Ilusi Hati
Penulis : Haiza Najwa
Editor: Patonah Chai Choh
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831245224
"Mengapa mesti rasa kehilangan walaupun tidak pernah memiliki?"
Gara-gara buku nilah aku ditangkap gambar sedang menangkung di tengah panas dengan Sil. Terima kasih Sil, tolong belikan :) Haha. Berbaloi walaupun tersalai di tengah panas! :)
Cerita ini boleh dikategorikan sebagai romantik triller yang boleh aku ulang baca bila-bila masa :) aku suka dengan cerita yang agak luar alam ini dan kadang-kadang bagi sesetengah orang mungkin tidak logic, tapi secara teorinya,kisah telepati memang sangat menarik. Dulu aku sangat suka menonton cerita penyiasatan 'Profiler' tetapi sayang episodnya tak panjang kerana rating tak tinggi. Begitu juga dengan siri "Millenium" yang habis selepas satu season sahaja. :(
Membaca kisah ini memang membuat rasa ingin tahu aku membuak-buak. Tak sabar nak abiskan sampai ke subuh aku tak tido. Nasib baik aku memilih membaca novel ini pada malam hujung minggu :)
Hubungan antara Joshua dan Jasmine yang terbina ketika berhubungan secara telepati semasa sedang koma berubah menjadi sangat akrab dan melekat di jiwa masing-masing walaupun mereka tidak pernah bertemu muka apatah lagi saling mendengar suara. Hanya suara hati tanpa bunyi yang menghubungkan mereka. Haiza Najwa berjaya membina chemistry yang kuat antara kedua-dua watak ini ketika mereka sedang koma. Watak Marlia berjaya mengujudkan suasana yang mendebarkan dalam proses pertemuan semula Joshua dan Jasmine.
Aku paling suka endingnya. Kita sangka telunjuk lurus, tapi rupa-rupanya kelingking yang berkait. :)
Kisah ini bermula dengan Jasmine dan Joshua yang saling tidak mengenali. Mereka menghadapi kemelut yang sama dalam keluarga lalu membawa diri dengan memandu tanpa hala tuju. At last, they met by accident. LITERALLY! They collided and kedua-duanya terus koma. Batista dan Irene adalah dua watak cupid yang menemukan Joshua dengan Jasmin yang terbujur kaku. Batista dan Irene bereksprimen dengan aura perhubungan telepati Joshua dan Jasmin kerana apabila kedua-dua tubuh kaku itu diletakkan secara sebelah menyebelah, berlaku pergerakan mata di sebalik kelopak yang tertutup rapat, seolah-olah kedua-duanya sedang berinteraksi dalam mimpi.
Ada janji yang terbina ketika di alam koma itu lalu apabila mereka tersedar dari lena yang panjang, mereka cuba menjejak antara satu sama lain. Diorg ni boleh berhubung secara wayarless, kalau bercinta atau kawin ni memang jimat bil telefon lah. haha.
Marlia adalah gadis yang mementingkan diri sendiri. Jasmine adalah penyelamat maruahnya tetapi sanggup dia mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang Jasmine hanya kerana terpaut dengan kekacakan Joshua. Dia tahu segala kisah mimpi/telepati Jasmine, tapi apabila dia menemui Joshua, dia mengaku bahawa dialah Marlia a.k.a Jasmine yang berinteraksi dengan Joshua ketika koma. arghhhhhhhhhhhh *tarik rambut*. Memang dasar tak kenang budi lah Marlia tu. Terlalu banyak yang dia tahu tentang janji Jas-Josh sehinggakan dia boleh memanipulasi keadaan Joshua dan Jasmine. Walau bagaimanapun Joshua ragu-ragu dengan Marlia kerana dia tidak merasa apa-apa tindak balas dalam mindanya apabila bersama Marlia. Tetapi dia merasa tarikan yang kuat apabila melihat sahabat Marlia yang dipanggil 'Min' walaupun gadis itu berada nun jauh di hujung sana dan dia tahu, Min pun merasai sesuatu...
Helah Marlia terbongkar namun Jasmine tidak mahu menghancurkan hubungan Marlia dan Joshua yang sudah ada ikatan. Namun alam tidurnya sentiasa menerawang mencari Joshua. Walaupun sudah ketemu Marlia (yang mengaku dirinya Jasmine) Joshua masih lagi didatangi mimpi dari Jas. Apabila rahsia sebenar terbongkar di depan mata Joshua, dia jadi pendendam. Dia berdendam dengan Marlia dan Jasmine dan dia mahu membalas dendam terhadap kedua-dua wanita itu. Tetapi suara-suara rayuan meminta maaf dari Jasmine membuat Joshua bersimpati juga. Tapi bagi Joshua, Jasmine mengkhianati kasih sayang mereka, membiarkan dia terikat dengan Marlia tanpa menceritakan hal sebenar.
Thriller dan cinta yang diselitkan dalam kisah ini menjadikan ianya kisah yang berentak rancak dan mendebarkan. :) Tapi kan, aku rasa Joshua mengambil masa yang terlalu lalu untuk perasana bahawa Min itulah Jasminenya. Org-org yang tolong cover line tu semuanya asyik tersasul jer takkan tak perasan kowt. Tapi apa-apapun, closure yang terbaik untuk kisah menarik ini :) thumbs up to the writer, editors and publisher.
sure fine whatever
Rinn
meRinnTis Blurb/Sinopsis:
Tulisan takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmin terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipand merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya pemandu itu juga koma sepertinya.
Sesuatu yang ghaib terjadi...
Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dgn bayangan seseorg. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar utk bertemu sesudah sedar daripada koma.
Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari lelaki yang kini muncul pula dlm lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yg diseru sebagai Joshua.
Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri.