Monday, August 4

Intan Delaila



Penulis: Siti Rozilah
Penerbit: KakiNovel
Harga: RM19.00
Harga Ahli: RM15.00 termasuk kos penghantaran

Blurb:

TEMAN, sesungguhnya aku cuba untuk menjadi terbaik di sampingmu. Tapi Camelia, entah kenapa kau tak pernah menyukaiku. Tak pernah menilai kehadiranku di sisimu sebagai seorang sahabat. Walau puas aku berusaha untuk memenangi hatimu. Walau puas aku bersabar dengan karenahmu. Segala apa yang aku miliki, kau cuba merampasnya dari tanganku.

TEMAN, tidak cukupkah derita yang kau taburkan setelah berjaya merampasa Iman Daniel dari tanganku? Tidak cukupkah segala yang kau lakukan untuk melukakan hatiku?

DAN, tatkala aku sedang cuba menggapai bahagia dengan cinta baruku, kau tiba lagi dengan selaut dendammu. Kau tega mengirai-ngirai maruahku di hadapan seluruh ahli keluargamu. Kau tidak mahu melihat aku bahagia.

TEMAN, kenapa kau sering menuding jari tatkala kau gagal mendakap kebahagiaan? Kenapa kau sering menyalahkan orang lain sedangkan kau tak pernah menilai dirimu sendiri?

AKU memohon padamu duhai teman, biarkanlah aku sendiri. Biarlah aku susuri sisa-sisa hidup ini dengan secebis ketenangan. Adakah terlalu sukar untuk kau mengerti...

7 comments:

  1. Wa mmg suka bangat cover bunga Ros.
    bc blurb nya cam best gak.
    Geng, hepy ending tak?
    hehehe

    ReplyDelete
  2. dyea..
    meh org tolong jawab..
    mesti happy ending :P

    ReplyDelete
  3. sweet cover novel ni..apakah citenya juga sweet...

    sil..harap2 jawapan awak tu 100% betul..hehehe

    ReplyDelete
  4. kak ju'a, smlm kita tengok citer apa ntah.. bawang merah bawang putih kot.. sorang tu jawab: saya yakin 1000% betul! ekekeke. seribu terus tu ha ha

    ReplyDelete
  5. he he menepati ISO geng kicap happy ending....

    ReplyDelete
  6. betul ke kak qimi hepi ending...

    tp blurb cm sad ending je...:(

    ReplyDelete
  7. Jun..
    aku dah khatam dah cite ni
    percayalah bila bonda kata menepati ISO

    aku dah khatam & aku bg 4 bintang

    komen : awalan agak lembab, tp meningkat jd semakin menarik hingga ke akhir. Byk konflik yg mengelilingi watak utama - aku suka je kalo cite byk konflik *senyum belit2 heh*

    ReplyDelete