Thursday, July 29

Kucc Reviews: TiaDa SeperTimu...


‘..Cinta atau benci semuanya bermula dari hati. Jika dua hati bersatu, maka cinta akan muncul. Jika satu hati terlerai, maka cinta akan hancur berderai...’

Apa Kata Saya:

Karya ini seperti kebanyakan karya penulis ini bermula dengan format e-novel di blog beliau sebelum dipindahkan ke versi cetak.

Jika dilihat daripada judulnya sahaja, pembaca pasti sudah dapat mengagak isinya yang membawa makna sebuah kisah romantik. Ya, ini sebuah kisah genre romantik yang disulami sedikit sisipan unsur suspen sebagai rencah yang merancakkan lagi perjalanan cerita. Saya kira penulis semakin mahir mengolah naratif yang berformat sebegini namun penulis bagi saya secara peribadi lebih handal di dalam menghidupkan naratif yang bergenre romantik.

Tiada Sepertimu (TSM) membawa pembaca mengenali seorang Kiefli Benjamin. Anak muda yang berjiwa besar, pekerti mulia namun sukar ditebak isi hatinya. Rasa kecewa pada perlakuan bapanya, Qadrim yang dianggap penyebab utama kematian satu-satunya adik; Fiza membawa Kiefli hidup jauh dari keluarga biarpun terpaksa membuatkan ibu tersayang bersedih hati dengan keputusannya. Kiefli yang mempunyai sebuah restoran; De’Raya begitu komited didalam memajukan perniagaan yang diceburi. Persahabatan tulus yang terjalin antara Kiefli dan Rubiah membawa dirinya mengenali anak Rubiah; Zara Melissa si ejen insuran yang keras kepala dan begitu sukar difahami rentak dirinya. Zara yang secara terangan tidak menyetujui persahabatan antara keduanya lantaran meragui niat Kiefli terhadap Rubiah. Zara yang lincah, degil adalah cabaran buat Kiefli tatkala tanpa diduga dia diminta Rubiah menikahi anak gadisnya itu. Demi permintaan Rubiah yang diambang maut, Kiefli yang masih terikat hatinya pada sang kekasih lama sukar menerima permintaan Rubiah namun hatinya yang lembut akur dengan rayuan sahabat yang tidak berdaya. Tidak Zara ketahui hasrat Rubiah itu terkandung kisah tersirat yang bakal mengubah persepsi dirinya pada Kiefli. Zara dan Kiefli akur melangkah ke gerbang perkahwinan bersyarat yang akhirnya tanpa dirancang membuka hati beku kedua-duanya untuk saling kenal, saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing juga saling merasai ikatan antara mereka biarpun secara zahir ia cuba dinafi. Saat hati sudah saling seia dan sekata, kemunculan Intan merobek hati Zara dan kemunculan kembali Rania memaksa Kiefli bertindak demi Zara biarpun dia tahu keputusan itu bakal melukakan lagi Zara.

Rentak penulisan sang penulis ini yang saya kira lebih sinonim dengan
unsur-unsur romantik ternyata berjaya digarap dengan baik sekali lalu memberi peluang pembaca menyusuri sebuah kisah kehidupan yang begitu menarik dibaca. Mungkin ada beranggapan kisah kahwin paksa atau kahwin kontrak ini sudah terlalu kerap dipersembahan dalam karya-karya di pasaran sebelum ini namun penulis memberikan nafas baru didalam pengolahannya menerusi kelainan jalan dan jalinan cerita yang diukir beliau didalam naratif ini.

Persembahan plot berjajaran kronologi ini cemerlang ditangani penulis. Bagi saya penulis semakin hebat mengawal pergerakan plot agar Nampak teratur, kemas dan tiada lompang yang berkemungkinan akan menjejaskan fokus pembaca. Plot TSM dibina dengan unsur dramatik demi mencuri perhatian pembaca dan ternyata penulis sangat Berjaya di sini. Tema cinta dan kasih sayang adalah yang tema yang begitu popular dan cinta yang diangkat di dalam TSM lebih kudus dan tulus didalam memberi pemahaman secara lebih mendalam hubungan kasih sayang sesama manusia itu begitu luas dan tiada sempadannya.

Laras bahasa pilihan penulis didalam naratif ini lebih bersahaja, selamba dan bersesuaian dengan persembahan jalan cerita. Tiada penggunaan elemen-elemen personifikasi juga metafora yang sukar difahami maknanya oleh pembaca. Sunting dikawal baik didalam memastikan persembahan naskhah ini nampak hidup dan tidak bercelaru dari satu peristiwa ke peristiwa yang lain.

