Tuesday, December 30

Januari 2009 Dari Kaki Novel




Tajuk : Kasih Villa Cinta
Penulis : Haiza Najwa
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM20.00
Muka Surat : 600+

Sinopsis

Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!

Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Kelam, Jati, Fauzan (yang ‘ayu’), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu




Tajuk : Selamat Pengantin Baru Isteriku
Penerbit : Kaki Novel
Penulis : Nas Alina Noah
Harga : RM36.00
Muka Surat : 1100+


Sinopsis :

Atas dasar cinta, Addam dan Qisti kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik membongkar status sebenar Qisti kepada Addam.
Kehidupan Addam mula kucar-kacir apabila ibunya, Maria mendesak dia mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna.
Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti.
Dengan hati yang separuh rela, Addam memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti.
Bahagiakah Addam dan Qisti melayari kehidupan

Monday, December 29

LAGU CINTA - Iejay Zakaria












Akan berada di pasaran : JANUARI 2009

Judul : Lagu Cinta
Penulis : Iejay Zakaria
Penerbit : NB Kara
ISBN : 978-967-5229-03-09
Harga : RM21.90

Tag
Sengketa itu terlalu manis untuk diungkapkan

Blurb
Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Persengketaan mereka bagaikan tiada habisnya. Namun siapa sangka 'musuh tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beuty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.
Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentisa memenuhi ruang hati, idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya. Akan musnahkan lagu-lagu cinta?


Nota Kicap :
1) Kak Anim - Terima kasih dan sayang geng kicap sentiasa melimpah ruah untuk kak Anim
2) Iejay - Congrats dan Good Luck untuk Lagu Cinta

Wednesday, December 24

Akan Datang Dari Jemari Seni...Januari 2009

Tanya pada Hati oleh Iman Xara
kata orang jodoh pun kena dicari...
kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...

Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?

Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini? Apa yang menyukarkan dia memilih?

dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi!

Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?

Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?

* * **
Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini.

++++++
ISBN: 978-967-5118-14-2
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 10 Januari 2009)



Notapipi:

hmm...tajuk yang cukup menangkap, sinopsis yang cantik olahan kata-katanya!...hadiah tahun baru yang cukup menarik dari Jemari Seni untuk semua peminat novel melayu, jadi...jom jom lah kita tit tit kaksu n kak yah...psst kaksu n kak yah...me in da list k..hikhikhik

Tuesday, December 23

Lagi Novel Disember Dari Alaf21..taraaaaaaaa


Harga: RM18.00
Penulis: Rozita Abd. Wahab
Halaman: 480 ISBN: 978-983-124-398-5

Sinopsis:
KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.

Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!

Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat di senangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?



Penulis: Azah Khalida
Halaman: 464 Harga:
RM18.00
ISBN: 978-983-124-404-3

Sinopsis:
SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.

Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dengan pekerja.

Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketiga-tiga cinta itu untuk terus menyendiri. Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.

Notapipi:
hohoho...dia mai dah wey...so sapa2 yang memang peminat Rozita Abd Wahab ( termasuk wa laa...) sila bergegas dengan kadar segera untuk mendapat karya terbaru penulis hebat ini....boss kecik, agak2 kedai kekasih gelap lu dah ada ker buku ni, cuba aar tit tit dia..hikhikhik


'DIA' DATANG LAGI





Date : 17th - 26th April 2009

Mon - Thurs : 10.00AM to 7.00PM

Fri - Sun & Public holidays : 10.00AM to 9.00PM

Venue : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


notajari :

1) Geng Kicap kita ada 4 bulan lagi untuk get ready dgn beg trolley heavy duty, kasut sukan, lipstick & alat pengurut kaki !!! Startlah bermimpi indah ttg betapa bestnya festival yg akan kita raikan dgn mengangkut berkilo2 buku *yeeeee haaaah*

2) cik Presiden sila buat arrangement yg sepatutnya, sb next year besar harapan aku nak tgk hang sama2 memikul buku *senyum gula yg penuh makna*

Monday, December 22

Chinta


Tajuk Buku: Chinta
Nama Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM24.90
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik & Kekeluargaan




"Cinta itu sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Ia cetusan perasaan yang hanya jiwa dapat merasa dan menikmati. Segalanya atas nama Cinta...”
------------------------------------------------------------------
Apa Kata Saya:

Usai membaca karya terbaru nukilan penulis kreatif tersohor tanahair ini saya cuba mencari kelemahan cerita ini...yelah mana tau kot-kot boleh menjawap soalan kuiz bersempena dengan kelahiran novel ini, mana tau juga ada rezeki bolehlah bergaya dengan jam Chinta..hehehe...tapi sukarnya pencarian ini...sesukar mencari sebatang jarum didalam timbunan paku! Satu kesimpulan yang dapat saya katakan sulit sekali menebak kekurangan naskhah ini namun jika anda dapat mencari kekurangannya maka saya harus “menabik” kehebatan mata minda anda.

Kisah Chinta sarat dengan persoalan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan namun dipersembahkan dengan begitu berhemah sekali dengan sesekali sisipan unsur-unsur humor agar lebih santai isinya. Naskhah ini menggabungkan elemen romantik, maruah dan pengkhianatan didalam merungkai mesej yang ingin disampaikan penulis menerusi cerita ini .Sebuah persembahan yang cemerlang dari sudut tema/mesej, plot dan jalan cerita, laras bahasa, latar juga tidak ketinggalan perwatakan.Persoalan yang dibawa dalam Chinta walau dari lapis mana sekalipun bukanlah sesuatu yang berat.Ceritanya mudah diikuti, difahami dan dijiwai, maka tiada sebarang stigma yang dapat menghalang pemahaman pembaca untuk menghayati kisah ini dengan sebaik-baiknya.

Kehebatan Chinta banyak disokong oleh kekuatan pembinaan watak-watak utama yang menerajui cerita ini. Pemahaman watak dan krisis perwatakan yang ditunjukkan begitu cemerlang menerusi watak Chinta dan Raja Akid. 2 watak ini dibina dengan sokongan psikologi yang cukup kuat yang membawa keserlahan perwatakan mereka dalam keseluruhan perjalanan cerita. Penulis cukup bijak didalam membina dan menzahirkan 2 watak ini dalam mengangkat permasalahan sosial semasa.Watak-watak sampingan antagonis seperti Pak Cik Kamal, Raja Farah,Rodin dan Saiful juga cemerlang dilayarkan penulis hingga mampu menerbitkan rasa benci dan marah pada mereka.

Chinta dan Raja Akid ibarat Rama dan Sita semasa malahan perwatakan mereka menjadi lebih berwarna-warni apabila seorang diberikan kekurangan keberanian dalaman dan seorang lagi sangat tabah dalam menempuh tiap cabaran dan dugaan kehidupan.Perwatakan yang dibina untuk saling melengkapi antara satu sama lain..cantik sekali. Cinta tidak pernah menghalang dua manusia waima berbeza bagai langit dan bumi untuk memahami bahasa jiwa antara mereka dan itulah metafora yang diterjemahkan penulis didalam naskhah ini menerusi 2 watak utamanya ini.

Buat Kak Yati...tidak ada kata yang dapat menterjemahkan kekaguman saya pada kehebatan cetusan idea kreatif anda, dari dahulu anda sangat saya kagumi, sentiasa hebat dan istimewa sekali di mata saya...semoga pena sakti anda akan terus melakar kisah-kisah kehidupan yang penuh berwarna-warni buat tatapan para pembaca sekalian.

Bagi menutup tirai 2008, Chinta adalah buah tangan yang paling manis dari penulis terkenal ini buat peminat-peminatnya. Maka pastikan anda tidak gagal memperolehinya kerana ia sesungguhnya cukup istimewa.

Terbaru Dari Alaf...Laman Rindu


Tajuk: Laman Rindu
Penulis: Hasreeyati Ramli
Halaman: 432
Harga: RM17.00
Sinopsis:
SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan Zamarul. Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci Zamarul dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi Zamarul tetap bertegas mahu meneruskan perkahwinan mereka.
Kehadiran Helmy telah mengisi ruang kosong di hati Asnida. Helmy, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. Helmy juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang.
Hubungan Asnida dan Helmy telah menjeruk perasaan Zamarul. Dia bersemuka dengan Helmy dan memberikan kata putus yang Asnida tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya. Asnida pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.
Notapipi:
sinopsis cam best jer..sapa2 yang dah baca sila lah bagi komen wey...Bonda?Kay?

Thursday, December 18

Terbaru Dari Azian Zahra

Selepas Mahligai Impian, Kekasih Pujaan & Rindu Padamu, penulis ini kembali dengan novel terbaru beliau; Bukan Sekadar Rindu.





Nama Buku : Bukan Sekadar Rindu
Penulis : Azian Zahra
Penerbit : NHF Media Corp Sdn Bhd
Harga : RM21.00

Notapipi :

Azian antara penulis yang saya minati kerna cerita-cerita yang beliau lakarkan cukup menarik untuk dihayati...semua novelnya yang terdahulu sudah saya miliki dan terbaru ini baru sahaja saya perolehi tadi dari Markas Geng Kicap...seronoknya wey....so sesiapa peminat penulis ini jangan ketinggalan mendapatkan naskhah terbaru beliau ni...mmg best dan memenuhi piawaian ISO GK...hehehe

psst : sil...warna lu ni beb...cunn wey, hikhikhik

Monday, December 15

Serasi Di Hati



Nama Buku : Serasi Di Hati
Penulis : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik


“ cinta tidak mungkin hadir jika manusia lebih suka menilai dan menjatuhkan hukuman sebelum mengenal hati budi dan keupayaan sebenar seseorang…”

---------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Saya:

Saya diberitahu oleh seorang teman bahawa ini merupakan manuskrip pertama Nora Ismail yang juga dikenali dengan nama penanya Rose Harissa namun ia terperap begitu lama kerna beberapa masalah. Saya jadi kagum dengan penulis ini. Jelas dia memang berbakat besar dalam dunia penulisan kreatif. Saya katakan begini kerana buku pertama beliau yang saya baca; Berikan Cintamu sangat menarik sekali dan sebagai penulis baru persembahan beliau dalam Berikan Cintamu sudah bertaraf 4 Bintang dan bila Serasi Di Hati (SDH) ini dikhabarkan adalah sebenar-benarnya karya pertama beliau dari sudut teknikalnya, maka kekaguman saya pada penulis ini bertambah setingkat. Ternyata telahan saya tepat. Dia dikurniakan bakat penulisan yang mampu membawa dia pergi lebih jauh di dalam dunia penulisan kreatif ini.

Gaya“visual’ dan naratif SDH dipersembahkan dengan sangat manis, ringkas, menarik tapi sangat menghiburkan. Lupakan "unsur-unsur hangat" yang mengiringi karya ini kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah apa yang ingin disampaikan penulis dalam naskhah terbaru beliau ini. Ia menghidangkan hikayat cinta yang bukan bersifat artifisial tetapi begitu menusuk kalbu dan sangat romantis pengkisahannya mengenai 2 jiwa, satu cinta dalam sebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan. SDH adalah penzahiran kisah cinta dari kaca mata seorang wanita dan terjemahan seorang wanita tentang cinta.Menerusi SDH, penulis cuba menjelaskan bahawa keajaiban cinta hadir dalam pelbagai sudut dan rupa termasuk kebetulan dan insiden yang tidak disangkakan. Demikianlah suatu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada hamba-Nya.

Jalinan plot dan sub plot yang ringkas tapi selari di samping pembentukan watak-watak utama; Zarul dan Edrinaz yang cukup berjaya melahirkan roh menerusi karektor masing-masing banyak membantu menimbulkan perasaan dan jiwa pada keseluruhan naratif SDH. Penghayatan watak yang cemerlang banyak membantu kelancaran lenggok cerita ini. Baik watak utama yakni Zarul dan Edrinaz juga watak pembantu lain seperti Zalina Asha, Shamsul Azman, Ainon saling berdiri menyokong antara satu sama lain sehingga ia hidup mengikut keperluan watak.

Mungkin ada yang bertanggapan tema cinta tidak membawa idealisme yang besar, jauh sekali meninggalkan provokasi kepada masyarakat pembaca tetapi bagi saya yang tidak skeptikal terhadap cerita-cerita yang bertema sebegini kerana bagi saya cinta adalah satu elemen yang hakikatnya wujud dalam semua genre cerita waima cerita perang, thiller atau seram.

Penggunaan laras bahasa yang mudah, ringkas tanpa perlu sisipan istilah-istilah cinta yang memualkan cukup meletakkan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri. Saya juga cukup gemarkan cara penulis mengaplikasikan segala pengetahuannya tentang dunia muzik di dalam cerita ini menerusi watak Zarul. Kita seolah boleh memvisualkan Zarul dan gitarnya di pentas, berdiri sambil tersenyum..asyik sekali…hehehe

Buat penulis berbakat besar ini, sekalung tahniah atas persembahan hebat anda dalam Serasi Di Hati ini. Semoga peluang dan ruang yang diberikan kepada anda saat melangkah dalam gelanggang penulisan kreatif ini dimanipulasikan sebaik mungkin dengan cetusan idea yang lebih baik di masa hadapan dan semoga akan kukuh berdiri sebagai barisan angkatan penulis baru yang bakal menjadi asset dalam industri ini.

Buat pembaca, buat penggemar kisah cinta, kisah cinta Zarul dan Edrinaz sangat manis untuk dihayati maka pastikan ia memasuki senarai mesti beli anda.

Saturday, December 13

Matahari di atas Gilli





Rehal "Matahari Di Atas Gilli" di koran Republika

Novel karya Lintang Sugianto ini tak sekadar mengisahkan perjalanan hidup dua insan anak manusia, tapi juga mengisahkan sejarah Pulau Gilli yang teletak di sebelah barat Probolinggo. Perjalanan hidup perempuan kelahiran Jakarta ini berada di pulau itu, berbaur dengan masyarakat nelayan setempat selama enam bulan membuat novel yang ditulisnya lebih hidup.


Rendra berkomentar, ‘’Saya mengenal Lintang Sugianto pertama kali sebagai penyair. Syair-syair liriknya menunjukkan mutu puisi yang sangat bagus. Sekarang saya menghadapi novel yang ditulisnya. Saya kembali tertegun dan terkagum.’’


Di mata Rendra, Lintang tidak memakai bahasa uraian, atau gambaran yang klinis, tetapi dengan metafora-metafora puitis yang jauh lebih bisa mendalam gambarannya. ‘’Inilah keistimewaan Lintang dalam kemampuannya melukiskan peristiwa jiwa. Barangkali dalam hal ini bisa ditandingi oleh Leila Chudori, yang secara kebetulan juga seorang perempuan,’’ tulisnya.


Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas punya komentar lain. Dia menyebut novel ini sebuah kisah perkasian yang mendebarkan, diceritakan dengan menarik sekali. ‘’Cara Lintang memperincikan diskripsi dan bermain dengan diksi tentu mampu memikat pembaca untuk menikmati keseluruhan novel ini. Nilai lokal etnik Melayu yang melatari novel ini pasti memikat khalayak Nusantara, termasuk khalayak dari Malaysia,’’ komentar Wan Abu Bakar dalam dialek Malaysia.

dari laman blog lintang

tq encik din.. for the info. erk.. bila nak open table nya ni? hehe

Thursday, December 11

KUIZ NOVEL CHINTA...



Petikan kata2 Dari blog Norhayati Berahim:

KUIZ NOVEL CHINTA
Alhamdulilah buku Chinta sudah berada di pasaran sekarang ini. Untuk lebih menghargai anda para pembaca, saya mahu memberi anda hadiah pada yang boleh memberi pendapat yang terbaik untuk buku Chinta ini. Soalannya amat mudah sekali.

KENAPA ANDA TIDAK SUKA DENGAN NOVEL CHINTA?

Dua pendapat yang terbaik akan menerima hadiah daripada saya. Pendapat anda boleh dihantar kepada email nbkara@yahoo.com. Kepala e-mail perlulah di tulis KUIZ NOVEL CHINTA. Tarikh tutup kuiz ini adalah pada 31 Disember 2008.

HADIAH KUIZ NOVEL CHINTA
Dua hadiah menanti anda..dua utas jam tangan wanita dari Solvil Titus! Jangan lepaskan peluang ini...
Notapipi:
wooo chantekkk lerr...wey, sapa2 yang rasa nak pakai jam baru di tahun baru haa nilah peluangnyerr beb...so, apa tunggu lagi jawap jer soklan di atas tu...ala, belasah ajer...mana taw kan korangnyer komentar itew disukai kak yati, haa dapatlah bergaya sakan dengan jam baru...kelasss giteww, ahaaaks...
Notakaki:
To Bonda Qimi & Kak J'ua...thks for da info beb.

Tuesday, December 9

Kebun Mimpi

Tajuk Buku : Kebun Mimpi
Penulis : Noor Suraya, Syud dan Rynsa
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00

Cetakan Pertama : 2008
Genre : Cinta & Kekeluargaan
---------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Saya:

Ceritera I: Kebun Mimpi oleh Noor Suraya.

“ hidup ini sebuah Kebun Mimpi…apa yang kita tanam hari ini, itulah yang kita akan tuai esoknya…”

Kebun Mimpi bermula dari sebuah e-novel penulis yang mengembangkan jalinan cerita lewat karya-karya beliau yang terdahulu; Keranamu Ain, Biru Ungu Cinta dan Nyanyian Tanjung Sepi.

