Wednesday, September 30
Ingin Kusentuh Cintamu Oktober Ini!
Tuesday, September 29
Bengkel Penulisan - Thriller & Aksi
email dari alaf..
ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal.
Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi. Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009
Tempat: Akademi Karangkraf
Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
Peserta: 27 orang
Yuran: RM35
Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.
Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077.
Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel ke alaf@alaf21.com.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21
Monday, September 28
Terbaru Novel Bulan September dari Alaf21
Harga: RM18.00
MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.
Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.
Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?
Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...
Sunday, September 27
Percayalah...Akhirnya - Ruby Hazri
berolak dan bergelora di dasarnya
Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan
itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki
Eropah romantisnya tidak setanding dengan lelaki tempatan.
Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang.
Tetapi...
Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan
dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak
untuk memiliki hatinya ~ Khairil
Salji datang lagi…
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang
Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~
Danial Wolfgang
Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan
ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati,
kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada
maknawi.
Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini?
Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah
*****
Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi
kisah Nur Atiqah.
Sempena ulang tahun Jemari Seni ke-3
Tawaran Percayalah Berganda berlangsung
mulai 6 Okt. sehingga 6 Nov. 2009
(tawaran sah untuk pelanggan yang membuat pesanan online
berserta bayaran dalam tempoh ini)
Thursday, September 24
Review: Rindu Untuk Dia by Dhiya Zafira
Selepas membaca 3 karya DZ, saya dapati dia gemar menulis kisah cinta yg bertahun-tahun terputus bertaut kembali. Ku Damba Bahagia: Taufik-Alia, Rindu Belum Berhenti: Izz-Adni dan yg terkini Rindu untuk Dia: Jad-Amie. Dan DZ suka yer letak nama2 pendek heroin2 dia yg bermula dgn huruf 'A'. Saya rasa tajuk novel nya yg ini sesuai benar dgn nama penanya Dhiya Zafira, Rindu untuk Dia.
Romantis Thriller kelihatan semakin sebati dengan DZ. Kisah ini bagi saya lebih sarat daripada RDB yg mengalunkan rentak yg sama. Mungkin kerana cerita ini byk membuat saya menangis. memang improvement yg sangat ketara dlm cara DZ menulis scene2 sedih dan semakin menyentuh perasaan. Kalau dulu scene sedih hanya ada sikit jer, tapi dlm novel ni memang banyak dimasukkan scene2 sedih sampai boleh bengkak mata wo lepas baca novel nih. Watak Amie memang mengundang simpati menggunung setiap kali membaca kisahnya. Memang nangis jer la sepanjang baca kisah ni. DZ sentiasa menyelitkan misteri yang membuat kita tertanya-tanya di sepanjang pembacaan dan misteri2 itu diurai satu persatu dengan tidak dilengah-lengahkan. Ada sesetengah penulis cuba menyimpan elemen misteri itu sehingga membuat kita bosan tapi DZ berjaya mengeksploitasi elemen ini dengan baik. Bila start baca memang tak bleh nak berenti dah.
Watak Jad mungkin tidak segagah Izz atau sejiwang Taufik, tetapi jiwanya yg kental penuh dgn rasa kasih sayang dan tanggungjawab. Dia sanggup melakukan apa saja utk org di bawah tanggungjawabnya dan org yg dikasihinya sehingga tiba ke saat2 yg sangat getir, antara hidup dan mati, dia terpaksa memilih utk menyelamatkan org yg dikasihinya atau org yg di bawah tanggungjawabnya.
Penceritaan emosi Amie yang sangat kompleks ditangani dgn baik sekali oleh DZ. Membuat kita sama2 terseret dalam dilema seorang Amie. I'm impressed.
Kisah ni tentang Jad yg kebingungan ditinggalkan Amie beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Sue menggantikan tempat Amie di pelamin mereka. Sue ni memang tau siapa Amie buat Jad dan dia takkan dapat menggantikan tempat yg Amie tinggalkan. Tanpa pengetahuan Jad, Amie sebenarnya menanggung penderitaan yang teramat dan dia pergi demi kebaikan. Namun titik hitam itu menjadi trauma sepanjang hidupnya. 5 tahun kemudian, mereka bertembung semula. Amie masih lagi menjadi insan misteri dan Jad mahu membongkar misteri itu. Cuma saya terfikir, kalau Amie teramat trauma dengan apa yg terjadi, kenapa dia kembali ke tempat yang bakal menjadikan dia lebih trauma lagi kerana ia melibatkan org2 yang bahaya. Status Jad sbg suami orang sedikit membunuh rasa jiwang saya terhadap watak hero heroin cerita ini.