Dari sudut perwatakan memperlihatkan kecemerlangan Kedua-dua watak utama; Kiefli dan Zara yang menerajui naratif ini. Watak Kiefli dan Zara seimbang dan cemerlang digarap penulis. Mainan emosi juga pergolakan dalaman kedua-dua watak utama ini dilayarkan dengan baik oleh penulis. .Rahsia yang melingkari kehidupan kedua-dua tunjang utama ini dalam mencari jawapan pada persoalan tersebut dibuka hijabnya dengan begitu baik sekali. Watak Rubiah, Jaherry, Gabriel, Romei,
Rueben, Zakry, Intan juga Camelia adalah sokongan kepada lengkapnya kisah ini disamping kecemerlangan garapan watak Rania yang misteri.

Kepada penulis, sekalung tahniah atas persembahan hebat untuk naskhah ini.. Semoga Nita akan terus hebat melakar kisah-kisah lain dimasa hadapan untuk tatapan para pembaca juga penggemarmu.

Kucc Reviews: NaMa AtaS KerTas...


" engkau boleh bersembunyi di mana saja...tapi aku akan tetap menjumpaimu!"

Apa Kata Saya:

Sudah agak lama juga karya berpaksikan genre Thriller tidak saya baca. Terakhir adalah Labyrinth dan Gapura. Nama Atas Kertas (NAK) karya pertama penulis ini yang saya baca memberikan satu keterujaan rasa yang sukar dilafazkan. Satu karya yang saya kira sungguh uummph! Usai menamatkan pembacaan ke atas karya ini yang telah memaksa minda saya sama berfikir dan berlari untuk mengejar si licik nan bijak yakni sang pembunuh yang menjadi buruan pegawai penyiasat polis; Faiz dan pasukannya demi menamatkan sebuah siri kegilaaan yang sungguh sadis!

Perasaan dendam yang dipendam jika tidak dikelolakan dan ditangani dengan penuh berhemah bisa membuatkan manusia yang bijak hilang pertimbangan akal nan waras. Perasaan tertekan kesan dari rasa itu akan membentuk sebuah identiti diri yang mengundang bahaya bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga pada insan lain disekitarnya. Inilah persoalan utama yang saya kira diangkat didalam karya hebat
ini dan digarap dengan begitu bijaksana oleh penulis untuk diterjemahkan kepada
pembaca untuk sama-sama berfikir kesan dan akibat dari persoalan berkenaan. Mesej penulis saya kira jelas, setiap kejadian biar baik atau buruk pasti ada hikmahnya. Setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Perwatakan adalah nadi dalam setiap naratif. Tidak dapat dinafikan. NAK mengengahkan seorang pegawai polis, Faiz selaku hero yang menerajui naratif thriller hebat ini. Watak Faiz ditangani dengan sangat baik dan penulis saya kira begitu menjiwai emosi diri seorang pegawai polis yang tertekan dengan beban tugasan menjejak penjenayah bijak nan berbahaya dan pada waktu yang sama perlu mengendalikan gelodak dalaman jiwanya yang kehilangan isteri yang dibunuh demi dendam penjenayah pada dirinya. Kredibiliti Faiz selaku pegawai polis diterjemahkan ke kanvas oleh penulis dengan begitu berkesan sekali. Pembaca jadi begitu mengagumi pegawai polis muda nan berwibawa ini. Perwatakan Hanim saya kira stabil ditangan penulis. Biar tidak begitu menonjol berbanding Faiz, sisi watak Hanim dibangunkan secara sederhana lengkap dengan mainan perasaan wanita muda yang terjerat rasa kasih namun tidak pasti mahu meluahkannya. Komposisi watak Hanim di dalam menjalankan tugas kepolisian adalah pelengkap pada Faiz. Gambaran ini diterjemahkan dengan sangat baik sekali oleh penulis. Keakraban dalam tugas antara keduanya adalah buktinya. Aswadi Hamzah si wartawan agresif lagi sensasi dari Warta Harian adalah watak pembantu yang memberi warna dan rentak pada persembahan naratif ini. Begitu juga watak Prof. Zaman; si pakar psikologi dan Tuan Kamal. Masing-masing memberi sumbangan yang mengangkat
naskhah ini menjadi cukup rencahnya. Perwatakan si gadis misteri Natasya Haliza begitu mengujakan, begitu mendebarkan dan dirinya dipersembahkan penulis dengan begitu bijaksana sekali!

Gaya bahasa naratif ini mengaplikasikan lenggok bahasa pertuturan biasa. Tiada penggunaan elemen estetika nan mempesona dan mengasyikkan tapi karya ini tetap mempunyai kelasnya yang tersendiri dengan pengenalan penuh berinformasi penulis terhadap dunia sains forensik, psikologi juga tidak ketinggalan informasi berkenaan ilmu grafologi. Ternyata perkongsian informasi dan maklumat ini secara tidak langsung menambahkan pengetahuan pembaca berkenaan bidang tersebut. Plot disusun begitu teliti dengan latar masa, tempat dan waktu pada tiap bab. Menerusi suntingan yang cemerlang, urutan tiap peristiwa dijalin dengan cukup baik menerusi perletakan elemen berkenaan lalu berjaya membina sebuah landasan bacaan yang cukup mendebarkan pembaca!

NAK memperkenalkan pembaca dengan kejadian pembunuhan sadis bersiri yang dilakukan seorang penjenayah yang begitu licik namun cukup bijak! Pembunuh tersebut akan mengirimkan notis obituari setiap mangsanya kepada seorang wartawan sensasi dari Warta Harian; Aswadi Hamzah dengan tujuan untuk disiarkan. Didalam mulut mayat setiap mangsanya, akan ditinggalkan kertas/puzzle mengandungi sebuah teka-teki untuk diselesaikan oleh pihak polis dan pada teka-teki itulah terkandung maklumat kesalahan yang dilakukan mangsa-mangsa berkenaan. Faiz dan rakannya Hanim yang mengetuai siasatan menghadapi jalan sukar dan buntu untuk menjejak pembunuh kejam berkenaan dan juga menyelesaikan teka-teki yang ditinggalkan hinggalah seorang prof.matematik; doktor Sufiyan berjaya menyelesaikannya dan membawa Faiz dan pasukannya pada pembongkaran jenayah yang dilakukan mangsa-mangsa. Biarpun pada mula enggan percaya, namun siasatan terperinci pada setiap mangsa membuktikan kebenaran dakwaan pembunuh obituari tersebut. Menggunakan kaedah psikologi menerusi bantuan prof Zaman, penyiaran notis obituari yang dihantar pembunuh dihentikan penyiarannya dengan harapan agar rasa keterujaan pembunuh disekat namun malang, tindakan tersebut
menimbulkan kemarahannya pada pihak polis lalu tanpa diduga, Hanim dipilih menjadi mangsa seterusnya!

Buat penulis, sukar digambarkan kekaguman saya tatkala menyelusuri Thirller nukilan anda ini dan seusai membacanya ingin saya pahatkan ucapan tahniah atas persembahan yang cukup cemerlang ini. Pena anda ternyata begitu berjaya membuatkan degup jantung saya berlari kencang. Pena anda berjaya memahat dan memaku pandangan mata saya untuk terus setia pada kanvas kertas putih kaku ini hingga ke laman akhirnya. Buat pembaca yang tercari-cari sebuah karya yang akan membuatkan minda anda diuji dan dicabar hebat maka Nama Atas Kertas adalah pilihannya.

Kucc Reviews: EniGma


"setiap dari kita punya rahsia silam tersendiri..."

Apa Kata Saya:

Sulit dan sukar difahami. Itulah Enigma. Satu cetusan kisah bagaimana manusia ini adakala memang terlalu sulit dimengertikan, payah dibaca isihatinya dan sukar dijejak tindakannya. Tenang dipermukaan namun deras berkocak didasarnya. Siapa tahu bukan! Tema juga mesej penuh simbolik inilah yang dibawakan penulis buat titipannya kepada para pembaca. Awas, salah menduga, anda pasti terperangkap oleh mainan licik penulis berbakat ini. Ternyata naskhah kecil dan tidak mewah ini punyai nilai cerita yang begitu baik untuk diteladani kita semua. Pengisiannya penuh informasi yang berguna. Maklumat berhubung perihal saka, santau diterangkan dengan begitu baik sekali oleh penulis.

Plot naratif dipersembahan dengan berformatkan selangseli past and present dilengkapkan dengan latar masa pada setiap bab. Saya kira penulis memilih kaedah begini demi memberikan maklumat awal dan terperinci pada pembaca tentang latar dan kisah silam setiap watak yang dicipta. Masing-masing punyai sejarah diri tersendiri. Hitam dan putih.

Watak dan pewatakan dalam naratif ini seimbang peranannya. Razif, Syukri, Zilla, Rina, Aisyah juga Suria tidak ketinggalan Lokman diberikan fungsi dan mainan watak secara adil namun jika mahu dipilih, saya pilih Aisyah selalu hero naskhah ini. Saya sukakan cara penulis memprovokasi pembaca dengan cetusan mainan emosi nan mendebarkan untuk memaksa pembaca menuding jari mencari pesalah atau suspek didalam naskhah thriller ini.

Garapan bahasa sangat mudah. Tiada sebarang unsur bahasa melankolik atau unsur-unsur puitis diterapkan dalam naskhah ini. Ini tepat kerana corak penceritaan sebegini lebih sesuai mengaplikasi lenggok bahasa mudah dan biasa. Suntingan saya kira baik biarpun pada adegan tertentu ada sedikit menimbulkan persoalan.

Enigma membawa pembaca kepade ekspedisi 6 kakitangan dari sebuah syarikat ke Tasik Pedu. Dengan diiringi seorang jurupandu; Lokman yang dicadangkan resort tempat mereka menginap Razif, Syukri, Zilla, Rina, Aisyah juga Suria memasuki hutan Tasik Pedu. Ekspedisi yang disangka sekadar mengisi masa lapang rupa-rupanya mengundang padah. Kematian Razif yang tiba-tiba dan mengngerikan mengundang persoalan dikalangan anggota ekspedisi. Tuduh menuduh tidak kurang yang hilang arah dengan kematian Razif selaku ketua kumpulan. Kehilangan satu-satunya alat perhubungan mereka dengan dunia luar yakni telefon bimbit Syukri sangat misteri dan membingungkan semua. Tindakan mereka mencari jalan keluar menemui jalan buntu dan Lokman mengisytiharkan mereka sesat bila percubaan mereka keluar gagal dan perjalanan mereka membawa mereka semula ke tapak perkhemahan di mana Razif dibunuh!Keadaan makin gawat bila Zilla pula menjadi mangsa seterusnya dengan modus operandi yang sama seperti kematian Razif. Kehilangan Rina tambah menakutkan ahli yang tinggal. Lalu hanya tinggal Syukri, Aisyah juga Suria bersama Lokman yang masih menunggu bantuan tiba. Dan kemuncak kematian Syukri membongkar dalang disebalik tiap kejadian yang menimpa. Aisyah akhirnya menemui siapa pembunuh sebenar lalu dia terpaksa bertarung demi menyelamatkan nyawanya bila penemuannya itu berjaya dihidu si pembunuh!

Buat penulis, anda sangat kreatif dengan cetusan idea anda yang cukup unik dan tersendiri. Moga terus kreatif berkarya dan memperjuangkan genre yang anda mahir ini dengan sebaiknya.

Tuesday, July 27

Trionovel Alaf21 - Ogos



Tajuk : Takkan Pernah Jauh
Penulis: Shanika Latisha
Harga: RM18.00
Halaman: 480
SBN: 978-983-124-583-5

Sinopsis: NUR DYBA dan Shah Idham merupakan teman rapat di universiti. Takdir menemukan mereka dengan sepasang bayi kembar merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Menjaga si kembar secara bergilir-gilir telah memutikkan rasa cinta tanpa disedari. Masing-masing menyimpan perasaan, tetapi tidak berani untuk berterus terang. Belum sempat hubungan itu bertukar status, konflik mula melanda diri.

Hanya kerana satu rahsia yang terpaksa disingkap, Dyba kehilangan dua insan yang amat disayangi. Ketakutan menyebabkan dia membawa diri. Sementelah, dia juga memendam rasa akibat kecewa dengan sikap Shah yang tidak berani meluahkan kata cinta. Bertahun-tahun Shah nanar dengan perpisahan itu. Namun, kepulangan Dyba mengubah segala-galanya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, menyukarkan cinta mereka untuk bersatu. “Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan.”




Tajuk : Cinta 3 Suku
Penulis: Herna Diana
Harga: RM19.90
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-582-8

Sinopsis: ‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.





Tajuk : Realiti Kasih
Harga: RM15.00
Halaman: 368
Penulis: Qursiah Hanum
ISBN: 978-983-124-525-5

Sinopsis: RASA kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.

Mereka jadikannya seperti kambing hitam. Dia benarbenar dikhianati. Dia amat yakin bahawa mereka melakukan itu semua kerana mahunya keluar dari situ. Kalaupun mereka masih mahukan khidmatnya, mereka tidak patut memalukannya di hadapan khalayak secara terang-terangan dan terancang. Maruah dirinya di injak-injak!

Siti Nurzihan menelan segala kedukaan yang ter pendam di lubuk jiwanya sekian lama. Dia mula bangkit untuk memulakan harinya walaupun bukan di tempat lama. Malah, isi hatinya diluahkan melalui pena. Bukankah itu adalah realiti? Realiti kasih yang biar orang tahu bahawa dia punya perasaan dan impian.

Monday, July 26

Baru di Pasaran :)


Sinopsis:
Sesuci Cinta, merupakan novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran lelaki yang bernama Behzad. Namun manusia… sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?


Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleeya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?


Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?


Kompilasi ini wajib dimiliki anda yang gemar membaca novel romantis. Anda boleh mendapatkan kompilasi ini eksklusif di semua cawangan kedai buku Popular tidak lama lagi pada harga yang cukup istimewa. Turut disertakan ialah penanda buku istimewa dalam setiap kompilasi eksklusif ini.



---------


Berbisiklah Rindu
Suhaniza Sulaiman
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-67-9
480 mukasurat

Tarikh Terbit: 27 Jul 2010

Kerana dendam lampau yang tidak berkesudahan, ramai yang telah merana dan menjadi korban. Kerana dendam itu juga, maka terciptalah pertemuan antara Iswan, Misha, Haikal dan Marsha. Pertemuan yang tidak dirancang membuka lembaran baru dalam hidup Iswan yang masih lagi terluka serta kecewa ditinggalkan si kekasih sewaktu ikatan pertunangan ingin disatukan menjadi ikatan suci suami isteri yang berkekalan abadi. Ia juga memberi sinar cinta dalam hidup Misha yang kini sudah mula mengenal erti rindu dan kasih sayang yang membuai hati dan perasaan. Malah menjanjikan seribu satu kebahagiaan buat Haikal dan Marsha yang masih lagi dibelenggu kisah silam yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Musibah yang datang akibat peristiwa lampau yang masih lagi memburu hidup mereka begitu menguji sedalam mana kasih sayang di antara empat insan bercinta ini. Namun kerana bisikan rindu yang kuat menggamit jiwa dan kasih sayang yang sentiasa utuh di hati, mereka mampu mengukuhkan ikatan percintaan yang murni sehingga berjaya mencipta kebahagiaan buat selamanya.

-------

Jika Bukan Kerana Bintang
DHIEYA ADLYNNA
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-68-6
592 mukasurat

Tarikh Terbit: 2 Ogo 2010


Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak.


Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta. Malah kehidupannya juga banyak diaturkan oleh neneknya, Datuk Hasnie yang merupakan pemilik Wadah Sejati Holding. Malah hubungan dengan mamanya, Zubaidah juga dingin dan tidak seperti hubungan antara mama dan adik bongsunya Haniff yang sangat akrab. Takdir telah menemukan Maisara dan Dhamiri di salah satu pusat boling di Kuala Lumpur. Tanpa mereka sedari yang mereka memang benar-benar mula mencintai antara satu sama lain. Kemunculan Yusnie merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Datuk Hasnie membuatkan hubungan Dhamiri dan Maisara semakin retak. Kisah cinta mereka semakin tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga sanggup memfitnah Maisara kononnya mengandungkan anak Haniff, adik Dhamiri sendiri. Sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?

--------


Antara Benci dan Rindu
Penulis: Ida Farisya
RM19.00
Sbh /Sarawak RM22.00
Penerbit Kaki Novel Enterprise
Harga Semenanjung: RM19 Ahli KN: RM15
Harga Sabah/Sarawak: RM22 Ahli KN: RM18


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.
Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?
Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.
Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.
Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.
Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.
Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.
---------



Coke and Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
SAbah/Sarawak: RM21.00
Harga Semenanjung: RM18 Ahli KN: RM14
Harga Sabah/Sarawak RM21 Ahli KN: RM17


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Review: Ad + Iz by Eury Athena


Ad + Iz
Penulis: Eury Athena
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama 2010
RM21.00
sabah/sarawak RM24.00
636 muka surat


"Aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat... untuk itu izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku..."


Aku start baca buku ni before pegi KK dan aku tak bawak buku ni masa ke sana. Kang nanti letih jer bawak tapi tak baca sbb mesti letih ngan aktiviti merantau. :) balik jer dari KK sekejap jer aku abis kan.