Saya amat-amat terkejut tatkala mula-mula melihat cover buku ini ketika ia diemailkan kepada saya dulu kerana tidak menyangka sama sekali ia diversicetakkan kerna sang penulis sendiri pernah berkata “99% tidak akan dibukukan…” gimik ayat paling bombastik tu kaksu, hehehe…namun ia sangat dan sungguh menggembirakan tatkala melihat versi cetaknya dilayar dan akhirnya berada dalamn genggaman.

Dengan menampilkan Ain Najwa (Keranamu Ain) sebagai tonggak cerita dibantu oleh Nik Ahmad Adam ( Keranamu Ain), Kamal Hanif Khusyairi (Biru Ungu Cinta) serta watak-watak sokongan lain seperti Durrah, Haris Fadillah & Maizurah (Keranamu Ain), Seera Asqikin, & Abdul Fattah (Biru Ungu Cinta) & Dr Syarifah Nuur Khalida (Nyanyian Tanjung Sepi) ternyata Kebun Mimpi sebuah jalinan cerita yang sangat mengasyikkan sekali. Setiap watak diimbas kembali penulis dengan cukup ringkas tapi padat pengisiannya kerna pembaca sendiri bisa mengenang kembali cerita-cerita terdahulu yang membabitkan setiap watak yang ditampilkan. Saya cukup sukakan watak Durrah, malah berharap wataknya akan dapat dikembangkan penulis pada episod akan datang kerna Durrah berdiri dengan cara yang cukup istimewa…penuh misteri.

Bermotifkan tema kasih sayang, plot Kebun Mimpi berkembang dengan cukup teralun, kemas digarap , cukup berhati-hati dan selitan rima jua ritma indah tidak sesekali mengganggu perjalanan cerita. Itulah keistimewaaan pena sang penulis hebat ini. Cerita ini sarat dengan mesej kasih sayang yang sangat meruntun kalbu tidak kiralah ia membabitkan hubungan suami-isteri, antara rakan/sahabat tapi jua antara ahli keluarga.

Tahniah dan terima kasih buat sang penulis @ kaksu kerna sudi memversicetakkan Kebun Mimpi. Sebuah mimpi yang telah direalisasikan dengan cukup sempurna. Saya menantikan Kebun Mimpi Bahg 2 dari kaksu….haa, jangan lupa..dah janji taw kaksu…
----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ceritera II : Tas Merah Jambu oleh Syud.

“ apa diharap padi di ladang,
entah berbuah entahkan tidak,
entah di makan punai melayang,
apa diharap kasihnya orang,
entahkan sudi entahkan tidak,
entah-entah disambar orang... ”


Tas Merah Jambu sebuah cerita, sebuah kisah remaja yang klise namun cukup manis dan mempersonakan sekali. Penulis bagi saya cukup bijak membeli jiwa pembaca dengan persembahan bersahajanya namun cukup memikat.

Plot dan pergerakkan cerita bergerak seiring biarpun ia adakalanya menyelitkan unsur imbas kembali. Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas amat bersesuaian dengan genre cerita. Perwatakan Nisa Mahfuzah dan Adif Kamaruzaman amat cantik dilayarkan penulis...setiap peristiwa bersifat kebetulan yang menimpa mereka dibina dengan cukup kemas tapi sangat mengujakan sekali. Saya juga sukakan watak Nini yang penuh keselambaan itu yang adakala mengundang tawa dihujung senyum.

Selain babak nyanyian Adif untuk Nisa, segmen teka silangkata 3-2-1 @ 1-2-3 di penghujung cerita paling mencuri hati. Sangat comel, secomel penulisnya. Ia bahagian yang mengundang senyum simpul pembaca. Sangat cantik.

Buat Syud, Tahniah…selepas Dhiya-Azril, Nisa-Adif juga sebuah buah tangan yang sangat comel dari anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceritera III – Albatros :Antara Langit & Bumi oleh Rynsa

“ Life is Drama”
“ gembira & sedih itu tanda nikmat daripada-Nya….”

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza.

Saya melihat kematangan penulis untuk karya beliau kali ini lewat karya terdahulunya RADHA (Relevankah Aku Dihatimu), satu peningkatan yang sangat mengagumkan. Menerusi dunia marin dan langit aviasi, penulis membawa pembaca menyusuri kehidupan yang sangat sarat dengan falsafahnya. Plot cerita bergerak seiringan dan sangat kemas garapannya ditangan penulis berbakat ini.