Kalau dlm Kudamba Bahagia DZ menggunakan lagu Lady by Kenny Rogers, dlm Rindu Belum Berhenti buat aku nyanyi2 balik lagu Don't Cry Joni, kali ni RUD membuat lagu How Can I Tell her terngiang ngiang di telinga. DZ ni suka lagu lama2 la. huhu...
Sinopsis/blurb novel ini sedikit membunuh suspen cerita. "Malah cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa." Terus dah bleh teka sapa yang akan mati dlm citer nih.
apa2pun saya suka citer ni sebab semuanya diakhirkan dgn baik, tidak membiarkan kita tertanya-tanya. Yg best tu org jahat bersepai kena langgar keretapi. AND!!!! Izz Karami muncul semula dlm novel ni, tapi tak 'nampak' pulak Adni ngan Iman ;). Bella Rosa plak menjadi salah satu lokasi misteri dlm citer ni :) Seronok pulak biler baca something yg membuat kan kiter teringat citer lain. Ekcili citer ni mengingatkan saya kat Alia-Taufik jugk sbb ada bahasa Sepanyol. Well sebenarnya lepas baca citer ni aku baca semula "Kudamba Bahagia". :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.
Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.
Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.
Wednesday, September 23
Review: Ceritera Rindu by Leeya Myra
Novel ini mengetengahkan heroin yang sanggup menghancurkan orang lain demi menuntaskan dendam. Bukan ramai penulis yg berani mengangkat watak sebegini sebagai teraju utama. Novel ni membuat saya nak baca semula novel Duri by Fauziah Ashari. Jenis2 cerita yang memberi kepuasan kepada perasaan geram yg kita rasakan semasa membaca. :)
Ganti nama diri 'aku' menjadikan kita memahami gelodak geram dlm jiwa Imanina. Dia menjadikan dirinya seorang wanita yg kelihatan sombong dan tidak suka berkawan, namun kehadiran Carmen Yap Hoi Ling yg seperti tak paham bahasa membuatkan Iman tidak pernah bersendirian setelah bergelar anak yatim piatu. Carmen terus bersama dgn Iman sehinggalah mereka masuk ke alam dewasa.
Sehingga usianya mencecah 24tahun dan bergelar editor, dia masih belum pernah berjumpa dengan 'pakcik'. Tugas Iman membawa kita masuk ke dunia editorial Malaysia. sebelum ni kita hanya melihat buku2 yang sudah siap di pasaran, tetapi dlm novel ini kita dpt melihat susah payahnya bagaimana nak publish sesebuah buku.
'Pakcik' dlm novel ini mengingatkan saya kepada 'daddy' dalam Dedalu di Hati
Bossnya, Amin suka sangat kacau Iman. Bagi Iman, Amin adalah lelaki yg kuat perasan dan tak ada kerja kat opis sbb tu suka kacau dia. Tetapi Iman curious jugak sebab Amin sering membuat dia melakukan perkara2 yang teringin dilakukannya. contohnya makan kat restoran korea tu... apo namo... ha!! Seoul Garden.
Amin seperti tak berputus asa memikat Iman yg berhati batu. Namun Amin terkedu apabila suatu hari Iman tiba2 melamarnya. Iman ada agenda besar dan Amin adalah watak penting dalam rancangannya yg akan merobohkan syarikat musuh yg didendaminya sekian lama, lelaki yg telah menyebabkan kematian ibubapanya. It's pay back time. Tetapi semakin hampir dia melengkapkan agendanya, semakin berat hatinya untuk meninggalkan Amin. tapi aku kesian lah pulak kat Mama Zarina yg turut menjadi sasaran utama Iman sbb dia tu tak der la jahat. Cuma sejarah silam yang tak mampu dibetulkan menjadikan dia mangsa.
Tindakan Amin menghukum Iman dgn cara menjauhkan diri tu rasanya agak kejam kerana masa tu Iman mengandung anak sulung. Depression yg dialami siibu akan turut dialami oleh baby nya.
Happy ending! tu yang penting tu... hehe.
sure fine whatever
sinopsis/blurb:
IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.
Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.
Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.
Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?