Ad + Iz adalah cerita kawin kontrak. Bagi penggemar genre ni, ni tentulah jadi pilihan korang :)


Kisah ini pada mulanya kelihatan biasa saja. Ad berkahwin dgn Iz sbg pengganti Marina yg malu utk bergandingan dgn lelaki gemuk spt Iz. Iz cabar Ad supaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah manakala Ad mencabar Iz supaya kurus :)


kepulangan Marina membuka harapan Iz utk kembali ke pangkuan kekasihnya. Marina tu terus nak balik ngan Iz bila tengok Iz tu dah slim. Ad sudah mula menyemai kasih pada Iz. Iz pulak mcm confuse dgn perasaan sendiri sbb bila dia bersama Marina, dia tak rasa happy seperti ketika dia bersama Ad yg macam2 perangainya dan most of the time gila2 tu.


Aku suka dgn kelucuan yg dicetuskan dlm cerita ini terutamanya dialog2 yg selamba dan mengundang tawa. Tetapi penggunaan ganti nama 'aku' yg diselang seli dgn penceritaan pihak ketiga sedikit mengganggu penghayatan cerita dan kelihatan kurang kemas.


Konflik2 yg timbul selepas kembali nya Marina dan penglibatan Tengku Faris (bapa Iz) menjadikan cerita ini interesting dan ada misteri yg perlu dirungkaikan. Ad sendiri tidak menduga background dirinya sudah lama wujud dlm file Tengku Faris walaupun dia secara tidak sengaja terjebak dlm perkahwinan dgn Iz. Fakta yg diputar belitkan membuatkan Ad kelihatan seperti seorang pemasang perangkap yg sangat profesional sedangkan dia sendiri tak tau apa2 dan sedang melayari hidup bahagia bersama Iz.


Memang geram betui dgn ibu tiri dan adik2 tiri Ad tu. Tak sedar diri betul!


Kalau aku jadi Iz pun aku akan menyalahkan Ad kerana dia buat pengakuan umum tu... Unexpectedly aku sangat suka dgn cara penulis merangka bab2 akhir cerita ni. Mendebarkan dan tangkap nangis tu... Good ending yg membuatkan kita rasa puas dan sangat berbaloi membaca naskah setebal 636 muka surat ni :)




blurb / sinopsis belakang buku:


Kita dirancangkan untuk bertemu...
kita ditakdirkan untuk berjumpa...
namun adakah utk bersatu... buat selamanya?


Adrianna Mayesa, seorg pekerja butik pakaian yg sanggup berbuat apa sahaja utk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.


Salah faham yg berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelangga, membuatkan Adrianna terjebak ke dlm perkahwinan kontrak yg merubah 360 darjah paksi hidupnya.


Bermula dari detik itu, dia hidup dlm kemewahan di samping Tengku-tengku yg bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sbg seorg 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yg tidak pernah suka dan senang dgn kehadirannya.


Di saat Adrianna mula selesa dgn kehidupannya, sesuatu yg selama ini dirahsiakan dan langsung tidak diketahuinya muncul... lantas meragut kebahagiaannya.


Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku utk cintamu...

Monday, July 5

Bonus Alaf21 Julai - Eka Fahara


Tajuk : Sayang Sepenuh Hati
Penulis: Eka Fahara
Harga: RM19.90
Halaman: 512

Sinopsis: KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Thursday, July 1

Trionovel Julai Dari Alaf

Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Hezzy Azra
ISBN: 978-983-124-562-0

Sinopsis: BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci.

Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.


Tajuk : Jauh Kau Pergi
Penulis : Dhiya Zhafira
Penerbit : Alaf21

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.
Namun SESUATU berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa JAUH KAU PERGI....namun aku tetap setia menanti...


Harga: RM17.00
Halaman: 428
Penulis: Arfa Ardiya

ISBN: 978-983-124-570-5


DISEBABKAN peristiwa pahit yang mengisi ruang hidupnya dahulu, Zuha kini menjalani destinasi hidupnya dengan penuh trauma. Kecurangan teman lelakinya, Faizul bersama rakan sekelasnya, Rina dan cacian yang diterima daripada teman sebiliknya, Ira menambahkan lagi beban yang dipikul. Kisah duka itulah yang dibawa ke mana-mana. Lantaran itu, Zuha menjadi takut dan tidak berani membuka pintu hatinya kepada mana-mana kaum Adam. Baginya, sahabat baik atau kawan lelaki memang tidak boleh dipercayai. Biarlah dia hidup dalam dunia sepinya. Dia sanggup dianggap sombong asalkan hatinya elok terpelihara.

Namun kehadiran bekas teman sekolahnya, Idzhan mengajarnya kembali erti kasih dan sayang. Rupa-rupanya hati jadi tenang bila diselubungi cinta.
Apatah lagi, kemaafan itu menjadi penawar yang cukup indah... Malangnya, bahagia itu juga seakan jauh. Kehadiran Ira dan kemunculan Faizul menambah semula derita di hati Zuha. Adakah dia memang tidak layak untuk melihat bunga-bunga cinta itu berkembang mekar? Haruskah dia sendiri hingga akhir nanti?

Akan datang dari Buku Prima


Tajuk : Terzahir Di Sanubari
Penulis : ADRA ADLINA
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-5489-60-0
Halaman : ~624 hlm
Tarikh Terbit: 1 Jul 2010


Analia seorang gadis sederhana yang menjadi posto di saat perhatian para jejaka tertumpu pada teman sekampungnya. Namun ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan Ejal tertawan untuk bersahabat dengannya, ‘Bom jangka’ adalah gelaran untuk lelaki itu di awal perkenalan. Tanpa diduga, muncul pula Nafiz yang tidak pernah tergambar di fikiran Analia untuk menjadi peminatnya. Dia teruja disebabkan suatu peristiwa yang masih berbekas di hati. Tanpa paksaan, Analia sedar bahawa dia perlu mengadili berdasarkan hati dan perasaan.




Tajuk : Igauan Semalam
Penulis : ZAIFUZAMAN AHMAD
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-66-2
Halaman : ~496 hlm
Tarikh Terbit: 7 Jul 2010

Yuhanizan seorang guru muda di Johor Bahru dan penulis novel kisah seram. Semuanya bermula tatkala dia berpindah ke rumah baru bersama dua lagi rakannya iaitu Fauziah dan Azlivinia. Tidak berapa lama selepas mendiami rumah baru itu, Yuhanizan mula dihantui dengan kejadian aneh. Kemunculan pocong yang tidak diketahui asal usul itu menjadikan dia semakin takut. Kejadian aneh itu semakin lama semakin ketara. Di dalam waktu yang sama Yuhanizan berkawan rapat dengan cikgu Helmi. Dalam diam rupa-rupanya cikgu Razman juga menaruh hati pada Yuhanizan. Namun cintanya tidak disambut oleh guru muda itu, lalu Razman kecewa. Yuhanizan mula memberitahu kejadian pelik itu kepada dua rakan serumahnya. Mereka berusaha memanggil bomoh untuk memulihkan rumah itu. Namun gangguan pocong itu semakin lama semakin kerap menghantui Yuhanizan. Dalam ketakutan itu akhirnya Yuhanizan terbunuh. Akhirnya rahsia gangguan itu terbongkar apabila Fauziah membaca manuskrip milik Yuhanizan. Apakah rahsia di sebalik manuskrip itu?

Akan datang dari Fajar Pakeer



Tajuk : Ada Dalam hati
Penulis : Sue Rasmin

Aidid Rayyan dan Jenissa, saling merindu, namun cinta yang tidak sempat diucapkan sering kali menyeksa jiwa. Aidid menyangka Jenissa telah pergi jauh daripadanya walhal keduanya sering berselisih di mana-mana.

Suatu ketika, Jenissa tersedar betapa memuncaknya rasa rindu hingga memaksa diri untuk mengalah. Jenissa hadir tepat pada masanya. Aidid pula sedaya upaya cuba menggunakan kesempatan yang ada. Aidid menuntut jawapan dan balasan untuk cinta yang diungkapkannya. Jenissa yang pemalu akhirnya akur pada kata hati lalu. Bagaimanapun peristiwa itu berlaku jua, membuatkan Jenissa menarik balik semua ayat-ayat cinta yang dinukilkan buat Aidid Rayyan. Hatinya sakit apabila yang ada dalam hati tidak dihargai kekasih hati.

Sejauh manakah kuatnya cinta yang mampu menyatukan dua jiwa, jadi satu hati, sedang pelbagai konflik dikecohkan di sekeliling mereka? Dan benarkah hati seorang perempuan itu umpama kerak nasi yang akan lembut akhirnya? Mungkinkah perasaan yang ada dalam hati bakal melepasi semua gelora diri?



Tajuk : Bertaut Sayang
Penulis : Nisa Humaira

Benarkah cinta sejati itu terlalu sukar untuk dimiliki? Adakah kasih suci itu mampu untuk dikecapi atau semua itu hanya sekadar angan dan mimpi?

Zarynn Nursofeanna, gadis cantik yang memiliki segalanya. Dia punya rupa dan semua yang diimpikan wanita lain. Namun hatinya terlalu sukar untuk dimiliki. Dia tidak percayakan cinta. Kekecewaannya di masa lalu membuatkan hatinya bagai terlalu keras untuk menerima kehadiran seorang lelaki sehingga dia sanggup untuk membuat temu janji demi temu janji dengan lelaki-lelaki yang ditemuinya dalam ruang sembang.

Kauthar Zaffrin, lelaki yang hanya mengimpikan kehidupan yang sederhana. Cintanya pernah dihancurkan oleh wanita bernama Haifa Jameela, membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Namun, kehadiran Zarynn mengubah segalanya. Hati yang dulu tertutup kembali terusik. Pun begitu, dia tahu Zarynn tidak mampu untuk dimiliki. Gadis itu terlalu sempurna di matanya. Lantas dia sanggup bertaruh dengan nasib hidupnya.

Bagaimanakah berakhirnya sebuah pencarian? Mungkinkah ada mentari esok yang mampu memberi sinar dan membawa pergi mendung luka semalam? Adakah akan bertaut sayang dalam hati dan jiwa mereka?





Tajuk : Hanya Kenangan
Penulis : Sofieza Iskandar


Ikatan persahabatan yang terjalin antara Suraya dan Tasya sejak di bangku sekolah lagi. Malah ikatan persahatan itu semakin kukuh dan kuat apabila Tasya mengahwini abang Suraya, Adam. Mereka berkongsi segala cerita. Suka dan duka.

Pertemuan dengan Mak Leha dan cucunya, Taufiq, melimpahkan belas di hati Suraya. Lalu bantuan dihulurkan tanpa curiga. Mak Leha dianggap bak ibu yang tidak pernah dia ada. Taufiq pula anak yang tidak pernah dilahirkan, adik kepada Hayqal, anaknya bersama suami tersayang, Azman.

Tiada yang menyangka, pencarian Mak Leha ke Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan perempuan yang pernah memecahbelahkan hubungan suami isteri mereka dahulu. Azman bermain kayu tiga dengan perempuan itu dan Suraya bersarang gusar. Bimbang kalau-kalau pertemuan dengan wanita itu bakal memutikkan perasaan sayang Azman kembali, walau suaminya bersumpah sayang dan setia untuknya.

Dan Taufiq, darah daging Azmankah? Sanggupkah pula Tasya mengambil anak kecil itu sebagai anak angkat sedang hati teman baiknya penuh sangsi, sama ada Taufiq anak Azman ataupun tidak? Adam pula, mahukah menerima kehadiran anak angkat hanya kerana perkahwinannya dengan Tasya tidak beriring cahaya mata?


Thursday, June 24

Pesta Buku Selangor 2010

Tempat : KompLeks PKNS, Shah ALam
Tarikh : 25Jun-5JuLai 2010 (11 hari)
Jam : 10 pagi – 9 maLam
Website : http://www.pestabukuselangor.com/



PETA LOKASI KE TAPAK PESTA BUKU



JADUAL PENULIS BUKU PRIMA


26 Jun (Sabtu) -
Syikin Syukor (Coklat, Bunga & Si Cupid)
Nurul Rabihah (Tanpamu Di Sisi)

27 Jun (Ahad) -
Liza Nur (Biarkan Ia Pergi)
Nurul Syahida (Aku Kan Novelis)

3 Julai (Sabtu) -
Kamsiah Abu (Seandainya Kau Ada)
Nurul Syahida (Aku Kan Novelis)

4 Julai (Ahad) -
Liza Nur (Biarkan Ia Pergi)
Syikin Syukor (Coklat Bunga & Si Cupid)


JADUAL PENULIS JEMARI SENI


JADUAL PENULIS ALAF21



Wednesday, June 23

Akan datang dari Syud


Tajuk : Untuk Awak Teja Aulia
Penulis : Syud
ISBN: 978-967-5118-35-7
Harga: RM20.00/RM23.00
pesanan online: RM18.00 (mulai 5 Julai 2010)

dalam benakku, lama t
ertanam sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa :(

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi :(

* * * *

SYUD menulis ceritanya seperti ‘melukis’. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah ‘lukisan’ yang cantik sekali