukar untuk dihalang…”

Lara tidak menyangka kehadiran dia dan teman-temannya di rumah itu mengundang petaka. Sejarah silam yang terungkap meminta nyawa teman-temannya sebagai ganti. Lara juga tidak menyedari bahawa dia adalah susur galur daripada keturunan Mbah Suri yang terkenal sebagai penentang ilmu hitam dari dunia ghaib. Telah termaktub dalam hidupnya, dia adalah waris terakhir yang dapat menghapuskan segala sumpahan itu.

“Anak manis yang cantik! Diari itu akan mengungkap banyak rahsia. Anak akan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi di rumah ni. Tolonglah ibu yang malang ini, anakku! Sumpahan ini harus ditamatkan. Kalau tidak, ramai lagi anak gadis yang akan menjadi mangsa. Tolonglah ibu! Tolonglah ibu!”

Tanpa diduga juga, Lara dipertemukan dengan Wirana, jejaka yang telah lama menunggu kehadirannya dan mendambakan cintanya. Lara juga terpaksa mengharungi suka duka kehidupan setelah dia dituduh membunuh teman-temannya dengan kejam. Namun, dia yakin pembunuhan itu dilakukan oleh lima jejaka yang terdapat di dalam potret itu.

Apakah Lara berjaya menghapuskan sumpahan itu?

Penulis : Eizda Amani
Tajuk : Hadirnya Dia
ISBN 978-967-365-070-5
Sem. Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00

Najihah Syifa membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.

“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya
di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.

“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.

Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya