Wednesday, June 18

Dunia Ini Sederhana Kecil

TAJUK: DUNIA IN SEDERHANA KECIL
PENULIS : BAHARUDDIN BEKRI
PENERBIT : PTS ONE SDN BHD
HARGA : RM23.90


*****
-------------------------------------------------------
“… masalah itu umpama terowong yang gelap, tetapi di hujungnya pasti ada cahaya.Cuma terpulang kepada kita, sama ada bersabar dan terus berjalan ataupun kalah dan duduk meratapi nasib di dalam terowong itu. Ingat , di hujung terowong nanti pasti ada cahaya…”

Apa Kata Saya:

Asas kepada pembentukan sesebuah karya melibatkan 3 elemen utama iatu rangka cerita, tema juga isi cerita. Isi cerita pula memfokus kepada 3 elemen utama kepada penghasilan sebuah naskah yang baik; pemerhatian, pengalaman & pembacaan. Harus diingat penulis yang baik selalunya adalah juga pembaca yang baik. Pada hemat saya ketiga-tiga elemen ini telah digunapakai dan digabungkan oleh penulis hingga terhasilnya naskah nan cantik ini.Bagi saya juga penulis yang baik adalah penulis yang mampu mengadaptasi sesuatu tema yang komplek dengan teknik penyampaian dan pengolahan cerita yang lebih santai, ringan tanpa sedikit pun mengurangkan mesejnya.Tulisan yang paling baik adalah tulisan yang mempunyai isi paling berat dan tepu tetapi disampaikan dengan lenggok bahasa yang paling mudah difahami. Ia akan jadi lebih mengagumkan sekiranya disampaikan dalam cara yang paling menarik tetapi mengesankan.Penulis ini bagi saya begitu berjaya dalam melaksanakan misi ini. Dalam kita senyum, ada maksud yang tersirat yang cuba disampaikan olehnya, dalam kita gelak ada makna yang terselindung yang cuba diselitkannya, dalam kita tawa ada pengajaran yang disemat di dada kita olehnya.

Kicap, perhentian bas dan bas adalah simbol kehidupan yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam novelnya ini namun penulis menyerahkan pada pembaca yang budiman lagi arif untuk mentafsirnya dari sudut pandangan masing-masing.. 3 elemen ini sangat dekat dengan kehidupan kita…sejauhmana pengaruhnya dalam kehidupan kita, tepuk dada tanyalah hati kerna jawapannya ada disitu.

Walau secara fizikalnya novel ini nampak biasa sahaja, maksud saya kulit luar novel ini tidak langsung menampakkan ciri-ciri “kemewahan” namun keistimewaan yang terkandung di dalamnya begitu “mencuri hati” dan yang paling utama pengajaran yang tersirat di dalamnya sangat berharga dalam kita melihat kehidupan dari pelbagai sudut falsafah dan hukum adatnya. Sesungguhnya karya ini begitu kaya dan sarat dengan falsafah kehidupan. Menerusi watak utamanya, Syamir pembaca diajak menyusuri ruang kehidupan insan yang diuji dengan pelbagai dugaan hidup. Walau dalam penyampaian kisah hidupnya penulis selesa mengolahnya dengan selitan unsur humor yang spontan, namun ia cukup berkesan kerana mesej yang tersirat disebalik nya tetap sampai di jiwa pembaca. Plot cerita yang lebih segar, ringan nampak begitu serasi dan bergerak seiring dengan tema kehidupan yang difokuskan penulis.. Tambah terserlah dengan pembabitan watak-watak pembantu seperti Jid, Tasha,, Musa, Sophea, Haliza . Tidak ketinggalan watak-watak sampingan seperti si lelaki gempal, budak-budak black metal, pakcik KJ, En Harun, nenek tukang urut juga yang lain yang turut sama mendokong keberkesanan karya ini.Walau ada sedikit kesilapan cetakan watak pada beberapa bahagian di dalam novel ini ia tidaklah menjejaskan jalan cerita namun diharap pihak penerbit amnya juga bahagian suntingan khasnya agar lebih berhati-hati dimasa hadapan di dalam meminimakan kesilapan sebegini.