Saya paling tertarik pada kisah perjalanan roh di bahagian kedua ceritera ini. Perjalanan yang penuh debar, betapa kerdilnya kita pada kebesaran dan kekuasaan-Nya. Bahagian inilah yang paling mengujakan sekali kerna disinilah isi keseluruhan cerita bermula dan penulis berjaya mengungkap perjalanan sebuah kehidupan dari sudut prinsipnya dengan cukup berkesan di sini.

Buat Rynsa, tahniah untuk sebuah persembahan yang cukup mempersonakan sekali…saya menunggu karya anda yang seterusnya
.

Monday, December 1

GAPURA

Untuk meraikan kedatangan Vamprha, aku merajinkan diri sambil melunaskan janji 'mengreview' salah satu drp buku Zehann Ur Rakhie, penulis pojaaaaan hatiku *wink*



Tajuk : Gapura
Penulis : Zehann Ur Rakhie
Penerbit : Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
Harga : RM25.00
Cetakan Pertama : 2007



Blurp :
'Coup de etate' dirancang oleh seekor ular dan melagakan dua ekor naga yang berkuasa di Ibu Kota ...
Terhimpit dicelahnya adalah manusia-manusia kerdil yang hilang haluan ...
Di antaranya adalah seorang insan bergelar Man Jai iaitu orang kanan dalam organisasi jenayah yang sedang berperang ...
Dia kemudiannya telah tercampak ke Laut Selat Melaka lalu menemui sebuah penghidupan yang tidak pernah dialaminya di sana ...



Sinopsis :
Kisah Man Jai, seorang pengedar dadah yang beroperasi di Lembah Klang. Merupakan orang kanan kepada Stephen, salah seorang daripada ketua Kumpulan Lima, kumpulan jenayah yang menguasai pasaran dadah di Malaysia.
Perebutan kuasa dan pengkhianatan dalam kumpulan telah berlaku hingga membawa kepada cubaan membunuh Man Jai. Dia dicampak ke laut manakala kunco-kunconya dibunuh.
Man Jai ditemui oleh sebuah keluarga. Dia diterima oleh keluarga itu kerana wajahnya seiras dengan anak seorang ibu yang gila kerana anaknya telah mati.
Sepanjang berada di kampung, Man Jai telah banyak berubah dan dia akhirnya insaf apabila melihat seorang anak kampung, hampir mati akibat overdose dadah.
Rasa insaf dan dalam cubaan menyelamat seorang pengedar dadah di kampung itu, Man Jai telah pulang ke Kuala Lumpur untuk membalas dendam.



Kata aku :
Buku ni mmg superb, Garapan kemas Zehann Ur Rahkie buatkan naskah nie trilller paling puas yg pernah aku baca. Berbeza dgn buku2 lain - cite nie x klise. Sukar mengagak jln cerita seterusnya. Kejutan demi kejutan mmbuatkan hati sentiasa excited nak tau ape berlaku seterusnya

Gambaran gangsternya berbeza. Bg aku watak gangster dlm nie msk dlm kategori gangster 'suci'
Siapa sangka, nak jd 2nd man ketua pengedar dadah (Man Jai) kena gi skolah, kena tau math, english & pengetahuan am

Koncunya, Ujang - suka berfalsafal dan Edie minat Discovery Channel. Ayat Ujang yang melekat dalam kepala aku - 'mengedar dadah itu profesion, intelek itu tahap pemikiran'

Walaupun isunya serius (mengenai jenayah) tp watak2nya pelbagai warna jadikan cerita nie x bosan dibaca

Klimak Gapura mmg aku x jangka, penyudah paling berkesan. Bila Man Jai kena tangkap polis
Ustaz Rahim dtg tampar dia bukan sb Man Jai rahsiakan identitinya sbg pengedar dadah atau pun sb dia dah bunuh org tp sb MJ x khatam Quran lg dgn Ustaz tu. Part nie mmg touching
bila sejahat2 org menangis minta dia diajar spy jd baik

sapa2 yg minat thriller patut carilah buku nie. Highly Recommended by Nicky Azrai

Kuiz Kau Tetap Di Hati



BERITA BAIK !!!

Bagi pembaca, peminat dan penggemar novel. Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan untuk anda.
Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, maka satu peraduan kuiz di adakan untuk memberi peluang kepada anda semua memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.
Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!
MENANGI HADIAH MENARIK

20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira

Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:
1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..
Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:
liza_ktd@yahoo.com

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008
CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!

Thanks to Bonda Qimi n PokCik Mersik for the info :)