Wednesday, September 16
Salam Aidilfitri
Baru dari Buku Prima
"Andai kelukaanku bisa melunaskan dendammu, izinkan aku membayar seluruhnya untukmu"
sinopsis/blurb:
Kesederhanaan Ranialah yg menggamit hati Shahril. dia menerima Rania seadanya. Dia mahu memiliki hati Rania. faham tentang diri Rania dan semahu-mahunya menerima Rania pada semua buruk dan baiknya mahupun lebih dan kurangnya. -Shahril
Rasa terharunya tiba2 singgah. Sebulan dia menjaga Maksu, sepatah pun Maksu tidak pernah bercakap. Dia kembali mendapatkan maksu dgn mata berair. Entah kenapa hatinya bagaikan tersentuh. Perasaan yg dia tak mampu luahkan. - Sofea
Memang, memang mama benci Maksu. Maksu yg menyebabkan mama terpaksa berkahwin dgn papa kamu! Sebab Maksu kamu dah kahwin dgn lelaki tu, Tony. - Puan Aliyah
"Lelaki jenis apa awak ni? Suhaila bekas isteri awak tu sedang terseksa separuh gila menunggu awak tapi awak kat sini dengan penuh gembira ada anak isteri lain." - Rania
"Kalau saya boleh undurkan masa, saya takkan tinggalkan awak. Tapi kita tak miliki semalam. Kita cuma ada hari ini utk memperbaiki esok" - Ujang
--------------------
Ilham ini tercetus dari kisah-kisah realiti masyarakat tentang perkahwinan terlarang, tanpa restu, dendam dan perselisihan yg wujud dlm masyarakat. Bagaimana perkahwinan yg diatur keluarga mengorbankan banyak perasaan akhirnya membawa luka yg dalam dan dendam yg berpanjangan. Rania digambarkan sbg seorang yg degil, keras hati dan sentiasa tekad mengejar kehidupannya tapi dlm waktu yg sama masih cuba mencari keserasian dgn mamanya yg sentiasa tidak sehaluan dgnnya. Kesungguhan Rania mencari suami kpd maksu menggambarkan betapa kasih sayang masih utuh biarpun Maksu sudah tidak berdaya. ~Danisha Nur~
"Hapuskan derita yang menghambat bahagiamu..."
sinopsis/blurb:
"Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Sampai sekarang saya hidup dengan tanda tanya." - Alissa
Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dlm novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dlm pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg menghasilkan daya tarikan sementara - Zaquan Zachery
"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. Aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani
"Aku cemburu Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal, tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. aku sygkan kau lebih dari semua perempuan yg pernah aku jumpa sebelum ini. Walaupun dh terlambat, aku tetap nak beritahu kau. Aku sayangkan kau. Dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau semula." - Badry
---------------------
Bayangkan seandainya satu episod malang membunuh segala kebahagiaan yg anda miliki dlm sekelip mata, melunyaikan segala mimpi-mimpi indah yg pernah anda ciptakan. Persoalan inilah yg menemukan saya dgn titik permulaan kisah 'Biarlah Ia Pergi'. Saya cuba membayangkan betapa rapuhnya titian perjalanan hidup yg harus kita rentasi. saya mahu membawa pembaca meneroka hidup Alisa Othman, gadis yg tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita ~Liza Nur~
Monday, September 14
Novel Bonus Ogos-Aku Cinta Dia
DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, bapanya mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, ibunya melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di sana, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.
Thursday, September 10
Akan Datang Dari Fajar Pakeer
Wednesday, September 9
Saturday, September 5
Akan datang dari Lily Haslina
Friday, September 4
Terbaru dari CESB
Penulis : Shahzy Hana
Harga : RM30.90
Sinopsis :
Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan terkorban demi orang yang paling dicintai… paling dikasihi. Haikal Hakimi… Sara Ellyssa… dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?
Tajuk : Cintaku Tabloid
Penulis : Yuri Iqmal
Harga : RM17.90
Sinopsis :
“Kata orang, semakin sukar untuk kita mendapatkan sesuatu, ia akan kekal menjadi milik kita” Ada cerita di sebalik cerita. Ada duka ketika meniti saat bahagia. Dalam terpaksa dia rela. Hakikat hatinya memberontak. Dia dipaksa menaggung hukuman atas dosa yang tidak dilakukannya. Kerana itu… ada hati yang menanggung derita. Ada jiwa yang ditimpa sengsara. Menahan rasa. Menadah segala ketentuan-Nya. Di atas kertas putih bersaksikan Dia yang Esa, dirinya sah milik Nabila. Namun tiada siapa mampu mentaklik hatinya. Menidakkan kasih antara mereka. Kasih itu tetap utuh milik Fazura cintanya bersatu… Sedangkan ada nyawa ingin merasi nikmat kasihnya. Walaupun dia tahu nyawa itu bukan miliknya. Shahrul akur… cintanya hanyalah tabloid
Wednesday, September 2
Novel Bulan Ogos Dari Alaf 21
Penulis: Maria Alina
SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.
Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.
Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.
Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.
Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.
Harga: RM19.90
Tuesday, September 1
Review: Biarlah YM Berbicara....
Terbaru Buku Prima: Memori by Naz Areesya Ameen
------------------------
blurb/sinopsis dari website buku prima: