Saturday, September 10

Terbaru daripada Fajar Pakeer

Tajuk : Teman Serumah
Penulis : Zuera Rasiddin
ISBN: 978-967-365-088-0
Sem. Malaysia: RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00

“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”
“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungki perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?

Tajuk : Kemilau karya Kasih
Penulis : Noorfadzillah Omar
ISBN: 978-967-365-086-6
Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00

Tak kenal maka tak cinta. Itulah perkara yang sering didengar Sofea Emilia. Namun, perkara itu langsung tidak diterima oleh akalnya.

“Saya tak hairanlah dengan gelaran novelis cinta nombor satu yang awak sandang tu. Huh! Perasan diri sebaris dengan Judith McNaught atau Julia Quinn. Ingat bagus sangat karya-karya awak tu!”

“Takkan hanya dengan menyentuh pun awak tak ingin.”

Detik itulah pertemuan Sofea Emilia dan Faris Raiyan bagai terikat dan terus berantai tidak mengira waktu dan tempat. Pertemuan demi pertemuan itu, tanpa sedar telah buat dua hati makin dekat. Buat dua hati makin ingin mengenali. Namun, muncul Sarah dan Nazeerah yang mempunyai satu matlamat yang sama. Kedua-duanya cukup mencintai Faris Raiyan. Lantas konflik utama menjadi badai besar di atas lakaran takdir Sofea Emilia dan Faris Raiyan.

Mampukah Faris Raiyan dan Sofea Emilia mempertahankan rasa kasih yang mula mahu bercambah? Sanggupkah Sofea Emilia berkorban demi insan yang disayanginya? Siapakah yang akan dipilih oleh Faris Raiyan untuk penuhi hidupnya? Apakah kemilau karya kasih akan menyatukan mereka semua?

Tajuk : Tanya Sama Hati
Penulis : Rehal Nuharis
ISBN 978-967-365-085-9
Sem. Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawah RM21.00

“Kenapa kau kena ada tiap kali aku ada masalah?”
“Kau ingat tak kau pernah cakap yang lelaki impian kau macam ayah kau. Ayah kau selalu ada bila kau ada masalah, jadi aku cuba nak jadi macam ayah kau.”
“Tapi untuk apa?”
“Sebab aku cuba jadi lelaki impian kau.”

Status tunang Badri menjadi alasan untuk Tisya tidak menerima Fezrul walaupun hakikat sebenar dia tidak lagi menganggap diri sebagai tunang kepada lelaki itu. Namun apabila melihat Fezrul bersama Wawa mahupun Linda Hangat, entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang. Kata Haiza dia diserang penyakit C dan C kuasa dua. Cinta dan cemburu.

Seperti kata Haiza juga, Tisya dan Fezrul umpama kucing dan anjing, bukan boleh berbaik lama-lama, pasti kemudiannya akan bercakaran. Mungkin juga mereka memang sudah ditemukan untuk bercakaran. Tetapi percakaran itulah yang membuatkan mereka semakin mesra sehinggakan kalau sehari tidak bertikam lidah mulalah terasa ada yang tidak kena.

Saat hati Tisya selesa dengan kehidupan barunya dan melupakan kisah hitam itu, tiba-tiba Badri muncul semula. Hadir untuk menebus kesalahan lampau dan meneruskan ikatan mereka, seperti yang telah dirancang keluarga. Melihatkan perubahan Badri, sedikit sebanyak Tisya kebuntuan. Tambahan dia semakin terhimpit dengan masa dan paksaan si ibu.

Benarkah Badri jodohnya kerana bersama Badri dia lebih banyak berdiam diri, tapi apabila bersama Fezrul, dia begitu bebas dalam pertuturan dan tingkah laku termasuk bebas untuk menendang kaki lelaki itu? Apakah kata-kata tanya sama hati yang sering diungkapkan kepada Fezrul itu perlu Tisya tanyakan kepada diri sendiri?

Tajuk : Perjanjian Berdarah
Penulis : Remy Ikmal
ISBN 978-967-365-084-2
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran...

No comments:

Post a Comment