Buat penulis, sekalung tahniah atas penghasilan cemerlang anda di dalam Dunia Ini Sederhana Kecil. Semoga anda akan terus menghasilkan karya yang lebih ummphh di masa hadapan. Selamat maju jaya di dalam dunia penulisan.

Kisahnya..

Syamir, graduan ekonomi yang menghadapi kesulitan memperolehi pekerjaan yang setaraf kelulusannya akhirnya tertipu pada satu iklan kerja yang membawa beliau menjadi seorang penjual kicap..kicap kesihatan cap basikal sulaiman. Bagi saya ini adalah antara satu kisah antara ribuan kisah anak-anak muda yang pernah terperangkap dengan iklan ala2 putar alam yang sering berleluasa di media cetak negara ini dan Syamir mewakili mereka-mereka yang malang itu..namun begitu saya sukakan watak Syamir ini…begitu sukakan semangatnya, kerna bagi saya tidak semua insan dianugerahkan semangat sebegini tika menghadapi ujian/dugaan hidup. Ada yang dengan mudah kecundang, tersungkur begitu sahaja.

Bertemankan rakan sepejualan, Musa Marjoko juga si cantik,penyelia Sophea Miyagi sesi jualan kicapnya menemukan pembaca dengan pelbagai insiden lucu, suspen juga mengujakan. Pembaca pasti tidak berhenti tersenyum dan gelak tawa juga tidak terlepas dari terhambur dengan pelbagai kelucuan spontan yang terjadi disepanjang kerjaya penjual kicap ini.Walau akhirnya dia bersara dan bertukar menjadi si tukang urut, hidupnya tidak lepas dari dihinggapi ujian…hinggalah dia tekad mengiklankan diri demi untuk mencari kerja.Langkah inilah kemuncak kepada ujian dalam hidupnya..namun berkat juga niat ikhlas yang sedari awal disemat habuan yang diraih Syamir sangat berbaloi..benarlah seperti dikata, Dia tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya dan dalam setiap ujian, redha yang diberi akan dibalas dengan setimpal..janji Dia memang benar.

Hubungan yang bermula di perhentian bas antara Syamir dan Tasha, Syamir dan Haliza, Syamir dan Si Lelaki Gempal terjalin secara abstrak tapi rentetan dari pertemuan demi pertemuan antara mereka membawa kepada suatu ikatan antara mereka…saling memerlukan dalam meneruskan kehidupan. Perkara yang sama terjalin antara Syamir dan Sophea, Cuma bezanya mereka dipertemukan buat pertama kali bukan di perhentian..tapi di dalam bas hingga menbawa kepada suatu hubungan yang cukup misteri namun mengujakan antara mereka berdua.Tidak ketinggalan hubungan Syamir dan rakan sebiliknya Jid /Majid @ Majidah…hubungan antara mereka cukup istimewa bagi saya..walau secara kasar nampak sumbang, namun yang tersirat cukup tulus tersimpul.

Paling menarik dalam hubungan antara Syamir, Tasha dan Haliza..adalah kewujudan unsur “hubungan jiwa”.Walau Syamir lebih kerap terserempak Haliza berbanding Tasha tapi hubungan jiwa antara mereka lebih dekat walau secara fizikal mereka jauh…mungkinkah Cik Pelangi akan berjumpa Encik Bedak Sejuk dan terbongkar identiti antara mereka.?hmm, biarlah Inchek penulis, Bahruddin Bekri menjawabnya bagi pihak saya…

Buat semua pembaca sekalian, selamat menghayati sebuah lagi naskhah hebat buah tangan dari seorang penulis muda yang sangat berbakat dan kreatif.




20 comments:

  1. cing.. mana lu tau dia penulis muda? muda ek encik dingin ni? ehehe.

    tapi, buku ni mmg best kan? rasa dekat sgt dgn kita.

    ReplyDelete
  2. Kuc,
    good job bebeh
    15 bintang utk kuc

    buku yg baik mmg wajar dpt review yg baik

    ReplyDelete
  3. jap lagi encik dingin datang jenguk hehehe.

    nick, bila lagi nak review buku FT weh :D

    ReplyDelete
  4. garu kepala 17 kali ngan soklan hang tu.. hehehe

    ok aku try Cinta2 Hari2 Rusuhan dulu erk sb soft sikit

    by the end of this week ye bebeh

    ReplyDelete
  5. 17 kali je baru. takkan buat hang botak.

    ok. minggu ni hang dgn cinta hari2 rusuhan. cing dgn manikam kalbu.

    ReplyDelete
  6. Kawan,

    Tq..

    ulasan yang buat aku narsis

    hahaha

    btw. aku dah tua dah, dah 27.

    :-)

    ReplyDelete
  7. encik dingin.. 27 baru? muda la lagi tu.

    ReplyDelete
  8. haa..kan btol sil, dia muda laa..muda bebenor dr kita2 weii...200 markah utk wa sil..kuang kuang

    wei wa menang belanja kokies hang yg ummphh tu lagi wokey bebey..wakaka

    erk..manikam kalbu KIV dulo eh, wa tgh layan Bohemian..ampun sil, xtahan godaan Imaen ni...hehehe

    ReplyDelete
  9. erk cing.. sejak bila wa nya cookies jadi taruhan? :o
    bila gak kita main teka2 umur encik dingin? ekekeke..

    takpe.. lu nya pasal jumaat depan wa siapkan sebalang sorang k.

    encik dingin, bila nak keluar buku baru?

    ReplyDelete
  10. Insya-Allah

    dalam bulan 7 ni... awal ataupun akhir, bergantung pada kesibukan editor...

    tajuknya

    mencari 40 doa

    kisah bermula dari ungkapan yang selalu kita dengar,

    "...kalau dah 40 orang ckp mcm tu, nanti, betul2 makbul.."

    ia didengar pula oleh seorang budak lelaki yg hidup dalam didikan agama yg kurang, tetapi sgt percayakan doa...

    bla.. bla.. lalu bermulalah pengembaraan budak lelaki itu...

    nota: 1stime aku ckp pasal novel ni kat internet...kat blog aku sendirik pun x ckp lg...ekeke

    ReplyDelete
  11. hai en dingin, WELKAm to negara Kicap

    thanks sb ade masa gak melayan kami, kutu2 buku nie

    congrats untuk DISK
    yg sgt2 menepati citarasa aku

    thanks lg skali sb sudi
    berkongsi cerita ttg novel yg dlm
    pembikinan (terasa cam ade org sayang kami lebih sampai sanggup bocorkan rahsia hehehehe)

    ReplyDelete
  12. bulan 7.. dekat je dah. harap2 sama best @ lebih lagi dari DISK. kalau dah ada dianya cover, jgn lupa ek. nak update kat sini :)

    encik dingin, nanti tinggalkan email encik dingin ye. hari tu dah janji kan, kitaorg boleh hantar buku ni utk dptkan autograph encik dingin :D

    ReplyDelete
  13. korang duk mana je?

    Aku kat area KL ni jugak...kalo boleh jumpa jek kat pejabat PTS, Wangsa Maju


    ehehe

    boleh nya

    ReplyDelete
  14. sebalang sil?...huhhh, bestt byerr..mahu wa sendawa nnt bau cekelet kokies lu..wakaka

    cayalah inche dingin lu sudah war2kan pra cerita buku baru kt kitaworang di sini...rasa cam nk eksen jer ngan makhluk2 di luar sana..hehehe

    p/s :sil, nick jom angkut semua buku kabinet kicap ke Wangsa Maju...hope leh gi seblm kita naik belon merentasi LCS wei..

    ReplyDelete
  15. encik dingin, kalau tak ada aral, dalam pagi jumaat depan (27/06). ok ke?

    ReplyDelete
  16. Boleh saja,

    leh kenal2 editor kat sana...

    kot2 leh dpt buku free ke hapa

    :-)

    ReplyDelete
  17. encik dingin, insyaallah jumaat pagi minggu depan.

    erk.. buku free? ehehe.. menarik kedengarannya utk ulat2 buku mcm kitaorg.

    boleh la nanti tanya, bila buku baru maya iris nak keluar :)

    ReplyDelete
  18. dingin@danworld.com

    lupa lak letak mail

    ehehe

    ReplyDelete
  19. tq encik dingin. tapi jgn lupa ye jumaat ni. dalam jam 10 - 10.30 insyaallah.

    ReplyDelete