Sunday, February 20

Terkini daripada PTS

Tajuk : Blues Amni : Oh Kerja
oleh Rose Harissa
Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-5783-63-0
Tarikh Terbit: 22 Feb 2011


Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja

akibat rasa sengsara.

Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan kesengsaraan Amni dengan:

*Mr. Phua- Bos yang suka mengarah-arah dan marah-marah melulu serta mata duitan.

*Mun Heng- Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru

yang pentingkan diri sendiri.

*Adam (merangkap anak Tan Sri)- Arkitek muda pemilik Adam J. Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.

Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya melayani klien yang heboh dan cerewet Amni yang

sering diminta bos supaya melawat tapak projek bertemu klien secara langsung!

Semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!

Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaaan dalam pekerjaan yang dialami Amni.

Tajuk : Sebongkah Batu di Kuala Berang
oleh Faisal Tehrani
Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-967-5783-55-5
Tarikh Terbit: 4 Mar 2011

Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir

dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara

terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang

bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan

sebuah penyudah yang tidak disangka.
Tajuk : Fatimah Fatty
oleh E-man Dhani
Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-983-3357-15-4
Tarikh Terbit: 20 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 320

Salahkah saya gemuk?

Tidak layakkah orang berbadan gemuk, gebu dan gempal berjaya? Tidak adil bukan seseorang itu dinilai dengan rupa fizikalnya?

Saya Fatimah.Saya Fatimah yang berbadan gemuk namun bercita-cita tinggi bagi berjaya.

Saya mahu menjadi seorang jurufoto yang berjaya seperti Annie Leibovitz dan saya juga mahu kurus!

Ya.

K.U.R.U.S

Kurus.

Dan, saya yakin mampu mencapainya!

Tajuk : Cinta Di Hujung Sejadah
oleh Asma Nadia
Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-983-3892-95-2
Tarikh Terbit: 15 Feb 2011

DIA BERSYUKUR. Allah mengabulkan doanya. Mengizinkan dia menjejaki tanah suci. Dan begitulah juga dengan perjalanan-perjalanan lain ketika

menyusuri jejak nabi, seperti di Masjidil Haram. Ketika melihat Kaabah, bangunan hitam persegi yang wangi dan memancarkan wibawa itu, air

matanya tidak berhenti mengalir.

***

Namanya Makky Matahari Muhammad dan Cinta menyimpan nama itu dengan baik di kepalanya. Bukan kerana salam yang diucapkan lelaki itu kali

pertama mereka bertemu. Akan tetapi kerana kehadirannya membawa pelangi dalam hidup Cinta.

Belasan tahun hidup sebagai anak yatim, Cinta langsung tidak pernah melihat wajah ibu kandungnya. Ayahnya melenyapkan setiap jejak wanita

yang Cinta kasihi itu dengan sempurna. Tatkala ayahnya menikah dengan Mama Alia dan membawa dua saudara tiri tinggal bersama, Cinta

semakin tersisih.
Tajuk : Kuntum Cinta di Taman Syurga
Pebulis : Thoyba Mursyidah
Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-54-8
Tarikh Terbit: 11 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 304


Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar

Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga

sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan.

Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap,

sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit?

Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.

Tajuk : Hijab Cinta
oleh S. Rafidah H. Basri
Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5783-51-7
Tarikh Terbit: 3 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 560


Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus

diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?

Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai

suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista. Aisya cuba menidakkan kerana

keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta

bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir

membuka hijab cinta dalam dirinya.
Tajuk : Sekiranya Aku menjadi Novelis
Penulis : Noorfadzillah Omar
Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5783-64-7
Tarikh Terbit: 28 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 320


Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina

ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti.

Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan

ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu.

Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada

senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.




Review: You Ni... ayat-ayat Jiwa by Puteraery Ussin


You Ni... Ayat-ayat Jiwa
Penulis Puteraery Ussin
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak RM22.00
534 mukasurat
978675067471


"Aku atau kau yang harus memulakannya dulu?" Dua hati berbisik rasa yang sama.


Lepas aku baca ni, aku dok cari juga apa releven nya 'post it notes' yang comel-comel kat cover ni dalam cerita. Aku ada termiss muka surat ker? atau pun 'post it notes' itu sekadar disesuaikan dengan tajuk? Yang ada bab kad ucapan terpanjang yang masuk guiness book of record jer. Takkanlah budak-budak sekolah nak tulis ayat-ayat yang tertulis pada 'post it notes' tu kat kad ucapan terpanjang yang diikhtiraf peringkat kebangsaan tu. *garu pala


apa-apapun, cover buku ni lah yang membuat aku tertanya-tanya dan membaca sehingga perkataan terakhir. :)


Dilema perasaan hati Yun dan Ery membuat mereka memendam perasaan dan sukar meluahkan rasa hati. Umpama di sana sudah berjanji tetapi di sini hati terpaut. Serba salah. Nak ikut kata hati atau terus berpegang pada janji.


Sepanjang membaca novel ini terasanya ianya lebih kepada menceritakan perjalanan hidup Ery sebagai seorang guru di MRSM Langkawi. Kadang-kadang tak ada perkaitan dengan tema cerita Ery-Yun. Memanglah takkan semendang nak ceritakan kisah cinta tetapi terasa sukar memfokuskan isu sebenar yang ingin penulis bawa dalam kisah ini. Rasanya ianya lebih kepada catatan diari kisah seharian seorang lelaki bergelar guru.


Di awal setiap bab penulis menyelitkan teaser yang menjadi misteri kisah akan datang mengenai Ery dan bakal isterinya. Aku rasa teaser yang lebih kurang satu muka itu lebih menarik daripada kisah Yun-Ery yang diceritakan dalam bab tersebut. Pada mulanya aku agak pening dengan cara teaser dan cerita dijalinkan dalam buku ni. Aku kadang-kadang seperti sesat, sekarang ni dalam 'present' atau dalam 'past'. Tapi bila rentak itu sudah sekata hingga ke hujung cerita, barulah kita dapat menjalin cerita di awal bab ini menjadi satu kisah yg lengkap.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.


Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yg berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa - Ery


Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yg menusuk kalbu. Di sini bermain mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi - Yun


Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.

Terbaru daripada Kaki Novel


Tajuk : Pelukan Cinta
Penulis : Amisha Danial
SEMENANJUNG RM 17.00 / AHLI : RM 13.00
SABAH/SARAWAK RM 20.00 / AHLI : RM 16.00
ISBN: 978-967-5067-68-6

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Tajuk : Seandainya
Penulis : Rys Areesa
SEMENANJUNG RM 29.00 / AHLI : RM 25.00
SABAH/SARAWAK RM 32.00 / AHLI : RM 28.00
ISBN: 978-967-5067-62-4

Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki?

Friday, February 18

Kucc Reviews: NokTah Di HuJunG RinDu...


kucc aprilsnow: NokTah Di HuJunG RinDu...


"hati memang cepat berbelah bahagi apabila kita mahu melakukan perkara baik..."

Kata Kucc:
Ini adalah novel pertama penulis namun merupakan karya ke-3 beliau yang saya baca. Walau ini merupakan novel pertama beliau akan tetapi berbekal pengalaman yang luas dalam bidang penulisan cerpen, karya ini cemerlang digarap penulis. Tidak terasa seolah-olah membaca karya penulis yang baru cuba-cuba menjengah ke dunia penulisan kreatif. Sentuhan beliau sangat melankolik menerusi adaptasi gabungan lenggok bahasa juga dialog yang dicipta. Keserasian dua elemen ini menjadikan naskhah ini segar dan menarik dibaca.


Naskhah Noktah Di Hujung Rindu (NDHR) ini membawa tema tentang kesetiaan dan kejujuran. Kesetiaan yang boleh diterjemahkan didalam rangkaian kisah-kisah dari watak-watak yang menjadi pendukung naratif ini. Kesetiaan dan kejujuran pada tunang, kesetiaan dan kejujuran pada kekasih, kesetiaan dan kejujuran suami pada isteri. Gabungan kisah-kisah yang disimpulkan atas tiket tema yang satu lalu terciptakan sebuah jalinan naratif yang cukup menyentuh perasaan.


Penciptaan watak didalam NDHR ini sangat cemerlang. Penulis begitu peka didalam memastikan tiap watak yang dicipta mampu memberi kesan pada pembaca dan ternyata beliau berjaya melakukannya. Irdina Zukhri; arkitek muda cantik bergaya. Pernah putus tunang dengan rakan sekolah kala ditahun akhir pengajiannya di universiti. Putus tunang yang tidak dapat dielakkan kala hati sudah dicuri sang arjuna yang sejak di hari pertama menjejak kaki ke menara gading. Sang arjuna yang bernama Nielham Abdullah itu tidak jemu-jemu memburu Irdina. Walau cuba bertahan, Irdina tidak dapat membohongi jiwa dan perasaannya sendiri. Cinta pada sang tunang nun jauh diseberang laut kian pudar lalu terus berkubur. Namun mungkinkah ini balasan tuhan padanya, jika dahulu dia tega memutuskan ikatan kasih yang sekian lama terjalin kerana panahan cinta sang arjuna sedangkan tunangnya setia dengan janji, kali ini dia pula perit merasakan bila cintanya dikhianati oleh sang arjuna. Watak Irdina cemerlang dipotretkan penulis. Setiap inci rasa dan gelora dijiwa watak ini disempurnakan dengan baik oleh penulis. Irdina adalah kisah duka gadis malang yang tersepit antara pertembungan cinta setia yang sedaya upaya dipertahankan. Saya sukakan watak Irdina dan tambah suka bila akhirnya dia berjaya juga membuat keputusan tepat bagi dirinya.


Nielham Abdullah. Watak ini sebaiknya diselami jiwanya oleh penulis. Bukan mudah untuk meneropong di lubuk hati insan bernama lelaki lebih-lebih lagi lelaki yang hatinya pernah lara ditinggalkan dan bila ia dinukil dari mata pena seorang penulis wanita tugas ini berat saya kira namun penulis saya kira berjaya melakukannya. Nielham; pensyarah muda yang pernah putus kasih dengan belahan jiwa berdarah inggeris kerana tentang ibu yang tidak mahu bermenantukan keturunan Yahudi. Kate yang tidak sanggup menunggu meninggalkan Nielham walau dahulu pernah berjanji sumpah setia. Watak Nielham sedari awal begitu mempesonakan sekali auranya. Kesungguhan didalam mengejar cinta Irdina sangat mengesankan; biarpun perlu menunggu hingga ke tahun akhir pengajian si gadis yang sungguh sukar dipikat, tekadnya tidak pernah pudar. Kecelaruan jiwa dan perasaan Nielham didalam membuat pilihan juga dipenakan sebaiknya oleh penulis. Sifat ketaatannya pada emak yang tertekan jiwa kerana perbuatan abah yang berkahwin muda juga dipenakan dengan baik sekali. Sebagai anak Nielham memang mendamaikan namun sayang sebagai lelaki dia gagal didalam mengatur perasaannya sendiri.


Suria. Wataknya yang tega berhadapan risiko demi mempertahankan haknya untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Saya sukakan ketegasan Suria walau tidak
setuju dengan jalan yang dipilih. Puan Sofiah dan Puan Zarina dua wanita, dua isteri, dua ibu yang berpijak pada tanah yang sama; dimadukan suami dengan wanita yang lebih muda. Namun mereka berbeza didalam menangani racun yang menjalar jiwa wanita. Pemotretan watak sampingan ini berkesan dipenakan penulis. Inilah rasa yang menikam kala jiwa tidak rela. Lalu jiwa lain pula menjadi mangsa amukan amarah dihati. Abdullah; suami yang terlalu mementing diri. Biar apapun alasan dan hujahnya benang yang terang-terang sudah basah manakan mungkin kering hanya dengan sekadar tiupan kata-kata manis, kesimpulannya disini cuma satu; jauhi lelaki begini.


Khalrizal. Lelaki yang ditinggalkan kerana kasih tunang berpindah pada jejaka lain. Watak Khal memang menyedihkan. Rasa kasihan pasti ada dihati pada watak ini kerana dia hanya mangsa pada kesetiaan yang dimungkiri. Saya sukakan watak Khal kerana kasihnya teguh, tidak pernah berpaling dan sanggup berkorban demi
kebahagiaan gadis yang dicintai sepenuh jiwa.


Plot naratif yang berpaksikan kronologi ini sangat tersusun. Persembahan dan jalinan antara satu bab ke bab yang lain baik dan tiada yang mengganggu pembacaan. Ini kesan dari kerja-kerja suntingan yang saya kira sebaiknya dilakukan demi memberi kepuasan pembacaan kepada pembaca.Kesetiaan dan kejujuran begitu mahal harganya lalu janganlah sesekali mensia-siakannya. Inilah saya kira mesej yang disimpulkan penulis daripada persembahan naratif berdurasi 384 halaman ini. Buat yang belum membaca naskhah ini, bacalah dan anda pasti tidak akan rugi. Layari lah kisah penuh melankolik yang mengusik jiwa ini.


Buat penulis, biarpun lewat mendapatkan karya sulung anda ini saya harap masih tidak terlewat untuk ucapan tahniah atas penghasilan sebuah naratif yang cukup
baik.

Rinn Reviews: Juara Carta Cinta by Lynn Dayana


Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.


sure fine whatever
rinn


blurb/gengkicap/sinopsis


"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yg disiram air panas. sampai kiamat pasti tidak subur! Ada karipap yg berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sadwic yg dihimpit rapat oleh roti panas.


Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yg tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya utk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.


Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih utk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?


Kehadiran lelaki yg tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dgn teori.


Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yg sering singgah di dalam hati?

Rinn Reviews: Mandatori by Ramlee Awang Murshid


Mandatori
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf & Sa'adiah Mohamad
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831240397
Cetakan Pertama 2000
Cetakan Ketujuh 2010


"Case Closed"


Cerita ini tidak semudah ABC, tetapi Amran, Bogart dan Carlos (ABC) menjadi penggerak rentak misteri thriller kisah ini. Setiap bab menaburkan kepingan2 jigsaw puzzle yg memberi klu-klu kepada pembaca. Setiap klu membuat kita memikir arah cerita ini. Di awal cerita yg kerap menginjak time frame dari past-present-future membuat pembacaan aku jadi berhati-hati kerana aku tak mahu keliru. Nyata garapan RAM sangat kemas menarik.


Mulanya aku sangka aku akan jadi pening sepertimana aku pening semasa membaca Rahsia Perindu yg sangat berbelit kisah dan character nya. Mandatori nyata berbeza. Walaupun melayarkan kisah konflik jiwa, ianya kemas dan mencemaskan. Walaupun tidak susah utk kita meneka di mana letaknya Norman dalam ABC, tetapi cara RAM menyingkap kisah hidup Norman membuat ianya kelihatan menarik utk diikuti.


Cerita bermula dgn matinya seorg lelaki yg tidak bersalah di tali gantung. Beberapa tahun kemudian, lelaki2 yg menjatuhkan hukum kepada Tassan mati terbunuh secara misteri. Amran adalah anak Tassan yg dibuang sekolah kerana terlibat dlm pergaduhan di sekolahnya kerana rakan2 yg lancang mengata dirinya sbg anak pengedar dadah. Kesabaran ada hadnya tetapi natijah yg diterimanya amat mengecewakan ibunya. Demi membantu keluarga, Amran ke laut mencari rezeki. Tetapi jejak pertamanya ke laut membawanya karam dalam dunia kecelaruan personaliti. Dalam dunia itu dia mengenal dendam, dia menjadi jaguh, dia menjadi penyayang, dia menjadi penegak keadilan yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori di muncung pistolnya.

Kelvin, Juliana dan June yg pernah menghina Amran berjaya dalam kerjaya masing2. Sekali sekala kenangan kenakalan mereka dulu membuat mereka menyesal. Adakah penyesalan mereka boleh menerima pengampunan di mahkamah yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori? Jika perlu memilih antara menyulam cinta atau melunaskan dendam, mana yg kita akan pilih?


Sangat banyak watak dlm kisah ini tetapi setiap satunya ada impact tersendiri. Bagi yg kurang gemar dgn watak yg banyak, mungkin akan sedikit pening :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/gengkicap/sinopsis belakang buku:


Bermula dengan hukuman di tali gantung yg dikenakan ke atas seorg pemandu, Carlos menyimpan dendam menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorg demi seorg yg menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yg dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwaraya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yg diadilinya pasti akan menerima hukuman dgn sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Sesi Bersama Penulis NB Kara





terima kasih Kaksu dari NB Kara atas makluman ini. So skrg kita nk tolong war-warkan mengenai sesi bersama penulis nbkara ni. details seperti di bawah :)


Sesi bersama Penulis NB Kara Sdn Bhd.
19hb Februari 2011 (Sabtu) / 2pm - 3pm / MPH Mid Valley
Temui penulis
Norhayati Berahim, penulis novel Hujan Pun Menari & Dari Kerana Mata
bersama penulis novel
Nora Ismail, penulis novel ...Dan Cinta Pun Tersenyum.
Temui mereka untuk sesi bersoal jawab dan juga borak santai.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sunday, February 13

Terbaru daripada Jemari Seni


Tajuk : Impikan Mentari
Penulis : Shahzy Hana
Harga : RM18/RM21
Pesanan Online : 24 Feb 2011

Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?

Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?

Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.

Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?

* * *

SHAHZY HANA menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?





Tajuk : Dia & Dia
Penulis : Bunick Firdaus
Harga : RM21/RM24
Pesanan Online : 24 Feb 2011

“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

* * *

Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!



Trionovel Februari daripada Alaf21


Tajuk : Biar Jadi Kaktus
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Iffa Zalia
ISBN: 978-983-124-653-5

Sinopsis: Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!


Tajuk : Nyanyian Syahdu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Weeda Airiza
ISBN: 978-983-124-647-4

Sinopsis: Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?

Tajuk : Irama Semalam
Harga: RM16.00
Halaman: 400
Penulis: Yatie Atiqa
ISBN: 978-983-124-655-9


Sinopsis: MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata.

Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?

Februari daripada Buku Prima





Tajuk : Yang Indah Hanya Sementara
Penulis : Annur Puteri
Harga : RM19.90

Berkisar tentang kebahagiaan suami isteri yang diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel. Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya, Samwil mengahwini Mia Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama. Sejauhmanakah rasa obses Syufiqa boleh mengatasi semuanya?

Tajuk : Cinta Ini Milik Kita
Penulis : Maisara Sofea
Harga : RM19.90

Cinta pertama cinta yang paling sukar dilupakan. Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati. Cinta anak-anak sekolah menjadi cinta pertamanya membuatkan hatinya begitu setia menanti kehadiran lelaki yang bernama Mohd Ean Nazeerul tanpa menyedari lelaki itu sudah memiliki insan bernama Zamilla. Apakah yang terjadi bila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?


Tajuk : Hanya Kau Yang Tahu
Penulis Kamsiah Abu
Harga : RM19.90

Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. Ini juga peluang keemasan yang diguna oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yang terkenal dengan imej ‘Romeo’ untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah-olah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bila akan berakhir.



Terbaru daripada Fajar Pakeer


Tajuk : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
ISBN: 978-967-365-052-1
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?


Tajuk : Cinta Berinti Kasih
Penulis : Ami Amilia
ISBN: 978-967-365-045-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Dia tidak mengejar cinta. Dia juga tidak mengharapkan cinta lagi setelah bahagia yang terasa terpaksa dilepas pergi. Itulah Puteri Nur Zaharaq. Hidupnya hanya dikelilingi kawan-kawan jururawat dan pesakit-pesakit di wad.

Peristiwa terlanggar seseorang membuatkan hatinya tersentuh lagi. Hati gadisnya dimamah rindu dan dunianya yang kosong menjadi begitu indah sekali. Sayang, dia hanya bermimpi. Jejaka yang disangka akan menjadi seseorang yang istimewa di dalam hidupnya meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Kenangan yang ditinggalkan oleh anak muda itu hanyalah satu nama, Maria. Nama itu tertera pada badan motosikal yang ditunggangi oleh jejaka malang itu.

“Itu kedai saya. Saya suka kalau awak boleh jadi kawan saya. Secara langsung. Tak nak melalui Facebook. Tak best.”

Hidupnya menjadi kucar-kacir setelah lelaki itu meninggal dunia. Dia terserempak Maria yang ditunggangi seorang lelaki lain yang perwatakannya seiras jejaka yang sudah memesrai hatinya. Adakah dia bermimpi? Atau mungkin lelaki itu hidup kembali dan menjadi hantu? Dia keliru sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa!

“Dialah cinta hati saya. Cuma saya tak pasti sama ada diakah yang saya cari atau orang lain.”


Tajuk : Cinta Black Forest
Penulis : Ainon Zaini
ISBN: 978-967-365-050-7
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

“Pandai abang berlakon jadi raja, ya? Saya pun pandai juga berlakon. Di sekolah, kalau ada pementasan drama yang berkaitan cerita raja-raja, saya mesti ambil bahagian. Kata cikgu dan teman-teman, saya sesuai jadi puteri raja. Apa komen abang pulak?”

Cinta Farhana kepada seorang. Cinta Farhan juga kepada seorang. Mereka bertemu tanpa diduga. Mereka bercinta di usia muda. Mereka terpisah begitu lama. Saat indah menemukan mereka. Cinta yang lara mengorak semula. Puteri di hati puteri sejati, dipertemukan dalam sepotong kek black forest penambat restu Raja Permaisuri Farah Diba Biba.

Tengku Muzaffar indahnya nama. Turut memburu cinta Farhana. Juliana dijadikan orang perantara. Untuk merebut si gadis jelita. Buat menghias mahligai dibina. Buat merawat luka nan lara. Namun, ditepis Farhana yang setia.

Puteri hati puteri sejati bertemu putera hati putera sejati dalam nikmat sepotong kek black forest. Tersemaikah kebahagiaan dalam diri mereka? Adakah Farhan dan Farhana tetap setia setelah diduga?

Monday, February 7

Kucc Reviews: Jet Jonah by Ika Madera



Kata Kucc:

Naskhah ini "comel" isinya, mudah garapannya dan penyudahnya pula; anti-klimaks
yang manis!

Jet Jonah membawa tema tentang cinta dan kasih sayang. Cinta monyet yang dipendam sang aduka pada daranya yang bersemi sejak kecil kala masih hingusan dan rasa cinta itu kian mekar selepas pertemuan semula mereka setelah sekian lama terpisah. Alam maya menjadi jambatan penghubung. Cinta monyet bertukar jadi cinta agung Majnun pada Laila. Kasih sayang yang dipenakan penulis mengangkat ikatan dan rasa kekeluargaan sebagai subjek utama naskhah saya kira santai diterjemahkan penulis namun penuh metafora yang disisipkan didalam naratif
ringan ini.


Latar naskhah membawa penulis bermaustautin di tanah Ratu bersama Jonah dan Jet. Saya kira persembahan latar naratif dipenakan dengan cantik. Pembaca saya kira sama-sama dapat melancong ke tiap pelusuk tanah Ratu pada setiap langkah Jet dan Jonah.


Nur Jannah Ismadi dan Muhammad Izzat Ali adalah dua potret utama yang menjadi tunggak naratif ini. Dua partner is crime ini dipersembahkan dengan begitu adil oleh penulis. Saling menyokong antara keduanya. Potret Jonah yang nakal ketika kecil indah ditangani penulis dan dewasa Jonah bersama perubahan masa dan benua yang dipijak dilayarkan dengan cukup santau oleh penulis. Izzat aka Jet yang prihatin dan sangat penyayang sejak kecil disisipkan potretnya tanpa sedikit cela. kedewasaan Jet ditangan penulis membawa potret watak lelaki yang lebih matang. saya juga suka potret watak lelaki Jet kala dilanda angin cemburu. Kelakar!Perasaan itu dilayarkan dengan baik oleh penulis. Abang Karim, Ikhwan, Kak Melati, Abang Hassan, Yah dan Pak Kassim adalah warna-warni yang memberikan pelangi pada naratif ini.


Suntingan digarap cemerlang. Jalinan tiap peristiwa dan bab disulam dengan cantik dan teratur. Plot naratif yang banyak menyulam elemen flashback digarap dengan baik sekali dan dijalin semula dengan latar semasa tanpa ada lompangan
masa.


Gaya bahasa naratif ini mudah. Bahasa biasa. Tiada elemen dan lenggok bahasa paksi estetika.


Buat penulis, satu persembahan yang baik dari anda. Tahniah dan semoga gigih menimba ilmu untuk mencoret karya dimasa hadapan.

Rinn Reviews: Hanya Kau Kusayangi by Cahaya Izzati


Hanya Kau Kusayangi
Penulis: Cahaya Izzati
Editor Norsuraya Desa
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Buku Prima
9789675489860
RM19.90
sabah/sarawak RM22.90
534 mukasurat


"Hadirlah kasih di pandanganku agar terusir rindu yg bermukim di hati ini"


Cerita mempunyai flow cerita yg menaik. Dari bawah ke puncak cerita, kita dibawa menghayati kisah Anis Madiha. Penceritaan yg sederhana menjadi cerita ini tidak terasa heavy walaupun ada scene2 berat. Rasanya jenis buku yg pembaca tak kisah utk baca berulang kali. Bila dah mula baca memang rasa tak sabar nak habiskan :) Watak Tengku alya Nadia pada mulanya kelihatan jahat dan kemudian baik mungkin pada mulanya kelihatan janggal tapi perubahannya tu bukan saja memperdayakan Tengku Aidil Ezzary dan Anis Madiha, malah kita sebagai pembaca pun berasa terpedaya juga dengan sikap sebenar Tengku Alya Nadia.


Anis Madiha adalah anak yatim yg kehilangan ibu bapa pada usia muda. Pengalaman dibesarkan oleh abang menjadikan dia amat rapat dgn satu2nya saudara kandungnya itu. Pemergian abg dan kakak iparnya memaksa dia menggalas tanggungjawab besar. Kehadiran Aiman menyembuhkan luka hatinya. Tetapi Aiman juga menjadi punca dia tidak berteman kerana lelaki2 yg berminat dgnnya tak sangka gadis semuda Anis Madiha mempunyai anak. Apabila Tengku Aidil Ezzary menunjukkan minat terhadap dirinya, lelaki itu diperkenalkan kepada Aiman, anaknya tersayang. Aidil memang terkejut tetapi dia tidak dapat menolak perasaannya kepada Anis, lalu Aiman dijadikan jambatan utk memikat Anis. Aidil jatuh kasih pada Aiman dan Anis malah ibu dan bapanya juga amat menyenangi Anis dan Aiman.


Aidil yg semakin kerap bersama Anis dan Aiman membuatkan Tengku Alya Nadia dilanda cemburu. Cintanya yg ditolak oleh abg Aidil, Tengku Amir Husaini membuat cintanya beralih kepada Aidil. Tetapi Aidil juga tidak menyambut cintanya, sebaliknya berminat kepada seorg gadis kolot beranak satu. Dia tak dapat menerima hakikat bahawa dia kalah dgn gadis yg begitu. Sbg seorg model, dia berjaya menimbulkan kontroversi antara dirinya dgn Aidil malah turut menyeret Anis ke dalam isu yg sama sehngga Anis digelar janda perampas. Kontroversi yg melanda turut menyukarkan Anis utk memenangi kes hak penjagaan ke atas Aiman kerana dia telah diarahkan berenti kerja kerana kredibiliti syarikat terjejas apabila Anis merupakan antara peneraju utama dlm syarikat berkenaan. Pengorbanan Anis terlalu banyak dan mahkamah sendiri tidak dapat menolak hak Anis ke atas Aiman tetapi dengan syarat, dia mesti berkahwin dlam tempoh 4 bulan utk membuktikan dakwaan peguambelanya yg Anis akan berkahwin dalam tempoh 4 bulan tu bukan penipuan utk memenangi kes ini. Terpaksala Anis cari Aidil utk dilamar ;)


Bukan mudah menjadi bakal isteri Aidil walaupun keluarga Aidil tidak kisah, tetapi Aidil dikelilingi mereka yg mementingkan status. Dpt kah Anis bertahan dalam kelompok itu? Ada usaha belakang tabir yg cuba memusnahkan Anis dan Aiman. Tengku Sofea yg angkuh pun turut berubah menjadi baik setelah betul2 mengenali peribadi Anis yg tidak mementingkan diri sendiri. Kejadian Anis dan Airil (adik Aidil) ditangkap berkhalwat betul2 menguji kepercayaan Aidil terhadap dua org yg paling disayanginya. eh, byk lagi yg menarik utk dibaca dlm kisah ni, tak larat pulak nak taip semua ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/alongside@multiply/blurb


Anis Madiha merupakan seorg pereka laman berusia 24thn. Tapi dia mempunyai seorg anak lelaki, Aiman yg berusia 6 thn. Aiman adalah kebahagiaan buat dirinya. Segala-gala yg dilakukan adalah utk kepentingan Aiman. Namun, anak yg kian membesar itu memerlukan kasih syg seorg ayah. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada Aiman. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah. Tengku Aidil Ezzary pula sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak utk menerima Tengku Aidil Ezzary. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Apakah kuat kekuatan cinta Tengku Aidil Ezzary pada Anis Madiha?


"Taklah. Saya sygkan Aiman sebab dia adalah dia. Mungkin sebab usia saya yg makin meningkat buatkan saya faham kasih seorg ayah. Kalau saya jumpa awak lima tahun lepas, mungkin saya tak dapat nak terima kenyataan yg awak ada anak. Tapi saya bersyukur sebab jumpa awak selepas saya makin matang. Saya harap pertemuan kita tak terlewat." ~ Tengku Aidil Ezzary.


"Tapi... umpama kalung yg indah ini akan dipakai oleh patung tanah liat. Takut nanti kalau tanah liat itu mengotorkan pula kalung ni." ~ Anis Madiha


"Kenapa mama menangis? Mama sakit? Mama rindukan ayah ya? Janganlah sedih. Kan Aiman ada kat sini." ~ Aiman Adli


"Tu cuma you saja yg fikir mcm tu. Bukannya I. Bagi I, cinta tu mesti memiliki. Kalau I tak boleh memiliki org tu, tak ada sesiapa pun yg boleh miliki dia. Tu prinsip I." ~ Tengku Alya Nadia

------------
Cetusan idea utk menulis "Hanya Kau Kusayangi ini telah lama bermain di fikiran. Alhamdulillah... akhirnya impian saya tertunai jua. Watak utama cerita ini iaitu Anis Madiha... sengaja saya bentukkan perwatakannya menjadi seorg wanita yg tabah yg tak mudah menurut kata hati. Cinta yg hadir dianggapnya permainan perasaan. Konflik yg terselit dalam cerita ini tidak begitu berat. Jadi ianya sesuai dijadikan bahan bacaan ringan di waktu lapang. ~Cahaya Izzati~

Rinn Reviews: Harga Sebuah Cinta by Hani Fazuha


Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
451 mukasurat


"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"


Kalau nama Zhafir tidak disebut di awal cerita, mgkin watak itu tidak diberi perhatian sangat dari awal cerita. Fea gadis biasa tetapi menarik. Dia telah menarik hati Arman tetapi cinta mereka ditentang ibu Arman sehingga Fea dan ibunya yg bekerja sbg pembantu rumah dihalau keluar dari rumah Arman.


Persahabatan dgn Zura menemukan Fea dgn umi, Ikmal dan Zhafir. Ikmal tidak menyembunyikan rasa sukanya kpd Fea tetapi itu tidak disenangi bapa Zura kerana Ikmal sudah bersetuju utk menerima Nisha dan menggabungkan dua syarikat besar dalam urusniaga mereka. Zhafir juga sering meluahkan pendapatnya tentang kecantikan Fea yg sekali sekala terserlah membuatkan Fea sudah kurang senang berada di rumah Zura. Dunia pekerjaan menemukan dia semula dgn Arman yg masih menyintainya. Zura kelihatan akrab dgn Arman dan Zhafir sentiasa mengingatkan dia Arman lebih layak dgn Zura. Aku setuju dgn tindakan Fea tidak memilih Arman kerana mak Arman tu memang tak suka langsung kat dia. Tapi Fea tak dapat menolak perasaan cintanya yg masih mekar buat Arman.


Zhafir dijadikan jalan keluar utknya. Dia mengahwini Zhafir utk membuka mata Ikhmal menerima Nisha dan mahu Arman menerima Zura sbg ganti. Fea meletakkan berberapa syarat kepada Zhafir tetapi Zhafir menerimanya seadanya tanpa sebarang syarat. Fea takut dgn perasaannya sendiri yg semakin melepaskan Arman dari kenangan kerana Zhafir adalah seorg suami yg sangat penyayang dan bertimbang rasa.


Keyakinan Zhafir pada Fea teruji dgn hubungan kerja antara Arman dan Fea. Dia tak dapat menolak rasa cemburu yg melanda. Cinta yg mula berputik dilanda ujian yg menguji cinta mereka. Masa ni la Jesica pulak muncul kembali membuat Fea pulak dilanda cemburu dan syak wasangka.


Kisah Fea dalam membuat pilihan pasangan hidupnya memang menjadi teka teki menarik utk kita ikuti. Zhafir memang seorg yg caring dan tidak terlalu menonjol diri ketika Arman dan Ikmal sibuk mempromote kan diri pada Fea. Dalam keadaan low profile tu dia sempat juga memunculkan diri sbg penyelamat dan pelindung Fea. Kisah yg menarik tetapi penceritaan yg agak detail tentang perlakuan Fea-Zhafir aku rasakan tidak perlu. Tak sangka Zura seorg yg sangat bertimbang rasa dan berfikiran positif. Penerimaan positif Zura terhadap pengakuan Arman yg cintakan Fea membuat Zura terharu dgn pengorbanan Fea utknya.


Walaupun kisah ini lebih simple berbanding Bebunga Kasih, tapi aku lebih suka citer ni yg terasa lebih kemas walaupun mcm jalan ceritanya sangat control ayu :) Sapa penah tengok citer Betty La Fea? 'Fea' tu maksud dia ugly.


sure fine whatever
rinn


blurb/gengkicap/ sinopsis


Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dgn titis air mata?


Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yg menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.


Perkenalan Fea dgn Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yg menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.


Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yg telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat utk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir2 dia terhenyak duduk tidak berdaya.


Dlm kekalutan, Zhafir tiba2 menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafirr, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata utk mendptkan haknya sbg suami?


Ada apa pada gadis biasa sptnya sehingga byk hati yg harus terluka?